Media Release

PLUS JANGKA TRAFIK MENINGKAT KEPADA 1.9 JUTA SEHARI HUJUNG MINGGU INI

Saran pelanggan lebuh raya rancang perjalanan dengan teliti

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini sehingga Isnin berikutan cuti sambutan Maulidur Rasul. Jumlah ini merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa dan menggesa pelanggan merancang perjalanan mereka bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan dan memanjangkan tempoh perjalanan mereka.

 Menurut Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, “Sejak beralih ke fasa endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh pra-pandemik iaitu 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari-hari biasa. Pada ketika ini, jumlah tersebut melonjak kepada 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan kami menjangkakan ia berterusan ketika cuti hujung minggu ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul di mana pelanggan lebuh raya akan mengambil kesempatan cuti selama 3 hari. Oleh itu, kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut.” 

“Sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol,” tambahnya.

Dengan memuat turun Aplikasi PLUS, pelanggan lebuh raya boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Pelanggan juga disaran menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi penerangan tentang SOP pasca Covid-19 yang masih kekal dikuatkuasakan dan pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak.

 

PLUS ANTICIPATES ANOTHER SURGE OF 1.9 MILLION VEHICLES PER DAY OVER THE LONG WEEKEND

Highway Customers to carefully plan for a longer journey 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates that approximately 1.9 million vehicles will travel on its highways each day from Friday to next Monday in view of the long Maulidur Rasul weekend. The number is a surge from the daily 1.7 million vehicles per day recorded during normal work days and travellers are advised to carefully plan their journey and to expect longer travelling time. 

 “Since moving to the endemic phase, PLUS has recorded daily traffic volumes like pre-pandemic days of an average of 1.7 million vehicles and the trend shows spikes of 1.9 million vehicles before each weekend and we anticipate this long Maulidur Rasul weekend to be the same. We expect with more travellers taking advantage of the 3-day weekend, traffic will be higher and a longer journey can be expected. Therefore, we advise highway customers to be prepared and ensure their vehicles are fit for a longer drive this weekend,” said PLUS’ Head of Operations Excellence, Mohd Yusuf Abdul Aziz. 

“Before entering the highway its best to top up your Touch ‘n Go card and check that your e-Wallet (for RFID users) have sufficient balance and to avoid any inconvenience when passing through the toll plazas,” he added. 

By downloading the PLUS App, highway customers can easily plan their journey and to get the latest traffic information about the highway situation. Alternatively, they can follow the traffic reports on Twitter @PLUSTrafik, call the PLUSLine 1800-88-0000, interact digitally with the PUTRI Chatbot, and refer to the variable message signs (VMS) erected at selected locations and to use Waze or Google Maps as a choice of convenience.

The MOH advisory on post Covid-19 SOP remains enforce and highway customers are encouraged to wear facemask in crowded locations.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles