Media Release

PLUS PROAKTIF BUAT PERSEDIAAN UNTUK PERJALANAN SELAMAT DAN SELESA DI LEBUH RAYA SEMPENA AIDILADHA

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil langkah proaktif untuk membantu pengguna lebuh raya kendaliannya menikmati perjalanan yang selamat dan selesa sempena cuti perayaan Aidiladha ini.

“Kami menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya pada Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, terutamanya pada Hari-hari Puncak iaitu 8 Julai (Jumaat) dan 11 Julai (Isnin),” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

“Oleh itu, PLUS telah membuat persiapan untuk menguruskan lonjakan trafik ini melalui pelbagai pendekatan dalam membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa di musim perayaan ini,” tambah Datuk Zakaria.

Oleh itu, PLUS akan menambah bilangan pasukan anggota PLUSRonda dalam memberikan bantuan di lebuh raya. Sepanjang tempoh perayaan Aidiladha, kira-kira 265 pasukan PLUSRonda akan ditugaskan bagi meningkatkan rondaan terutamanya di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya.

“Di laluan-laluan tertentu, PLUS bersedia untuk mengaktifkan Laluan Kontra dan membuka lorong kecemasan sebagai laluan tambahan dengan bantuan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan menerusi papantanda di lokasi laluan kontra dan pembukaan lorong kecemasan.

“Di samping itu, PLUS juga akan menghentikan semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan penutupan laluan di lebuh raya bermula 8 Julai hingga 12 Julai untuk mengelakkan kesesakan,” tambah Datuk Zakaria.

Pada masa yang sama, PLUS akan meneruskan kolaborasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan ambulans. Ketika pasukan Polis dan JPJ mengadakan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya, pasukan bantuan kecemasan antaranya Bomba dan ambulans diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik dan bersedia ditugaskan ke lokasi insiden apabila diperlukan.

Sekiranya pengguna lebuh raya memerlukan bantuan di lebuh raya, sila hubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000, atau klik butang SOS pada Aplikasi PLUS. Maklumat trafik terkini juga disediakan melalui perkhidmatan Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda mesej elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya dan pengumuman trafik semasa melalui stesen-stesen radio utama.

Kemudahan awam seperti surau dan tandas di kawasan rehat dan rawat (R&R) tersedia dan dibuka untuk pengguna 24 jam sehari. Sebagai tambahan, kemudahan surau dan tandas awam turut disediakan di plaza-plaza tol.

Pengguna lebuh raya juga diingatkan supaya sentiasa memastikan baki yang mencukupi dalam kad Touch ‘n Go atau e-Wallet (untuk pengguna RFID) untuk membuat pembayaran di plaza tol sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG, atau RFID. Kiosk tambah nilai Touch ‘n Go juga disediakan di plaza-plaza tol dan stesen minyak yang terpilih sepanjang lebuh raya.

Petugas Khidmat Pelanggan (CSA) akan berada di plaza tol dan lorong tol untuk memberi bantuan kepada pengguna yang menghadapi masalah transaksi di lorong tol. Sila pastikan anda masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama untuk mengelakkan kesulitan di plaza tol.

Pengguna lebuh raya digalakkan untuk memuat turun Aplikasi PLUS bagi membolehkan mereka merancang perjalanan, melihat sendiri paparan kamera CCTV keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya dan menggunakan kalkulator tol. Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi seperti Waze dan Google Maps juga dapat membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan agar memastikan kenderaan mereka selamat untuk perjalanan yang jauh dan mempunyai minyak yang mencukupi. Pandulah dengan selamat dengan mematuhi had kelajuan di lebuh raya, kekalkan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan, dan elakkan memandu ketika letih serta berhenti rehat di R&R.

 

PLUS PROACTIVELY PREPARES HIGHWAY FOR A SAFE AND COMFORTABLE AIDILADHA JOURNEY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is taking proactive measures to provide a safe and comfortable journey for highway users along the PLUS-operated highways this Aidiladha.

“We anticipate about 1.9 million vehicles to use the highway every day throughout the Aidiladha festive period in comparison to the current 1.8 million vehicles plying our highway daily, especially on peak days of 8 July (Friday) and 11 July (Monday),” stated PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

“With this in mind, PLUS has made thorough preparations and is ready to manage the traffic surge through a set of initiatives, so we can provide safe and comfortable travels to our highway users,” he reassured.

PLUS will increase the number of PLUSRonda patrol teams who provide aid to distressed highway users. During the Aidiladha festive period, the number of PLUSRonda patrol teams will be increased to 265 teams for a higher patrolling frequency primarily at critical stretches along the highway.

“At critical stretches, PLUS will activate the Contra Flow and open-up emergency lanes as additional lanes with the assistance of the Royal Malaysian Police (PDRM). Highway users are advised to abide by the instructions given through the signages placed at the contra flow and the opening of the emergency lane designated locations.

PLUS will also temporarility suspend all roadworks and lane closures on the highway from 8 July to 12 July to facilitate smoother traffic flow,” he added. 

PLUS will continue to collaborate with enforcement and emergency agencies such as PDRM, the Road Transport Department (JPJ), the Fire and Rescue Department (BOMBA), RELA and ambulances. While the Police and JPJ teams conduct patrols and law enforcement on the highways, emergency response teams such as BOMBA and ambulances will be on standby at strategic toll plazas, ready to be deployed to incident locations when required. 

Should highway users require assistance on the highway, call the toll-free PLUSLine at 1800-88-0000, or click the SOS button in the PLUS App. Regular Traffic updates are provided through the @PLUSTrafik Twitter service, the PLUS Application, PUTRI Chatbot, on electronic message boards (VMS) along the highway mainline, and also regular announcements via major radio stations. 

Public facilities such as suraus and toilets at rest and service areas (R&R) will be available to users 24 hours a day. Alternatively, suraus and public toilets are also available at the toll plazas.

Highway users are reminded to ensure that they have sufficient balance in their Touch ‘n Go cards or e-Wallets (for RFID users) to make payments at toll plazas using Touch ‘n Go cards, SmartTAG devices, or RFID Tags. Touch ‘n Go top-up kiosks are also available at selected toll plazas or petrol stations along the highways.

Customer Service Assistants (CSA) will also be available at toll plazas and at the toll lanes to provide assistance to users facing any difficulties with their toll transactions. Kindly ensure to enter and exit the highway using the same payment mode to avoid difficulties at the toll plazas.

With a built-in journey planner, live CCTV feeds of critical locations along the highway, and a toll fare calculator, the PLUS App is highly recommended to help highway users better plan out their journeys, and it can be downloaded for free on the Google Play Store or Apple App Store. Other applications like Waze and Google Maps are also helpful in journey-planning. 

Highway users are strongly advised to ensure that their vehicles are fit and safe for long-distance travel and have sufficient fuel. Drive safely by adhering to speed limits on the highway, maintaining a safe distance from the vehicle in front, and avoid driving when tired and allow time for breaks at R&Rs.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles