Media Release

PLUS BEKERJASAMA DENGAN ASTRO RADIO, CELCOM & MOTAC UNTUK PENGALAMAN PERJALANAN DI LEBUHRAYA YANG LEBIH BAIK

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan 3 rakan strategik dalam satu kerjasama 4-penjuru bagi memastikan penyebaran maklumat trafik terkini yang konsisten dapat disampaikan kepada 2 juta pelanggan lebuh rayanya di antara 29 April hingga 9 Mei bersempena dengan perayaan Aidilfitri. Tiga rakan strategik itu terdiri daripada rangkaian radio terbesar di Malaysia iaitu Astro Radio yang mempunyai lebih 16 juta pendengar, Celcom Axiata Berhad (Celcom) yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 14 juta pengguna dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) yang menerajui semua inisiatif memperkasakan ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan di negara ini.

Malaysia bakal menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, di mana PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk pulang ke kampung. PLUS juga menyedari bahawa selepas 2 tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelanggan lebuh raya memerlukan maklumat terkini yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan dan merancang perjalanan mereka. Di sinilah peranan kerjasama tersebut penting di mana mesej PLUS disalurkan kepada orang ramai menerusi radio dan media sosial.

“Keperluan untuk berkomunikasi secara berterusan dan meluas adalah penting bagi mempersiapkan orang ramai dari segi mental dan menjangkakan tempoh perjalanan yang lebih panjang pada musim perayaan ini. Oleh itu, dalam menguruskan lonjakan trafik musim perayaan ini, kami telah mengenal pasti 3 rakan strategik yang sepakat dan dapat bekerjasama dalam menghebahkan maklumat trafik terkini dan nasihat perjalanan kepada semua pelanggan lebuh raya PLUS melalui jangkauan luas setiap saluran komunikasi mereka," jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“Astro Radio adalah salah satu medium yang strategik kerana setiap kenderaan yang bergerak pada musim perayaan ini sudah pastinya akan mendengar stesen radio kegemaran mereka. Pemandu boleh mendapat laporan trafik terkini dari masa ke masa di udara melalui ERA, SINAR, ZAYAN, Hitz FM, Mix FM dan Lite FM atau melalui aplikasi SYOK, serta laporan dari halaman media sosial dari kesemua 11 stesen radio popular dari Astro Radio. Sama ada kenderaan itu bergerak atau tidak bergerak, anda pasti mesej itu didengari oleh penumpang dan pemandu. Oleh itu ia adalah medium yang ideal untuk mesej PLUS disampaikan kepada orang ramai. Malah, tips keselamatan dan peringatan tentang pemanduan selamat boleh terus disalurkan kepada pendengar radio,” katanya.

Kerjasama Celcom dan PLUS pula telah bermula sejak November 2021 untuk membangunkan aspek pengalaman pelanggan dan meneroka aplikasi 5G dalam menyokong operasi lebuh raya. Pada musim perayaan kali ini, kedua-duanya berkolaborasi untuk membawa ketenangan fikiran dan keselesaan kepada pelanggan ketika pulang ke kampung dengan maklumat trafik terkini secara konsisten.

Selain itu, Celcom juga telah menyediakan stesen pemancar mudah alih di Plaza Tol Tapah dan Juru serta kawasan rehat yang terpilih untuk menyediakan liputan yang lebih luas dan stabil di lokasi-lokasi utama ini.

Dengan lebih 2 juta pelanggan lebuhraya bergerak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kolaborasi yang tepat pada masanya dengan Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) yang berperanan dalam memastikan kelestarian ekosistem pelancongan domestik. Pembukaan semula sempadan Singapura dan Malaysia membuka peluang kepada pelancong luar negara dan domestik untuk melawat semula tempat-tempat menarik di negara ini.

YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) sendiri akan berkongsi video untuk menasihatkan Keluarga Malaysia supaya sentiasa selamat dan merancang perjalanan mereka. MoTAC bersama-sama dengan Celcom dan Astro Radio akan menyampaikan mesej PLUS menerusi saluran media sosial mereka tepat pada masanya dan seterusnya membantu mereka sampai ke destinasi dengan selamat dan gembira.

“PLUS mengucapkan terima kasih kepada Astro Radio, Celcom dan MoTAC kerana menyokong kami dalam usaha menjaga pelanggan lebuh raya dengan baik sepanjang musim perayaan ini, kami menghargai keikhlasan mereka dan membantu dalam semangat sebenar Kita Jaga Kita,” tambah Datuk Azman.

Selain kerjasama ini, maklumat trafik terkini PLUS turut disalurkan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya, melalui PLUSTrafik di Twitter, dan Aplikasi PLUS yang membolehkan pelanggan melihat situasi trafik terkini di lebuh raya melalui paparan CCTV dalam aplikasi tersebut.

 

PLUS COLLABORATES WITH ASTRO RADIO, CELCOM & MOTAC FOR BETTER HIGHWAY CUSTOMER ENGAGEMENT

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) welcomes three like-minded partners in a 4-way collaboration to ensure consistent, real-time information reaches its 2 million highway customers traversing to the north and south between 29 April till 9 May to celebrate Aidilfitri. The three collaborators comprise of Malaysia’s largest radio network, Astro Radio with over 16 million listeners, Celcom Axiata Berhad (Celcom) servicing over 14 million users and the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MoTAC) which leads the Nation’s call towards a robust domestic tourism eco-system.

Malaysia will be experiencing an unprecedented Aidilfitri celebration, which PLUS anticipates that more than 2 million vehicles will be plying its North-South Expressway in the spirit of “Balik Kampung”.  PLUS is also cognizant of the fact that after 2 years of the Movement Control Order (MCO), highway travelers will require updated information which will help them make informed decisions to plan their journey. This is where the role of the collaborators come in, to support the messages disseminated by PLUS by amplifying them over the airwaves and social media channels.

“The need to communicate continuously and widely is crucial to mentally prepare travelers and to manage expectations. They must expect a longer journey, where the travel time may double. Thus, in managing the traffic surge this festive season, we were approached by three like-minded partners with one single intention to collaborate, and that is to provide the latest traffic information and travel advisories to all PLUS highway customers via each partner’s extensive channels,” explains PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

“Astro Radio is one of the strategic mediums as every vehicle will tune in to their favorite radio station. Listeners can catch the latest traffic updates periodically on-air via ERA, SINAR, ZAYAN, Hitz FM, Mix FM and Lite FM, or through the SYOK app, as well as from social media pages of all 11 popular Astro Radio stations. Whether the vehicle is moving or stationary, you can be certain the message is heard by the passengers and driver, therefore it’s an ideal medium for PLUS messages to reach its audience,” affirms Datuk Azman. “In fact, the radio’s captive audience provides an opportunity to reinforce and remind the safety driving advisories as well as traffic mitigation tips.”

Celcom and PLUS have teamed up to unlock seamless mobility experiences and co-create sustainable value for Malaysian consumers via an MoU signed in November 2021 to develop total fleet management solutions, as well as the integration of both loyalty platforms and to explore 5G applications in supporting highway operations.  However, for Raya the two organisations are working hand-in-glove in their continued relationship to bring peace of mind and comfort to their joint customers on the road heading back for “Balik Kampung”, with a targeted communication campaign to reach the mobile customers along PLUS Highway with the latest updated traffic information. 

Additionally, Celcom has deployed mobile transmitter stations along the Tapah and Juru Toll Plazas and their respective R&Rs, to boost wider coverage for Celcom-PLUS customers in anticipation of the influx of people in these two major locations.

With over 2 million highway customers travelling the span of the west coast of Peninsula Malaysia, the timely partnership from the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MoTAC) will certainly drive the domestic tourism industry as borders are open between Singapore and Malaysia and excited Keluarga Malaysia seeing the opportunity to revisit their places of interest of culinary delights as well as that desired escape after the hiatus of staying home is now lifted.

YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, the Minister of Tourism, Arts and Culture herself will be sharing a video to advise Keluarga Malaysia to be safe and to plan their journey and her Ministry together with Celcom and Astro Radio will amplify PLUS messages across their social media universe with the single aim of making sure the information reaches all highway customers in a timely manner, helping them to reach their destination safely and happily.

“PLUS would like to thank Astro Radio, Celcom and MoTAC for supporting us in our efforts to take good care of highway customers throughout this festive season, we appreciate their sincerity and help in the true spirit of Kita Jaga Kita,” added Datuk Azman.

Apart from this collaboration, the latest PLUS traffic information is also channeled through electronic signages along the highway, via PLUSTrafik on Twitter, and the PLUS Application which enables customers to view the latest traffic situation on the highway through CCTV displays.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles