Media Release

PLUS SAMPAIKAN ZAKAT BERNILAI RM2.3 JUTA KEPADA ASNAF SEMPENA RAMADAN

 Bersempena dengan sambutan Ramadan tahun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyampaikan zakat berjumlah RM2.3 juta kepada asnaf di jajaran lebuh raya kendaliannya sepanjang 1,130 kilometer termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Pada tahun ini, Zakat disampaikan kepada 1,997 asnaf, 17 Pusat Maahad Tahfiz serta kakitangan PLUS yang layak serta terkesan akibat banjir pada hujung tahun lepas.  

 Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail telah menyampaikan zakat berjumlah RM50,000 bagi pihak Syarikat kepada 5 buah Pusat Maahad Tahfiz yang terpilih pada satu majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Wilayah Utara PLUS di Bertam, Pulau Pinang, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, Madrasah Tahfizul Quran Penanti, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pusat Tahfiz Bukit Gantang, Maahad Tahfiz An-Nahdhoh dan Maahad Darul Furqan masing-masing menerima zakat berjumlah RM10,000 yang disampaikan untuk meringankan beban operasi yang terkesan akibat pandemik yang panjang.

“Harapan kami, semoga sumbangan ini memperolehi keberkatan pada bulan yang mulia ini dan sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan kepada pihak pengurusan menguruskan kelansungan operasi untuk pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz tersebut,” jelas Datuk Azman.

Menurut Datuk Azman, penyampaian Zakat ini selari dengan matlamat PLUS dalam meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran komuniti sepanjang jajaran Lebuhraya PLUS & LPT2. Ia juga bertepatan dalam meringankan beban masyarakat yang kini memasuki fasa peralihan endemik serta menyuntik keceriaan menyambut Aidlfitri yang bakal menjelang. Kesemua penerima bantuan zakat ini adalah komuniti yang tinggal di dalam linkungan 30 kilometer radius daripada lebuh raya.  

 

PLUS CHANELLED ZAKAT AMOUNTING RM2.3 MILLION TO ITS FENCELINE COMMUNITIES THIS RAMADAN

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) channelled a zakat distribution of RM2.3 million to Asnaf living along its 1,130 kilometre highway stretch including Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) in conjunction with this year’s Ramadan. The Zakat distribution was channelled to 1,997 Asnaf, 17 Maahad Tahfiz Centres as well as PLUS staff who were affected by the floods at the end of last year. 

 Recently, PLUS Managing Director Datuk Azman Ismail presented a zakat of RM50,000 to 5 selected Maahad Tahfiz Centres in conjunction with the breaking-of-fast ceremony held at the PLUS Northern Region Office in Bertam, Penang. Madrasah Tahfizul Quran Penanti, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pusat Tahfiz Bukit Gantang, Maahad Tahfiz An-Nahdhoh and Maahad Darul Furqan each received a zakat distribution of RM10,000 which is aimed at sustaining the operations of the centres affected by the long pandemic.

“It is our hope that this distribution will be blessed in this glorious month and to some extent provide support in ensuring the continuity of operations of these Maahad Tahfiz,” explained PLUS Managing Director Datuk Azman Ismail.

According to Datuk Azman, the Zakat distribution is in line with PLUS’ goal to improve the well-being and prosperity of the fence line communities along the PLUS & LPT2 Highways. It is also timely to ease the burden of the fence line communities during the endemic transition period and to welcome Aidilfitri. All recipients of the zakat distribution are communities who live within a 30km radius of the highway. 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles