Media Release

PLUS SEMARAKKAN SEMANGAT HARI KEBANGSAAN DI KAWASAN REHAT DAN PLAZA TOL

 Sejak 34 tahun lalu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memainkan peranannya sebagai Rakan Negara, mengendalikan satu rangkaian lebuh raya yang merapatkan dan menghubungkan rakyat berbilang kaum di negara ini. Rangkaian Lebuhraya PLUS sepanjang 1,130 kilometer adalah nadi kepada sistem pengangkutan di negara ini walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 sehinggalah fasa peralihan endemik yang dilalui pada ketika ini.

Kini, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat telah membolehkan negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos yang akan datang.

 PLUS meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 negara dengan caranya yang tersendiri apabila semua kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang jajaran lebuh raya kendaliannya bukan sahaja dihiasi dengan jalur gemilang, malah pelbagai hiasan menarik bertemakan kemerdekaan negara.

 “Pelanggan yang singgah di R&R PLUS bukan sahaja berpeluang untuk berehat seketika dan menjamu selera. Malah, mereka juga boleh melihat sendiri dan merasai keceriaan suasana sambutan Hari Kemerdekaan negara di R&R PLUS. Suasana patriotik di R&R diwujudkan dengan kerjasama rakan-rakan niaga kami dan pejabat-pejabat seksyen PLUS di sepanjang lebuh raya. Paling menarik, kebanyakan hiasan kemerdekaan di R&R dan hentian sebelah adalah hasil kreativiti masing-masing dan menggunakan barangan yang dikitar semula. Ia selaras dengan matlamat PLUS dalam memastikan kelestarian kawasan sekitar di mana kami beroperasi,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

 Bangga menjadi Rakan Negara, ibu pejabat PLUS di Persada PLUS turut megah dengan sebuah Jalur Gemilang Gergasi berukuran 160 kaki yang boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Ia bertujuan meniup semangat patriotisme di kalangan pelanggan lebuh raya.

“PLUS sebagai Aset Strategik Negara akan terus komited memberikan sokongan dan memainkan peranan kami terhadap pembangunan negara. Oleh itu, kami berharap usaha ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam pelanggan lebuh raya kami ketika mereka menggunakan lebuh raya kami sepanjang bulan sambutan ini,” tambah beliau.

“Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua Keluarga Malaysia. Kami mendoakan perjalanan yang selamat untuk semua,” katanya.

 

PLUS IGNITES THE SPIRIT OF NATIONAL DAY ACROSS ITS RSAs AND TOLL PLAZAS

 For the past 34 years, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has been playing its role as a Friend of the Nation (Rakan Negara), managing and operating a network of highways that brings the people closer together. PLUS’ 1,130-kilometre long highway network is the pulse of the Nation’s transportation industry even when the whole nation was gripped by the Covid-19 pandemic all the way to the current pre-endemic stage.

Today, the Government’s and rakyat’s resilience have paved the way for Malaysia  to celebrate it’s 65th year of independence on 31st August.

PLUS celebrates the country's 65th National Day in its own way by decorating all its rest and service areas (RSA) along its highways with the Jalur Gemilang, as well as various attractive Merdeka-themed decorations.

 “Our Highway customers who stop by at PLUS’ RSAs will not only have the opportunity to take a break and enjoy a meal. They will also be able immerse  the cheerful  Merdeka ambience at the rest areas. The ambience of patriotism was achieved through a collaboration with our business partners and PLUS’ section offices along the highway. What’s more interesting is that the independence-themed decorations at RSAs and lay-bys were creatively produced using recycled items. This is in tandem with PLUS' purpose in preserving and ensuring the sustainability of the environment we operate in,” explains PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

 In line with its corporate value of taking pride as a Rakan Negara, PLUS’ headquarters, Persada PLUS boasts a 160-foot giant Jalur Gemilang that can be clearly seen from the New Klang Valley Expressway (NKVE), evoking a sense of patriotism to all highway customers who ply across its highway.

“PLUS as a National Strategic Asset is always committed to support and play our role in the development of the country. Therefore, we hope these efforts will instil the spirit of national pride amongst Keluarga Malaysia,” he added.

“We wish all our Keluarga Malaysia highway customers a blessed Hari Kebangsaan and Malaysia Day. May everyone have safe and smooth journey always,” he concluded. 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles