Media Release

PELANGGAN RFID MENANGI 5.6 JUTA MATA GANJARAN PLUSMILES!

 Seramai 560 pelanggan RFID telah memenangi 10,000 mata ganjaran PLUSMiles setiap seorang, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5.6 juta mata ganjaran PLUSMiles. Secara kolektifnya, kesemuanya turut memenangi pin tambah nilai Touch 'n Go e-Wallet bernilai RM14,000 sempena dengan kempen ‘Hari-Hari RFID’ anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang bertujuan untuk menggalakkan lagi penggunaan RFID.

Setiap pemenang menerima 10,000 mata ganjaran PLUSMiles yang boleh ditebus dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS dengan serendah 200 mata ganjaran untuk satu hidangan. Dalam masa yang sama, setiap pemenang juga mempunyai pilihan untuk menebus baucar tunai bernilai RM50 (dengan jumlah mata ganjaran PLUSMiles sebanyak 8,050) daripada Mydin, Lazada, Shopee, Kad Hadiah Petronas, Starbucks, eWallet Touch ‘n Go dan sebagainya. Penebusan mata ganjaran boleh dilakukan menerusi Aplikasi PLUS atau portal PLUSMiles di https://redeem.plusmiles.com.my/catalog.

 Berlangsung selama lapan minggu, kempen yang bermula 8 April sehingga 2 Jun 2022 lalu telah memberi ganjaran kepada 70 pelanggan lebuh raya kendalian PLUS yang bertuah setiap minggu dan menggunakan RFID sebagai mod pembayaran tol. Kempen ini merupakan satu bentuk penghargaan pihak PLUS terhadap sokongan para pelanggan yang memilih untuk menggunakan RFID dan juga bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan lebuh raya beralih kepada penggunaan mod pembayaran RFID sebagai pilihan tambahan selain daripada kad Touch 'n Go dan SmartTAG yang sedia ada.

   Transaksi RFID membolehkan pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan tanpa sentuh yang lebih mudah, bertepatan dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh dan tanpa  tunai melalui e-Dompet yang telah menjadi mod pembayaran kegemaran ramai sejak pandemik lalu. Sejak dilancarkan pada 15 Januari 2022, ia telah mencatat kadar penggunaan yang konsisten dan telah merekodkan kira-kira sejuta pengguna RFID di seluruh negara.

“Saya menggunakan Touch ‘n Go RFID setiap hari untuk ke tempat kerja, jadi saya amat teruja apabila dipilih sebagai salah seorang pemenang mingguan kempen ‘Hari-Hari RFID’. Sejak menggunakan Touch ‘n Go RFID, saya tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menambah nilai kad Touch 'n Go saya. Kini, perjalanan saya di lorong tol lebih mudah selagi baki e-Wallet saya mencukupi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PLUS kerana menganjurkan kempen ini,” kata salah seorang pemenang kempen ‘Hari-Hari RFID’, Ong Chen Sing.

“Saya tak perlu lagi bersusah-payah mencari kiosk untuk menambah nilai kerana kini saya mempunyai Touch ‘n Go e-Wallet,” tambah pengguna setia RFID, Raajiv Varman. 

“Saya menggunakan RFID setiap kali saya pulang ke kampung dan pergi kerja. Ia adalah pilihan terbaik untuk saya,” kata Intan Nor Asyikin Ismail.

Setelah negara kita telah memasuki tempoh peralihan menuju fasa endemik dan pembukaan sempadan negara, orang ramai telah kembali bekerja, dan seterusnya berlakulah lonjakan trafik. Sehubungan itu, pengguna Touch ‘n Go RFID berpeluang menikmati perjalanan lancar yang ‘Senang, Selamat dan Selesa’ di plaza tol. PLUS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dan berharap kempen ini telah menggalakkan lebih ramai pelanggan lebuh raya untuk mencuba kaedah pembayaran tol menggunakan RFID.

Selain itu, PLUS akan melancarkan kempen menggalakkan penggunaan RFID bagi fasa seterusnya dan menyarankan pelanggan untuk terus mengikuti maklumat lanjut mengenai kempen ini yang akan dimaklumkan kelak.

RFID CUSTOMERS REWARDED WITH 5.6 MILLION PLUSMILES POINTS!

A total of 560 RFID customers were rewarded 10,000 PLUSMiles points each, amounting to 5.6 million PLUSMiles points in total. Collectively, the RFID customers also won Touch ‘n Go e-Wallet reload pins worth RM14,000.00 via PLUS Malaysia Berhad’s (PLUS) recent ‘Hari-Hari RFID’ campaign aiming to reward RFID usage.

Each winner received 10,000 points that can be used to redeem a variety of food and beverages at PLUS Rest and Service Area (R&R) from as low as 200 PLUSMiles points for a meal. In addition, each winner has a choice of redeeming RM50 cash vouchers (totalling 8,050 PLUSMiles points) from Mydin, Lazada, Shopee, Petronas Gift Card, Starbucks, Touch ‘n Go eWallet, to name a few. Redemption can be made via PLUS App or PLUSMiles portal at https://redeem.plusmiles.com.my/catalog.

Lasting for around eight weeks, the campaign that ran from 8 April to 2 June 2022 rewarded 70 lucky highway customers weekly as they travelled across PLUS-operated highways and used RFID as a toll payment method. The aim of the campaign was to reward RFID customers for their support, and to also invite more people to consider using RFID as a payment mode in addition to the existing choices of Touch ‘n Go cards and SmartTAG.

RFID transactions allow highway customers to enjoy a contactless journey that is more convenient, coinciding with the digital lifestyle of contactless and cashless payments via e-Wallet that has become more apparent since the pandemic. Since its launch on the 15th of January 2022, it has seen a steady increase in adoption rates and to date, there are more than 1 million RFID customers nationwide.

“I use Touch ‘n Go RFID daily to work and I am surprised to find out that I have been chosen as one of the winners. The Touch ‘n Go RFID really saved me the hassle of reloading my Touch ‘n Go card. Now, I just breeze through toll booths as long as my e-Wallet balance is sufficient. Thank you PLUS for organizing this campaign,” said one of the winners of ‘Hari-Hari RFID’, Ong Chen Sing.

“I no longer need to search for top-up kiosks to reload anymore because now I use Touch ‘n Go e-Wallet,” explained frequent RFID customer, Raajiv Varman.

“Every time I balik kampung and go to work, using RFID is definitely the best choice for me!” concluded Intan Nor Asyikin Ismail.

With Malaysia transitioning toward the endemic phase, state borders are open, people are returning to their work, and traffic has experienced a surge. As such, Touch ‘n Go RFID users will have the opportunity to enjoy a smooth, ‘Easy, Safe, and Comfortable’ journey when passing through toll plazas. PLUS congratulates all winners and hopes that the campaign has encouraged more highway customers to try out the RFID toll payment method.

Furthermore, PLUS will soon be launching the next RFID usage campaign and advises RFID customers to stay tuned.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles