Media Release

PENGAKTIFAN LENCONGAN JALAN SUSUR MASUK SEMENTARA DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT JURU (ARAH UTARA) BAGI KERJA NAIK TARAF KAPASITI SISTEM PERPARITAN

Dari masa ke masa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya di sepanjang rangkaian lebuh raya kendaliannya. Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah dengan menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan dengan lebuh raya kami beroperasi.

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf tersebut dijalankan secara berperingkat, PLUS akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan mulai jam 12:00 malam, 6 Oktober (Khamis) sehingga jam 11:00 malam, 13 November 2022 (Ahad) akan datang (sila rujuk rajah yang disertakan).

 Justeru, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS. Mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papantanda trafik ketika melalui kawasan terbabit. 

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja menaiktaraf dijalankan bagi menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua.

 

ACTIVATION OF TEMPORARY ROAD ENTRY DIVERSION AT JURU INTERCHANGE (NORTHBOUND) FOR DRAINAGE SYSTEM CAPACITY UPGRADING WORK

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) undertakes various initiatives to improve safety and comfort of the surrounding communities where it operates. One of the initiatives identified consists of upgrading the capacity of the existing drainage systems that are part of a Flood Mitigation Plan near Juru. 

As such, to enable the upgrading works to be carried out in stages, PLUS will activate a traffic diversion from the entry ramp towards Pulau Pinang-Alor Setar at Juru Interchange (Northbound) for all vehicles from 12:00 am, 6 October 2022, (Thursday) until 11:00 pm, 13 November 2022 (Sunday). (Please refer to the attached diagram).  

Therefore, those who are plying this stretch throughout the period are advised to plan their journeys and get the latest traffic information via the PLUS App. They are also advised to drive safely, adhere to speed limits and traffic signs, when passing through the area. 

PLUS would like to thank all highway customers for their cooperation throughout the upgrading period.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles