PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah melantik Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangannya yang baharu bagi menerajui hala tuju kewangan organisasi ke arah pengukuhan dan kedudukan yang lebih strategik.
Ahmad Rizal adalah Akauntan Bertauliah dengan 24 tahun pengalaman dalam penilaian pelaburan serta pengurusan, kewangan korporat dan perakaunan bertauliah di Turki dan rantau Asia Pasifik.
Ahmad Rizal merupakan lulusan Ijazah Sarjana Kewangan daripada University of Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) daripada Royal Melbourne Institute of Technology.
Ahmad Rizal menceburkan diri dalam bidang kewangan korporat di Axiata Group Berhad di mana beliau menyelia beberapa projek bertaraf antarabangsa melibatkan pelaburan antarabangsa Axiata. Beliau pernah berkhidmat dengan Khazanah Nasional Berhad sebagai Naib Presiden Kanan, Pelaburan, sebelum menyertai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai Pengurus Besar Perancangan Kewangan dan Perkhidmatan Guna Sama dan Pemangku Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB. Beliau kemudiannya dilantik sebagai CFO dan Ketua Perancangan Strategik & Pengurusan Perbendaharaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen milik MAHB di Turki.
Pengalaman dan kecekapan kewangan Ahmad Rizal akan menjadi tunggak utama dalam operasi pemulihan pasca pandemik PLUS dan pada masa akan datang.
PLUS APPOINTS AHMAD RIZAL OMAR AS CHIEF FINANCE OFFICER
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has appointed Ahmad Rizal Omar as its new Chief Finance Officer who is set to lead the organization’s financial standing on a strategic direction.
A Chartered Accountant, Ahmad Rizal has 24 years of experience in investments evaluation and management, corporate finance and audit, including stints in the Turkey and the Asia Pacific region.
Ahmad Rizal holds a Master of Finance degree from the University of Cambridge and a Bachelor of Business (Accountancy) from the Royal Melbourne Institute of Technology.
Ahmad Rizal ventured into corporate finance at Axiata Group Berhad where he supervised several successful international projects involving Axiata’s international investments. He had served Khazanah Nasional Berhad as Senior Vice President, Investments prior to joining Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) as General Manager of Financial Planning & Shared Services and MAHB's acting Chief Finance Officer (CFO) before taking the position of CFO and Head of Strategic Planning and Treasury Management at MAHB-owned Istanbul Sabiha Gokcen International Airport in Turkey.
Ahmad Rizal’s experience and financial competencies will be key in contributing to PLUS’ post-pandemic recovery and beyond.