Media Release

PLUS AMBIL LANGKAH PROAKTIF UNTUK BANTU PENGGUNA NIKMATI PERJALANAN SELAMAT DAN SELESA SEMPENA CUTI MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI

PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuhrayanya pada setiap hari puncak di antara 29 April hingga 9 Mei yang akan datang bersempena dengan sambutan Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, syarikat ini mengambil langkah proaktif dalam usahanya membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa di lebuhraya ketika berlakunya lonjakan trafik tersebut.

“Setelah 2 tahun tidak berpeluang untuk merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarga di kampung akibat sekatan perjalanan disebabkan Covid-19, sudah pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk beraya di kampung pada tahun ini. Justeru, kami menjangkakan lebuhraya mungkin akan sesak dan ia boleh memanjangkan tempoh perjalanan orang ramai. Oleh itu, PLUS telah mengadakan persiapan rapi dan bersedia untuk menguruskan lonjakan trafik ini menerusi pendekatan yang proaktif untuk membantu orang ramai bergerak dengan selesa dan selamat,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Di antara pendekatan yang utama adalah meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda untuk memberikan bantuan kepada kenderaan yang terkandas lebuhraya. Pada musim perayaan ini, jumlah pasukan rondaan PLUSRonda ditambah kepada 520 pasukan bagi membolehkan pasukan ini meningkatkan kekerapan rondaan mereka terutamanya di laluan-laluan yang kritkal.

“Pada masa yang sama, kami juga sedar impak kehadiran kenderaan rosak dan terkandas di lebuhraya terhadap kelancaran pergerakan orang ramai di laluan terbabit. Oleh yang demikian, PLUS akan menempatkan trak tunda serta kren di lokasi-lokasi kritikal di lebuhraya bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengalihan kenderaan-kenderaan yang terkandas terutamanya di laluan-laluan mendaki,” jelas Datuk Zakaria.

Di laluan-laluan kritikal, PLUS juga bersedia untuk mengaktifkan Laluan Kontra di lokasi tertentu dengan bantuan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan menerusi papantanda di lokasi laluan kontra tersebut.

Sepertimana pada musim-musim perayaan yang lalu, PLUS akan meneruskan kolaborasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ambulans dan lain-lain lagi. Ketika pasukan Polis dan JPJ mengadakan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di lebuhraya, pasukan bantuan kecemasan seperti Bomba dan St John Ambulance diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik dan akan dikerahkan ke lokasi insiden dengan segera dan pantas apabila diperlukan pada bila-bila masa. Pada musim perayaan yang akan datang, kira-kira 500 anggota pasukan kecemasan (ERT) akan berada di lebuhraya untuk memberikan bantuan.

Selain lebuhraya, PLUS turut memberi lebih fokus terhadap kelancaran trafik dan keselesaan orang ramai di plaza tol dan kawasan-kawasan rehat sepanjang musim perayaan yang akan datang. Maklumat lanjut tentang persediaan PLUS di plaza tol dan kawasan rehat akan menyusul.

 

PLUS TAKES PROACTIVE APPROACHES TO HELP USERS ENJOY A SAFE AND COMFORTABLE JOURNEY IN CONJUNCTION WITH THE AIDILFITRI HOLIDAY SEASON

PLUS expects more than 2 million vehicles on its highway network on each peak day between April 29th and May 9th in conjunction with the Aidilfitri celebration. In this regard, the company is taking proactive steps to help highway users enjoy a safe and comfortable ride on the highway during the anticipated festive season traffic surge.

“After 2 years of not having the opportunity to celebrate Hari Raya Aidilfitri with the family back home due to travel restrictions after Covid-19, it is certain that many will not miss the chance to celebrate Raya at their kampongs this year. As such, we expect the highway to be congested and it could extend or prolong the duration of people’s travel time. Therefore, PLUS has made thorough preparations and is ready to manage this traffic surge through a set of proactive approaches to help people move comfortably and safely," said PLUS Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Among the key approaches is to increase the patrols of the PLUSRonda team in providing assistance to vehicles and customers stranded on the highway. During this festive season, the number of PLUSRonda patrol teams has been increased to 520 teams to enable these teams to increase their patrol frequency especially at critical stretches.

"At the same time, we are also aware of the impact of broken down and stranded vehicles on the highway on traffic movement. Therefore, PLUS will place tow trucks and cranes at critical locations on the highway to facilitate and speed up the process of removing these stranded vehicles, especially at climbing areas,” explained Datuk Zakaria.

On critical routes, PLUS is also ready to activate Contra Flow with the assistance of the Royal Malaysian Police (PDRM). Highway users are also advised to abide by the instructions given through the signages placed at the contra flow designated locations.

Consistent with previous festive seasons, PLUS will continue to collaborate with enforcement and emergency & rescue agencies such as PDRM, Road Transport Department (JPJ), Fire and Rescue Department, Ambulance and others. While the Police and JPJ teams conduct patrols and law enforcement on highways, emergency and rescue teams such as the Fire & Rescue Department and St John Ambulance are placed on standby at strategic toll plazas and will be deployed to incident locations immediately when required. During the upcoming festive season, about 500 members of the emergency response team (ERT) will be on the highway to provide assistance.

Apart from highways, PLUS will also give more focus on traffic flow and highway customers’ comfort at toll plazas and rest areas during the upcoming festive season. More information on PLUS’ plans at the toll plaza and rest area will follow.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles