Media Release

PLUS JANGKA 2 JUTA KENDERAAN GUNA LEBUHRAYA PADA HARI-HARI PUNCAK MENJELANG PERAYAAN AIDILFITRI

         -   Saran orang ramai rancang perjalanan lebih awal

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan orang ramai supaya membuat perancangan untuk pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak dan kesesakan menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang, terutamanya pada hari-hari akhir Ramadan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Pada hari-hari puncak bermula 29 April hingga 9 Mei, jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada 2 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari pada ketika ini. Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai supaya membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal.”

Sehubungan dengan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat ini bagi membantu orang ramai merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota masing-masing pada musim perayaan ini.

“Pasukan Operasi lebuhraya kami juga telah bersiap-siaga dan bersedia untuk membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini. Ia melibatkan pendekatan yang holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuhraya tersebut akan diumumkan kemudian,” tambah Datuk Azman.

PLUS ANTICIPATES 2 MILLION VEHICLES ON THE HIGHWAY DURING PEAK DAYS OF AIDILFITRI TRAVELS

  • Advises public to plan and prepare for earlier Balik Kampung travel

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) advises highway customers to prepare for their ‘Balik Kampung’ travel earlier and avoid the Aidilfitri traffic surge, especially during the end of Ramadan.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “Traffic is expected to spike up to 25 percent to 2 million vehicles each day on peak days between 29 April until 9 May as compared to the current 1.6 million vehicles per day. We therefore advise highway customers to plan their Balik Kampung travel earlier.”

PLUS will soon issue out its Travel Time Advisory (TTA) to help highway customers plan their ‘Balik Kampung’ as well as their ‘Balik Kota’ travel this festive season.

“Our highway operations team is ready to receive and manage the traffic surge and help the public during their much-anticipated Balik Kampung for this year’s Aidilfitri celebration. The holistic highway operations plan covers various aspects including the adoption of technology to provide safer and more comfortable journey for highway customers. These highway readiness plan will be revealed soon,” added Datuk Azman.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles