Media Release

PLUS SARAN PELANGGAN LEBUH RAYA PATUHI TTA UNTUK KURANGKAN KESESAKAN ATAU JANGKAAN ALAMI TEMPOH PERJALANAN LEBIH PANJANG

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di lebuh raya pada 29 April hingga 9 Mei 2022.

 TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan. Ia direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan dan membantu pelanggan lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin semasa tempoh musim perayaan akan datang, di mana lebih daripada 2 juta kenderaan dijangka melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“Memandangkan ini adalah kali pertama selepas 2 tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, kami menjangka kira-kira 2 juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya kami. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan ia mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda. Jadi, kami menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Di samping jadual TTA, pelanggan lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.

BALIK KAMPUNG BERAYA - Perjalanan dari Lembah Klang (pada 29 April hingga 2 Mei 2022)

Bagi pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1:00 petang.

“TTA ini direka untuk mengelak trafik yang menuju ke destinasi yang lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat. Dengan mematuhi TTA ini, ia boleh memberikan perbezaan yang lebih baik kepada pengalaman dan tempoh perjalanan anda, Insyallah,” tambah Datuk Zakaria.

PULANG KE BANDAR - Perjalanan Kembali ke Lembah Klang (pada 5 Mei – 9 Mei 2022)

Bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.

“Berdasarkan kajian kami bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini,” jelas Datuk Zakaria.

“Berdasarkan simulasi pola perjalanan trafik pada musim perayaan, bagi pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9:00 pagi. Manakala, tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga 7 jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9:00 pagi,” kata Datuk Zakaria lagi.

Dalam pada itu, pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

PLUS juga menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

PLUS ADVISES HIGHWAY CUSTOMERS TO FOLLOW TTA TO REDUCE CONGESTION OR EXPECT EXTENDED TRAVEL TIME

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is issuing a 2022 Balik Kampung and Pulang Ke Bandar Travel Time Advisory (TTA) schedule in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri festive season which caters for highway travel from April 29 till May 9, 2022.

 The purpose of the TTA is to distribute traffic and circumvent convergence of traffic entering the highway at the same time on major highway stretches, toll plazas and rest areas, thus reducing congestion. The TTA is designed based on previous festive seasons and long weekends travelling patterns to guide and help highway customers to experience the best possible journey in this unprecedented festive travel period, where over 2 million vehicles are expected to traverse along the North-South Expressway (NSE).

“As this is the first time after 2 years of the Movement Control Order (MCO), that we Malaysians are allowed to travel back to our loved ones to celebrate Raya Aidilfitri, we anticipate about 2 million vehicles, which is a 25 percent increase compared to the current daily 1.6 million vehicles plying on our highway. Therefore, please expect congestion and possibly prolonged duration of your travel time. So, we strongly urge and advise highway customers to adhere the TTA schedule during Balik Kampung and Pulang ke Bandar Journey,” PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi stresses.

In addition to TTA schedule, highway customers are advised to use our PLUS App, Waze, or Google Map for better journey plan during the period.

BALIK KAMPUNG BERAYA - Journey from Klang Valley (from 29 April to 2 May 2022)

For Klang Valley highway customers heading towards further destinations such as Perlis, Kedah, Penang, Perak (North) and Johor, are advised to enter the highway before 10:00 am. Meanwhile, for those heading towards closer locations or to other states are advised to enter the highway after 1:00 pm.

“The TTA is designed to prevent traffic heading towards further destinations from ‘converging’ with those heading to nearer ones, adhering to it may make a positive difference in one’s journey experience, Insyallah,” Datuk Zakaria added.

PULANG KE BANDAR - Journey back to Klang Valley (from 5 May to 9 May 2022)

For the return journey to Klang Valley from Perlis, Kedah, Penang, Perak (North), Johor and other states, highway customers are advised to enter the highway before 9:00 am.

“Based on our studies, the return journey to Klang Valley, highway customers can expect a longer travel time on the highway if they choose not to adhere to the TTA schedule,” Datuk Zakaria further explained.

“Based on festive seasons traffic travelling patterns simulation, for highway customers from the North to Klang Valley, they may experience an extended travel time of up to 10 hours, or twice as long as the average travel time if they enter the highway after 9:00 am. Meanwhile, the travel time from the South to the Klang Valley could reach up to 7 hours or twice as long compared to usual average travel time if they enter the highway after 9:00 am,” he cautioned.

Regular Traffic updates are provided through the PLUSTrafik Twitter service, PLUS Apps, the toll free PLUSLine at 1800-88-0000, PUTRI Chatbot, on electronic message signs (VMS) along the highway mainline as well as traffic announcements via major radio stations.

PLUS also advises highway customers to obey traffic rules, drive prudently, ensure that the vehicles are in a good condition and safely reach their destination to celebrate Aidilfitri with their loved ones.

 

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles