PLUS secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan di lebuh raya.
Bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong Kecemasan dan lorong kiri di antara laluan Bidor ke Sungkai di KM342.60 hingga KM346.66 (Arah Selatan) dan KM346.95 (Arah Utara) akan ditutup sementara selama 5 hari (Isnin hingga Jumaat) pada setiap minggu kepada semua kenderaan mulai jam 8:00 pagi, 25 Julai 2022 (Isnin) sehingga jam 8:00 pagi, 19 Ogos 2022 (Jumaat).
Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi PLUS atau berinteraksi secara digital menerusi Chatbot Putri untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.
Dalam masa yang sama, pelanggan juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan ketika melalui kawasan terbabit. Demi memastikan keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami, kerjasama daripada semua berupaya melicinkan perjalanan di lokasi terbabit.