Media Release

PLUS TUTUP LORONG KIRI DI TEROWONG MERU LALUAN KUALA KANGSAR-IPOH BAGI KERJA PENAMBAHBAIKAN TURAPAN JALAN

 Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan. Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis) 2023, antara jam 9:00 malam hingga 12:00 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut. 

 Sepanjang tempoh tersebut, laluan kontra akan diaktifkan secara berkala sekiranya perlu bergantung kepada keperluan semasa untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit. 

Justeru, pengguna yang menghala ke selatan/Ipoh/Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit. 

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS TO CLOSE LEFT LANE AT MERU TUNNEL (KUALA KANGSAR-IPOH STRETCH) FOR PAVEMENT REHABILITATION WORK

 Highway users plying the Meru Tunnel  (Kuala Kangsar-Ipoh stretch) on the North-South Expressway (NSE) are advised to plan their journey following the temporary closure of the left lane at the tunnel between KM260.30 and KM262.05 (Southbound) for pavement rehabilitation work. The temporary closure will be activated in stages from February 7 (Tuesday) to February 16 (Thursday), 2023, between 9:00 pm and 12:00 pm daily. 

Throughout the duration, a contra flow will be staggered activated at the affected stretch depending on traffic situation to facilitate smoother traffic flow. 

As such, all highway users heading south/Ipoh/Kuala Lumpur are strongly advised to plan their journey via the PLUS App to check the traffic conditions, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS from time to time when passing through the affected stretch.\ 

Additionally, highway users can get the latest traffic information or in the event of any emergencies, please contact PLUSLine at 1800-88-0000.

PLUS NAIK TARAF TANDAS AWAM DI HENTIAN SEBELAH PLAZA TOL UPM UNTUK BERI LEBIH KESELESAAN

- Kemudahan tersebut ditutup selama 2 Bulan mulai 2 Februari 2023 

Dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja menaiktaraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol UPM di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh yang demikian, kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup selama 2 bulan mulai 2 Februari 2023 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf tersebut dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti di Plaza Tol Kajang, Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan. 

Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan atau mendapatkan maklumat trafik dengan menggunakan Aplikasi PLUS. Pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.

 

PLUS UPGRADES PUBLIC TOILET FACILITY AT UPM TOLL PLAZA LAY-BY

- Public toilet facilities to be closed for 2 months from 2 February 2023

As part of a continuous effort to provide a more convenient journey for highway users, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be upgraded the public toilet facility at the UPM Toll Plaza Lay-by on the North-South Expressway. As such, the facility at the designated lay-by will be closed for 2 months from 2 February 2023 to facilitate the upgrading project. 

As such, highway users are advised to utilise the public restrooms at the Kajang Toll Plaza Lay-by, Serdang Lay-by (Northbound) or the nearest plaza toll lay-bys during the closure. 

All highway users are also reminded to plan their journey or to get latest traffic conditions via the PLUS App. Additionally, please contact the PLUSLine at 1800-88-0000 in the event of any emergencies.

PLUS thanks all highway users for their attention and co-operation.

 

INSIDEN BAS PERSIARAN TERBAKAR: LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM DITUTUP SEMENTARA DEMI KESELAMATAN PENGGUNA

 Berikutan kejadian sebuah bas persiaran terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM kira-kira jam 6:20 pagi tadi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara Laluan Keluar di Persimpangan Bertingkat UPM untuk sementara waktu untuk kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol dan memastikan keselamatan pengguna.

Oleh itu, pengguna dari arah utara (Sg Besi/Kuala Lumpur) yang ingin keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di Persimpangan UPM dinasihatkan supaya berbuat demikian di Persimpangan Bertingkat Kajang.

 Manakala, pengguna dari Bangi, Nilai atau Selatan dinasihatkan dari lebuh raya menerusi Persimpangan Bertingkat Kajang atau Sungai Besi sebelum menggunakan laluan alternatif.

Walau bagaimanapun, laluan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol UPM masih dibuka kepada orang ramai dan beroperasi seperti biasa.

Dalam kejadian yang berlaku jam 6:20 pagi ini, sebuah bas persiaran yang membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM. Namun begitu, kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada penumpang, petugas plaza tol atau mana-mana pengguna lebuh raya.

Api berjaya dipadamkan serta-merta oleh pasukan Bomba dari Serdang beberapa minit kemudian.

 

UPM TOLL PLAZA EXIT TEMPORARILY CLOSED FOR ALL VEHICLES FOR SAFETY


 Following an incident where a tour bus caught fire while exiting the UPM Toll Plaza at approximately 6:20am this morning, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is temporarily closing the Exit Lanes at the toll plaza for further investigation and structural works and ensure the safety of highway users.


Currently, highway users from Sungai Besi/Kuala Lumpur heading towards UPM are advised to exit the North-South Expressway (NSE) via the Kajang Interchange.
While users from Bangi, Nilai and the south are advised to exit the NSE via Kajang and Sungai Besi.


However, Entry Lanes from the UPM Toll Plaza onto the NSE are still operating and are opened to public.


At 6:20am today, a tour bus with 40 passengers caught fire while exiting the UPM toll plaza. However, no one was injured during the incident.


A Fire and Rescue team from Serdang was immediately despatch to the location and successfully managed and controlled the situation a few minutes later.

LALUAN KELUAR PERSIMPANGAN UPM KINI DIBUKA SEMULA UNTUK SEMUA KENDERAAN

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan keluar di Persimpangan UPM kini dibuka semula kepada semua kenderaan selepas pihak PLUS dan pihak berwajib mengadakan pemeriksaan lanjut di plaza tol terbabit.

 Walau bagaimanapun, lorong keluar paling kiri di plaza tol terbabit masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Dalam kejadian yang berlaku jam 6:20 pagi ini, sebuah bas persiaran yang membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM menyebabkan lorong keluar di plaza tol terbabit terpaksa ditutup sementara.

PLUS menasihatkan semua pengguna yang melalui Plaza Tol UPM supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda dan arahan yang dikeluarkan.

UPM TOLL PLAZA EXIT NOW RE-OPENED TO ALL VEHICLES

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that upon further inspection by PLUS and related agencies, the UPM Interchange exit is now re-opened to all vehicles. 

However, the left-most exit lane at the UPM Toll Plaza is still closed for repair and maintenance works. 

At 6:20am today, a tour bus with 40 passengers caught fire while exiting the UPM Toll Plaza forcing the UPM exit lanes to be temporarily closed. 

PLUS advises all highway customers passing through the UPM Toll Plaza to drive carefully and adhere to all instructions and traffic signages.

PLUS TAMBAH KEMUDAHAN BAYARAN TANPA TUNAI DI R&R MENJELANG TAHUN BARU CINA

Bagi meraikan ketibaan Tahun Arnab, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa sebahagian besar Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS kini telah menerima pembayaran tanpa tunai untuk memberi lebih kemudahan dan ganjaran yang lebih bermanfaat kepada pengguna lebuh raya.

 Lebih daripada 300 gerai yang beroperasi di PLUS R&R kini telah menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad Debit, kad Kredit, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet (e-Dompet), Boost, MAE, Setel, ShopeePay dan MPay. Ia selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menerima dan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

“Sejak setahun yang lalu, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost dan ShopeePay merupakan antara rakan kongsi PLUS yang terawal menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna kami di R&R,” kata Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

“Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya untuk mengamalkan pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS, MyDebit telah melancarkan peraduan “Wave & Menang” bermula dari 1 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023 di mana pengguna kami berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM70,000* dengan hanya perlu berbelanja minimum RM5 dengan kad Debit mereka,” jelas Christine.

Selain itu, Setel juga menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna di R&R yang berbelanja minimum sebanyak RM10 dan memperoleh RM2 pulangan tunai dari 16 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023. Setel juga memberikan pulangan tunai sebanyak RM5 kepada orang ramai yang menambah nilai minimum RM50 pada akaun Setel mereka.

Pelbagai promosi dan aktiviti akan dijalankan pada tahun 2023 bersama rakan kongsi pembayaran yang lain seperti MAE, Visa dan Mastercard untuk memberikan pengalaman pembayaran tanpa tunai yang bermanfaat kepada semua pengguna lebuh raya.

PLUS EXPANDS CASHLESS PAYMENT FACILITIES TO MORE PLUS R&Rs AHEAD OF CHINESE NEW YEAR FESTIVE TRAVEL 

As the auspicious year of the Rabbit hops onto the highways, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is delighted to inform highway customers that the majority of its Rest and Service Areas (R&Rs) are now accepting cashless payments for added convenience and rewarding benefits.

 Over 300 stalls operating at PLUS R&Rs are now accepting cashless payments via Debit cards, Credit cards, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost, MAE, Setel, ShopeePay and MPay Wallet, which are in line with the Government’s aspiration for the public to embrace and use cashless payment.

“For the past one year, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, and ShopeePay have been the first few payment partners who have continuously been running cashback rewards for our customers at R&Rs,” said PLUS Chief Commercial Officer, Christine Liew.

“To encourage more highways customers in adopting cashless payment at PLUS R&Rs, MyDebit has launched a “Wave & Menang” contest from 1st December 2022 until 28th February 2023 where our customers will stand a chance to win prizes totaling RM70,000* by spending a minimum of RM5 with their Debit Cards,” explains Christine.

In addition, Setel is also offering cashback rewards to customers who spend a minimum of RM10 and earn RM2 cashback from 16 January 2023 until 28 February 2023. Setel is also giving away RM5 cashback to customers who reload a minimum of RM50 into their Setel account.

More promotions and activities will be rolled out in 2023 with other payment partners such as MAE, Visa, and Mastercard to provide a rewarding cashless experience for all highway customers.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles