Media Release

KOLABORASI BERTERUSAN PLUS DAN POLIS TINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI LEBUH RAYA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada satu teks tular di Aplikasi WhatsApp dan media sosial yang menasihatkan supaya pengguna Lebuhraya Utara-Selatan tidak berhenti rehat di R&R atau mana-mana hentian rehat di lebuh raya bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam taktik sindiket trak tunda dan bengkel yang tidak bertanggung jawab.

Keselamatan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan PLUS dan Syarikat ini sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu yang boleh mendatangkan kebimbangan kepada pelanggannya. Justeru, kolaborasi berterusan yang sedia terjalin bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membolehkan PLUS meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya termasuklah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dan taktik pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini termasuklah mewujudkan pasukan Peronda Polis Lebuhraya (EMPV), pasukan PLUSRonda dengan kekuatan 500 anggota dan lain-lain lagi.

Kehadiran pasukan EMPV di lebuh raya adalah bagi membantu pelanggan lebuh raya kami yang menghadapi sebarang kesulitan selain pengurusan kemalangan. Selain itu, pasukan EMPV juga memantau sebarang kesalahan lalu lintas dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di lebuh raya.

Sekiranya pelanggan lebuh raya mengalami sebarang kesulitan atau mengesyaki berlakunya sebarang aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di lebuh raya, sila hubungi dan laporkan kejadian tersebut kepada Pusat Pemantauan Trafik PLUS melalui talian PLUSLine 1800-88-0000. Pusat ini yang beroperasi 24-jam sehari akan menyalurkan informasi dan koordinasi bantuan dengan anggota PLUSRonda atau pihak berkuasa yang berkaitan. Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Pemantauan Traffik PLUS di talian yang sama, sekiranya mengalami masalah kerosakan mekanikal di lebuh raya.

 

PLUS LONG STANDING COLLABORATION WITH POLICE ENHANCES SAFETY ON ACROSS THE HIGHWAY ECOSYSTEM

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) refers to a viral message on WhatsApp and the social media advising North-South Expressway (NSE) customers to not to stop at the R&Rs or any rest stops along the highway to avoid their vehicles from being tampered with by unscrupulous tow trucks and workshops operators.

The safety of PLUS Highway customers is its number one priority and will ensure that their peace of mind and comfort is not compromised. This is made possible through its long-standing collaboration with the Royal Malaysian Police (PDRM) to improve the safety levels across its highway ecosystem, including protecting users from falling victims to fraud tactics by irresponsible parties with the Highway Police Patrolling units (EMPV) as well as over 500 PLUSRonda personnel who patrol PLUS Highway 24-7, 365 days of the year.

Besides managing traffic incidences on the mainline, the presence of the EMPV teams is to assist and protect highway customers, enforce the law, and curb any illegal activities on the highways.

Should highway customers experience any difficulties or is detects any suspicious activities on the highway, they are advised to immediately reach out to the PLUS Traffic Monitoring Centre (TMC) via the toll-free PLUSLine at 1800-88-0000, which operates 24 hours a day, and will channel the information to a PLUSRonda team and in the event of a breakdown, one is advised to immediately contact the same center for assistance.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles