Media Release

PLUS TEMPATKAN 1,500 PETUGAS DI PLAZA TOL SEPANJANG SAMBUTAN AIDILFITRI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memberikan penumpuan yang lebih kepada keselesaan pelanggan lebuh rayanya dengan meminimumkan kesesakan di semua 1,100 lorong tol di 94 plaza tol sepanjang lebuh raya dari 29 April hingga 9 Mei yang akan datang termasuk memastikan kelancaran perjalanan dan keselesaan di Kawasan Rehat dan Rawatnya (R&R) bagi menampung keperluan 2 juta kenderaan yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

 “PLUS akan turut menugaskan 1,500 Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA) di plaza dan lorong tol sepanjang lebuh raya untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang menghadapi masalah transaksi tol di lorong. Selain itu, PLUS juga akan menempatkan kakitangan tambahan dari Ibu Pejabat untuk memberikan sokongan di plaza-plaza tol utama di seluruh negara,” menurut Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS.

“Saya juga ingin mengingatkan pelanggan lebuh raya kami untuk menjangkakan masa perjalanan yang lebih panjang ke destinasi mereka kerana kami meramalkan kemungkinan berlaku kesesakan akibat jumlah kenderaan yang tinggi di jalan raya, namun anda boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan Aplikasi PLUS dan juga ikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang akan dikeluarkan tidak lama lagi serta menggunakan Waze dan Google Map untuk jangkaan pelan laluan perjalanan,” tambah Datuk Zakaria.

Pada ketika ini, terdapat 3 mod pembayaran tol yang disediakan di plaza tol iaitu kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan yang terbaharu, RFID sebagai pilihan tambahan kepada mod pembayaran yang sedia ada.

“Pemandu dinasihatkan agar menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan menggunakan mod RFID ketika masuk ke lebuh raya melalui Plaza Tol Jalan Duta, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID. Ini dapat mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain. PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi untuk perjalanan mereka,” jelas beliau lagi.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go disediakan di seluruh negara termasuk di lebuh raya, mesin ATM, stesen-stesen minyak terpilih, kedai serbaneka serta lain-lain lokasi di luar ekosistem lebuh raya. Jumlah ini termasuk 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza-plaza tol terpilih. Selain itu, terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go Spot di stesen minyak terpilih sepanjang lebuh raya untuk membolehkan pelanggan membuat tambah nilai kad Touch ’n Go tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi kemudahan tambah nilai, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi Touch ‘n Go Careline melalui emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari www.touchngo.com.my.

Pada ketika ini, transaksi tol menggunakan RFID boleh digunakan di semua lebuh raya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, ia masih belum diperkenalkan lagi di rangkaian lebuh raya di Pantai Timur.

 

PLUS DEPLOYS 1,500 CUSTOMER SERVICE TEAM TO ENHANCE TRAFFIC EFFICIENCY AT TOLL PLAZAS FOR AIDILFITRI HOLIDAYS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) aims to minimise congestion at all its 1,100 lanes across 94 Toll Plazas nationwide in anticipation of the 2 million highway customers who will making their “Raya Balik Kampung” sojourn between April 29 till May 9 after a two-year travel hiatus.

 “Over 1,500 PLUS Customer Service Assistants (CSA) will be at hand to welcome everyone back to PLUS highway. They will be stationed at the toll plazas lanes to ensure a smooth and seamless drive through experience and assist in the eventuality of toll transaction complications. Over and above that, team members from PLUS Headquarters will also be deployed at all major toll plazas nationwide as additional ground support, as we expect this to be an unprecedented Raya exodus,” assures Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, PLUS Chief Operating Officer.

“I would also wish to remind our highway customers to please expect longer travel times to their destinations as we foresee possible congestion resulting from the high volume of vehicles on the road. However, you can plan ahead with the journey planner in the PLUS App and also follow our soon to be issued Travel Time Advisory (TTA) as well as to use Waze and Google Map for a predictive travel route,” reminded Datuk Zakaria.

“Highway Customers have the convenience of choosing 3 toll payment modes in the form of Touch ‘n Go cards, SmartTAG and the latest RFID for the ease of cashless transactions at the lanes. However, it is important to use the same payment mode upon entry and exit of the highway. For example, if RFID is used upon entry at Jalan Duta Toll, the customer must then exit the highway also using RFID, similarly with Touch ‘n Go and SmartTAG. Using the same mode of payment will greatly reduce the possibility of congestion at the toll lanes. Another key tip is to make sure one’s Touch ‘n Go e-Wallet or card has sufficient balance for travel,” Datuk Zakaria strongly suggests.

Today, there are over 11,000 available Touch ‘n Go reload centres provided across the country including at selected R&Rs, ATM machines, petrol stations, and convenience stores, and this includes 67 Self Service Kiosks (SSK) at selected toll plazas. There are also 22 Touch ‘n Go counters at selected petrol stations along PLUS highways to allow card top ups without additional charges. For further information regarding Touch ‘n Go top up facilities, highway customers can contact the Touch ‘n Go Careline at This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. or visit www.touchngo.com.my.

RFID is currently only available on west coast highways in Peninsula Malaysia. However, it is yet to be made available on the East Coast highways.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles