Media Release

CADANGAN WAKTU PERJALANAN PLUS AGIH TRAFIK DI LEBUH RAYA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di Lebuhraya Utara-Selatan yang bertujuan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan Aidiladha ini bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2022.

“Kami menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya setiap hari semasa musim cuti Aidiladha ini berbanding 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan tempoh perjalanan yang lebih panjang pada hari-hari puncak tersebut,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. “Oleh itu, kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengikuti jadual TTA, merancang perjalanan lebih awal, serta membuat persiapan yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang lebih panjang,” tambah Datuk Zakaria.

 TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang. Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.

BALIK KAMPUNG - Perjalanan dari Lembah Klang (pada 7 Julai hingga 10 Julai 2022)

Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 petang.

PULANG KE BANDAR - Perjalanan Kembali ke Lembah Klang (pada 10 Julai hingga 12 Julai 2022)

Bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pengguna lebuh raya pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.

“Berdasarkan kajian kami bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan dua kali lebih panjang berbanding perjalanan biasa sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini,” jelas Datuk Zakaria lagi.

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Aplikasi PLUS, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store bagi peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone, turut membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan melihat sendiri paparan kamera CCTV keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya, menyediakan kalkulator tol untuk memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat bayaran tol untuk perjalanan mereka atau berinteraksi dengan PUTRI, chatbot pertama industri lebuh raya untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang PLUS. 

Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan mereka. Pastikan mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch ‘n Go, atau e-Wallet untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan agar memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk perjalanan yang jauh. Sila patuhi had kelajuan di lebuh raya, elakkan memandu terlalu rapat dengan kenderaan lain, dan berehat sebentar untuk menyegarkan diri di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya.

 

PLUS’ TRAVEL TIME ADVISORY PREVENTS TRAFFIC CONVERGENCE ON HIGHWAY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) announces its Travel Time Advisory (TTA) intended to prevent traffic convergence on the North-South Expressway (NSE) throughout the Aidiladha period from July 7 to July 12, 2022.

“We are expecting about 1.9 million vehicles to use the highway each day this Aidiladha in comparison to the current 1.8 million vehicles plying our highway daily, so some congestion and a prolonged travel time are to be expected,” said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. “Therefore, we strongly advise highway users to adhere to our TTA, plan out their journeys beforehand, and make the necessary preparations for a longer journey,” he added.

 The TTA is designed based on historical traffic data to guide and enable highway users to experience a manageable journey during this festive period. Its purpose is to distribute traffic and circumvent the convergence of traffic as vehicles enter the highway at the same time on major highway stretches, toll plazas, and rest areas, thus reducing congestion.

BALIK KAMPUNG – Journey from Klang Valley (from 7 July to 10 July 2022)  Highway users from the Klang Valley heading towards further destinations such as Perlis, Kedah, Penang, Perak (North), and Johor are advised to enter the highway before 10am. Meanwhile, highway users  heading towards closer destinations or to other states are advised to enter the highway after 1pm.

PULANG KE BANDAR – Journey back to Klang Valley (from 10 July to 12 July 2022)   For the return journey to Klang Valley from Perlis, Kedah, Penang, Perak (North), Johor, and other states, highway users are advised to enter the highway before 9am.

“Based on our studies of the return journey to Klang Valley, highway users can expect an extension of up to twice as long as the average travel time on the highway if they choose not to adhere to the TTA schedule as advised,” Datuk Zakaria cautioned.

Regular Traffic updates are provided through the @PLUSTrafik Twitter service, the PLUS Application, the toll free PLUSLine at 1800-88-0000, PUTRI Chatbot, on electronic message signs (VMS) along the highway mainline, and also announcements via major radio stations. 

Available for free on the Google Play Store or Apple App Store, the PLUS App provides live CCTV feeds of critical locations along the highway, a toll fare calculator, and a built-in journey planner. Highway customers can also interact with PUTRI, the first highway industry chatbot providing the latest information on PLUS’ initiatives. 

Using Waze or Google Maps is also highly recommended to help highway users better plan their journeys. Highway users are reminded to ensure that they have sufficient balance in their Touch ‘n Go cards or e-Wallets to make payments at toll plazas using three payment options via Touch ‘n Go cards, SmartTAG devices, or RFID Tags. 

Highway users are also advised to ensure that their vehicles are in a good and safe condition for long-distance travel. Kindly adhere to the speed limits along the highway, avoid driving too closely behind other vehicles, and take breaks at rest and service areas (R&R) along the highway.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles