Media Release

PLUS SAMBUT BAIK PENGUMUMAN TOL PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI OLEH PERDANA MENTERI UNTUK KELUARGA MALAYSIA

  • Bermula 12:01 pagi 30 April (Sabtu) hingga 11:59 malam 1 Mei (Ahad) sebelum Aidilfitri
  • Bermula 12:01 pagi 7 Mei (Sabtu) hingga 11:59 malam 8 Mei (Ahad) selepas Aidilfitri
  • Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pelanggan lebuhraya masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol di plaza tol, tetapi tiada bayaran tol akan dikenakan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan inisiatif pemberian tol percuma kepada Keluarga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan rangkaian lebuhraya PLUS pada 30 April, 1 Mei, 7 Mei dan 8 Mei bersempena dengan sambutan Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 25 April.

Pada masa yang sama, PLUS menjangkakan sebahagian besar daripada pengguna lebuhraya akan merebut peluang untuk menikmati faedah tol percuma ini dan menyusun jadual perjalanan balik kampung dan kembali semula ke ibu kota berdasarkan tarikh-tarikh tol percuma tersebut.

“Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya membuat persiapan rapi dan menjangkakan tempoh perjalanan di lebuhraya mungkin lebih panjang kali ini terutamanya pada 4 hari istimewa yang diumumkan oleh Perdana Menteri,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Bagi menguruskan lonjakan trafik ekoran pengumuman tersebut, PLUS juga menyatakan komitmennya untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu orang ramai ketika berlakunya lonjakan trafik pada keempat-empat hari tersebut.

“Pihak PLUS akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan kami telahpun mengatur pelbagai persediaan rapi melibatkan aspek perjalanan di lebuhraya, di plaza tol dan juga kawasan-kawasan rehat,” jelas Datuk Azman Ismail.

Pada masa yang sama, PLUS mengambil peluang ini untuk menjelaskan bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :-

  • 1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  • 2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
  • 3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  • 3. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login . Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif. Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

“Pada masa yang sama, kami mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai sekali lagi yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada 4 hari tersebut supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini. Rancang perjalanan anda dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan dan tingkatkan keselesaan ketika memandu bersama keluarga. Ini termasuklah jadual untuk berhenti rehat untuk menyegarkan diri serta makan dan minum yang secukupnya,” jelas beliau.

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan. Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini. Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.

 

PLUS WELCOMES Prime Minister’s TOLL WAIVER ANNOUNCEMENT FOR KELUARGA MALAYSIA IN CONJUNCTION WITH AIDILFITRI

  • Begins 12:01am 30 April (Saturday) to 11:59pm 1 May (Sunday) before Aidilfitri
  • Begins 12:01am 7 May (Saturday) to 11:59pm 8 May (Sunday) after Aidilfitri
  • For traffic data recording purposes, highway customers will still need to tap their Touch ‘n Go card at the reader at the toll lane, but no toll fare will be charged

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) welcomes the move to give toll waiver to Keluarga Malaysia plying the PLUS highway network on April 30, May 1, May 7 and May 8 in conjunction with the Aidilfitri celebration as announced on 25th April by YAB Prime Minister of Malaysia, Dato 'Sri Ismail Sabri Yaakob.

PLUS anticipates that most highway customers will seize the opportunity to enjoy the toll waiver and plan their Balik Kampung and Balik Kota travels based on the designated toll waiver dates.

“Therefore, we advise the public to plan their journey carefully and to anticipate that their journey back to their hometowns may take longer especially during the 4 special days announced by the Prime Minister,” said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail. 

To manage the surge in traffic, PLUS is committed to take the appropriate measures to help highway customers throughout their highway journey.

“PLUS, will take the necessary steps to manage the traffic onslaught and we have put in place various measures on the highway mainline, toll plazas and the rest areas,” explained Datuk Azman Ismail.

At the same time, PLUS takes this opportunity to explain how the free toll is implemented on its highway network:-

  • 1. At Closed Toll System highways (or inter-city highways), the Toll Waiver is given when the customer exits the highway through the toll plazas during the stipulated period.
  • 2. For traffic data recording purposes, Touch ‘n Go card users are still required to tap their Touch ‘n Go card at the reader at the toll lane. However, no toll fare will be charged or deducted from the Touch ‘n Go card.
  • 3. For RFID customers, they are to enter and exit the highway via the dedicated RFID lanes for traffic data recording purposes. Similar to the Touch ‘n Go and SmartTAG customers, no toll fare will be charged or deducted from their eWallet.
  • 4. For Touch ‘n Go card users, they are advised to check the validity of their Touch ‘n Go card with Touch ‘n Go Sdn Bhd via http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login prior to commencement of their journey. Dormant or expired cards if used at the toll plaza will be declined by the system and the user may not be able to pass through the toll plaza, which will result in traffic congestion. Kindly obtain replacement card from Touch ‘n Go and its authorised retailers.

“PLUS also advises those who are planning to travel during peak days, especially during the 4 designated days to follow the Travel Time Advisory (TTA) schedule that was recently issued. We encourage them to carefully plan their journey to reduce congestion and provide more comfort for their families when travelling home. This includes identifying pit stops for food or drinks, to rejuvenate and refresh yourself,” he explained.

Highway customers are also encouraged to download the PLUS App to view real-time CCTV footages along the highway and use Waze or GoogleMap to help plan their journey better for this festive season. Regular highway traffic updates will also be provided through the PLUSTrafik Twitter.

 

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles