Media Release

PLUS KELUAR JADUAL TTA DAN BERSEDIA HADAPI PENINGKATAN TRAFIK SEHINGGA 1.9 JUTA KENDERAAN SEHARI SEMPENA PRU KE-15

 Bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa ketika pulang ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November 2022 yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan dan bersedia dari pelbagai sudut operasi lebuh raya bagi menghadapi peningkatan trafik di antara 1.8 juta hingga 1.9 juta sehari di rangkaian lebuh raya kendaliannya. Peningkatan trafik tersebut dijangka bermula pada 17 November sehingga 21 November yang akan datang.

“PLUS mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena PRU ke-15 di Lebuhraya Utara-Selatan bagi tempoh 16 November hingga 21 November 2022. Bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang bermula 16 November hingga 18 November, kami menasihatkan pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi. Manakala, pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke lain-lain negeri dinasihatkan masuk ke lebuh raya di antara jam 1:00 petang hingga 4:00 petang,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Manakala, bagi perjalanan pulang semula ke Lembah Klang dan ibu kota bermula 20 November hingga 21 November pula, pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi. Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman web www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS. (Sila rujuk lampiran jadual TTA)  

“Orang ramai khususnya yang ingin pulang ke kampung halaman atau bergerak ke lokasi mengundi masing-masing dinasihatkan untuk membuat persiapan rapi dan merancang perjalanan dengan lebih awal untuk pulang dan kembali semula ke ibu kota semasa tempoh ini. Pengguna juga perlu menjangka akan menghadapi tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya berikutan peningkatan kenderaan berbanding hari-hari biasa. Namun begitu, PLUS turut membuat persediaan dari sudut operasi lebuh raya bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa sepanjang tempoh tersebut,” tambah beliau. 

Persediaan ini merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik untuk menerima pertambahan kenderaan di lebuh raya. 

Sementara itu, PLUS juga menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan lorong di lebuh raya bermula 17 November sehingga 21 November 2022 kecuali kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal.

“Selain itu, PLUS akan menugaskan kira-kira 200 pasukan PLUSRonda untuk menjalankan rondaan 24-jam setiap hari di lebuh raya serta 1,500 kakitangan di plaza-plaza tol untuk melancarkan transaksi di plaza tol. Seramai 30 petugas di Pusat Pemantauan Trafik juga bersiap sedia untuk memantau pergerakan trafik serta membantu mengkoordinasi bantuan kepada pengguna lebuh raya melalui talian PLUSLine 1800-88-0000, telefon kecemasan dan Chatbot PUTRI,” tambah beliau.

PLUS juga menyediakan kren dan kembalik di lokasi-lokasi strategik lebuh raya untuk mempercepatkan proses pengalihan, penundaan kenderaan rosak atau kenderaan terlibat dengan kemalangan untuk melancarkan aliran trafik.

PLUS juga memastikan semua kemudahan awam seperti tandas dan surau serta stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah terpilih beroperasi 24-jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung. Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk berhenti rehat setiap dua jam pemanduan dan menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan oleh rakan niaga kami di R&R sebelum menyambung semula perjalanan.  

Dengan memuat turun Aplikasi PLUS, pengguna lebuh raya boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, pengguna boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, talian PLUSLine di 1800-88-0000, serta melalui stesen-stesen radio tempatan. Pengguna juga disaran menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan mereka. 

“Para pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi had laju, arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu berikutan cuaca hujan yang melanda negara di beberapa lokasi. PLUS mengucapkan semua pengguna lebuh raya selamat sampai ke destinasi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara,” kata Datuk Zakaria.

 

PLUS ISSUES TRAVEL ADVISORY, GEARS UP FOR 1.9 MILLION VEHICLES PER DAY FOR 15TH GENERAL ELECTION

 To facilitate a more comfortable journey for Malaysians travelling back to their hometowns  to vote in the 15th General Election (GE) on 19th November 2022, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is re-issuing its Travel Time Advisory (TTA) and beefing up its highway operations to accommodate the 1.8 million to 1.9 million daily vehicles on highways it operates between 17th November and 21st November.

“PLUS is issuing the TTA in conjunction with the 15th GE on the North-South Expressway for the period of 16th November to 21st November 2022. Based on the TTA, those travelling out of the Klang Valley to Perlis, Kedah, Penang, Perak (North) and Johor from 16th November and 18th November are encouraged to enter the highway before 10am. Highway users heading towards other states are advised to enter the highway between 1:00 pm and 4:00 pm,” said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. 

For inbound journey to the Klang Valley from 20th November to 21st November, motorists from Perlis, Kedah, Penang, Perak (North), Johor and other states are advised to enter the highway before 10am. The TTA schedule is provided on the PLUS website at www.plus.com.my as well as PLUS social media channels. (Please refer to the TTA schedule attachment)

“We also advise those planning to return to their hometowns to vote to plan their journey and be prepared to face a longer travel duration due to the increase in traffic. Nevertheless, PLUS is also beefing up its highway operations to help the public enjoy a comfortable journey including the facilities at the toll plazas and rest areas,” he added. 

PLUS will also temporarily suspend all highway maintenance, upgrading and construction works that require lane closures from November 17th until November 21st except for emergency works such as accident clearance and critical or emergency repair work. 

“A total of 200 PLUSRonda teams will patrol the highways 24-hours a day as well as 1,500 personnel will be stationed at the toll plazas. Thirty Traffic Monitoring Center personnel will be on hand to coordinate assistance for highway users during emergencies and monitor traffic movement,” he added.

Additionally, PLUS will also station cranes and tow trucks at strategic locations along the highway to ensure speedier clearance of accidents and vehicle breakdowns for smoother traffic flow. 

PLUS also ensures that all public facilities such as toilets, suraus and gas stations at the rest areas operate 24-hours a day. Motorists are also encouraged to take a break every two hours of driving as well as enjoy a variety of food and drink options provided by our business partners at the rest areas before resuming their journey. 

By downloading the PLUS App, highway users can plan their trips and get the latest traffic information on the highway. Alternatively, users can follow traffic reports via Twitter@PLUSTrafik, PUTRI Chatbot, electronic signage (VMS) at selected locations, the PLUSLine at 1800-88-0000, as well as through local radio stations. Users are also advised to use Waze or Google Map to plan their journey. 

“Highway users are reminded to obey the speed limit, traffic instructions and be more alert when driving due to the rainy weather that has effected several locations in the country. PLUS wishes everyone a safe journey to their respective destinations,” said Datuk Zakaria.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles