Media Release

PLUS KELUARKAN TTA, AKTIFKAN SMARTLANE DAN HENTIKAN KERJA PENYELENGGARAAN UNTUK KELANCARAN TRAFIK SEMPENA CUTI PERAYAAN DEEPAVALI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan melonjak sepanjang cuti perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula Jumaat, 21 Oktober hingga Rabu, 26 Oktober ini. Oleh itu syarikat ini menasihatkan pelanggan lebuhraya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi. Manakala, pelanggan lebuhraya dari negeri-negeri tersebut yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 Oktober hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

 Untuk perjalanan yang lebih selesa, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan turut mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu untuk mengurangkan kesesakan selain mengeluarkan arahan supaya tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran trafik.

“Kami menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya kami setiap hari semasa cuti perayaan Deepavali bermula 21 Oktober ini berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Oleh yang demikian, PLUS mengeluarkan jadual TTA untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi. Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman web www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuhraya, terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini. Ia direka untuk mengelakkan pelanggan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat. Dengan mematuhi TTA, ia boleh memberikan kesan yang lebih baik kepada pengalaman perjalanan pelanggan lebuhraya. 

Selain daripada itu, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuhraya kendaliannya di antara 21 hingga 25 Oktober ini bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai. Namun begitu, lorong mungkin terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal dilaksanakan secepat mungkin. 

“Pada musim cuti perayaan ini juga, seramai 512 anggota PLUSRonda akan berada di lebuhraya untuk membuat rondaan dan membantu orang ramai. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 8% berbanding hari-hari biasa,” tambah Datuk Zakaria.

PLUS juga sedar keperluan untuk memastikan semua lorong dapat digunakan untuk melancarkan pergerakan trafik terutamanya di laluan-laluan yang kritikal. 

“Oleh yang demikian, PLUS, LLM dan PDRM akan sekali lagi mengaktifkan Ujian Awam SmartLane (melibatkan pembukaan dan penggunaan lorong kecemasan kepada kenderaan) di laluan di antara Bukit Tambun (KM150.6) menghala ke Plaza Tol Juru (KM146.2) bermula jam 3 petang hingga 6 petang pada 21 Oktober untuk melancarkan pergerakan trafik ke Utara. Bagi perjalanan ke Selatan pada 26 Oktober, Ujian Awam SmartLane akan diaktifkan di antara Persimpangan Sungai Petani Selatan (KM107.6) hingga Hentian Sebelah Tikam Batu (KM113) bermula jam 2 petang hingga 6 petang. Hasil daripada Ujian Awam SmartLane ini akan dibentangkan kepada pihak berkuasa untuk diadaptasikan di lokasi lain pada masa yang akan datang,” jelas Datuk Zakaria.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch ‘n Go, atau e-Wallet untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmarTAG atau RFID sebelum memasuki lebuh raya bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk perjalanan yang jauh.

Dengan memuat turun Aplikasi PLUS, pelanggan lebuh raya boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Pelanggan juga disaran menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map.

PLUS mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya serta memandu dengan cermat di musim perayaan ini.

 

PLUS ISSUES TTA, ACTIVATES SMARTLANE, HALTS HIGHWAY MAINTENANCE WORK FOR BETTER TRAFFIC FLOW DURING DEEPAVALI LONG WEEKEND

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates high traffic volume over the long Deepavali weekend and extended school holiday beginning Friday, 21st October until Wednesday, 26 October and advises highway customers from the Klang Valley heading to Perlis, Kedah Penang, North Perak and Johor to enter the highway before 10 am. Highway customers from these states travelling back to the Klang Valley from 24 October until 26 October are advised enter the highway before 9 am.

 To facilitate a smoother journey, PLUS with support from the Malaysian Highway Authority (MHA) and the Police will activate the SmartLane at Bukit Tambun-Juru Toll Plaza and Sungai Petani Selatan-Tikam Batu Lay-by to reduce congestion and stop work orders have been issued to ensure that lane capacity will not be compromised during this period.

“We anticipate that over 1.9 million vehicles will travel across our highway network daily during this upcoming holiday period starting from this Friday 21st October as compared to 1.7 million vehicles per day on normal working days. As such, we are issuing a Deepavali Travel Time Advisory (TTA) schedule to help our customers to plan their journey and to distribute traffic. The TTA can be obtained from the PLUS website at www.plus.com.my or any of our social media platforms,” advises PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

The TTA focuses on traffic distribution and is aimed at reducing traffic congestion on the highway, most notably at major stretches, toll plazas and rest areas this festive period. It is designed to prevent traffic heading towards further destinations from converging with those heading to nearer ones where adhering may make a positive difference in one’s journey experience.

PLUS will also ensure that no lane closures for highway maintenance or upgrading works will be carried out between 21st October until 25th October to facilitate smoother traffic flow on the highway. However, lane closures need to be temporarily activated to make way for immediate accident clearance and cleaning works as well as emergencies or critical maintenance for safety reasons.

“Throughout this Deepavali festive period, a total of 512 PLUSRonda personnel, an 8 percent increase from the normal working day, will be on ground to assist highway customers, in case of any eventualities," stressed Datuk Zakaria.

PLUS is also cognizant of the need to maximize the highway lane capacity for smoother traffic flow at critical locations.

“PLUS, with the support from the MHA and the Police, is re-activating its SmartLane Public Pilot in opening-up the Emergency Lanes for northbound traffic travelling between Bukit Tambun (KM150) towards Juru Toll Plaza (KM146.2) from 3pm to 6pm on 21st October. To facilitate smoother Southbound traffic movement on 26th October, the SmartLane Public Pilot will be activated between Sungai Petani Selatan (KM107.6) towards Tikam Batu Lay-by (KM113) from 2pm until 6pm. The outcome the SmartLane Public Pilot will be reviewed with the authorities for possible implementation at other critical locations in the future,” Datuk Zakaria clarifies.

Highway customers are advised to ensure sufficient balance in their Touch 'n Go card or e-Wallet for toll transactions to avoid any inconvenience and to ensure their vehicles are in good condition and safe for the long drive this weekend.

By downloading the PLUS App, highway customers can plan their trip and get the latest traffic information on the highway. Alternatively, customers can follow traffic reports via Twitter @PLUSTrafik, PLUSLine 1800-88-0000, PUTRI Chatbot and electronic signage (VMS) at selected locations. Customers are also advised to use Waze or Google Map.

PLUS take this opportunity to wish Happy Deepavali to all Malaysians and a safe journey always.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles