Media Release

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PENGECUALIAN TOL SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA

  • Bermula 1 April hingga 7 April 2022 di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang sahaja
  • Pelanggan lebuhraya masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go pada pengimbas kad Touch ‘n Go di lorong tol di kedua-dua plaza tol tersebut untuk membolehkan PLUS merekodkan data trafik, namun tiada bayaran tol akan dikenakan

Merujuk kepada pembukaan semula sempadan negara dan pengecualian bayaran tol di laluan darat, Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan langkah Kerajaan menyambut kepulangan warga Malaysia dan ketibaan rakan-rakan dari Singapura dengan tangan yang terbuka. Pada masa yang sama, PLUS akan terus komited untuk menyediakan perjalanan yang selamat, lancar dan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi pelanggan lebuhraya yang memasuki Malaysia.

Sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini, mulai 1 April 2022, orang ramai boleh menikmati pengecualian bayaran tol sepanjang minggu apabila menggunakan laluan darat/jalan raya sempadan untuk masuk dan keluar dari negara di plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua). Pengecualian bayaran tol ini adalah untuk untuk laluan masuk dan keluar di dua plaza tol tersebut selama satu minggu dari 1 April hingga 7 April 2022.

UNTUK MEMUDAHKAN PERJALANAN, PLUS BERKONGSI TIPS UNTUK PENGEMBARA YANG MEMASUKI SEMPADAN NEGARA MELALUI LALUAN DARAT/JALAN RAYA DI BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (TAMBAK JOHOR) DAN PLAZA TOL TANJUNG KUPANG (LEBUHRAYA LINKEDUA) :

1. Pengecualian bayaran tol ini ditawarkan untuk semua jenis kenderaan dan hanya terpakai di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor sahaja.

2. Tempoh pengecualian tol adalah selama satu minggu, daripada 1 April hingga 7 April 2022.

3. Sebagai persediaan untuk perjalanan anda, sila pastikan bahawa anda telah menyemak peralatan pembayaran tol seperti kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

4. Perlahankan kenderaan apabila menghampiri plaza tol. Walaupun bayaran tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang dikecualikan, pelanggan lebuhraya masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka pada pengimbas di lorong tol bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

5. Patuhi prosedur operasi standard kawalan sempadan yang ditetapkan.

6. Sekiranya anda ingin meneruskan perjalanan ke destinasi lain selain kedua-dua tol plaza ini, sila pastikan baki kad Touch ‘n Go yang mencukupi dan tambah nilai untuk perjalanan anda di laluan bertol yang lain di Malaysia.

7. PLUS telah bersiap siaga dengan menambah bilangan petugas khidmat pelanggan di kedua-dua tol plaza pintu negara ini untuk memberi bantuan kepada semua pelanggan yang memerlukan pertolongan.

WHAT YOU NEED TO KNOW ABOUT THE MALAYSIA-SINGAPORE BORDER TOLL FARE WAIVER - Toll fare waived at land border crossing toll plazas between Malaysia & Singapore at Bangunan Sultan Iskandar and Tanjung Kupang Toll Plazas only - Highway customers are required to touch their Touch ‘n Go card at the reader at the toll lane for travel record, no toll payment will be deducted

Speaking about the border reopening and the border toll fee waiver, Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS Malaysia Berhad (PLUS) lauded the Government’s move and said “We look forward to welcoming fellow Malaysians home and friends from Singapore with open arms. PLUS is committed in doing everything we can to help make their journeys to and around Malaysia as safe, seamless and enjoyable as possible.

As announced by the Government recently, come April 1st 2022, highway travellers can enjoy a weeklong toll fee waiver at border toll plazas at Bangunan Sultan Iskandar (at the Johor Bahru Causeway) and at Tanjung Kupang (on Linkedua highway). The toll-waiver for these two border points will last for one week from April 1st to April 7th, 2022 for all in-bound and out-bound travels.

PLUS anticipates that there will be a surge in traffic at several locations along the highway stretches due to the reopening of the border and the start of Ramadan. As such, PLUS has made the necessary preparations to help customers enjoy safer, smoother and more convenient travel on the highway, at the toll plazas and the rest areas. When stopping at the rest areas, please adhere to the Covid-19 prevention SOPs.

TO ASSIST TRAVELLERS DURING THEIR JOURNEY, PLUS SHARES SEVERAL TOPTIPS FOR TRAVELLERS AT THE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (JOHOR BAHRU CAUSEWAY) AND TANJUNG KUPANG TOLL PLAZA (LINKEDUA HIGHWAY):

1. The toll waiver is only applicable at Bangunan Sultan Iskandar (Johor Bahru Causeway) and Tanjung Kupang (Linkedua Highway) toll plazas in Johor.

2. The toll waiver period will last for one week, from April 1st to April 7th, 2022.

3. Kindly ensure that you have checked your toll gateway payment devices such as the Touch ‘n Go Card or SmartTAG.

4. Slow down when approaching the toll gate because while the toll fees at ‘Bangunan Sultan Iskandar’ and ‘Tanjung Kupang’ are waived, customers are still required to touch their Touch ‘n Go card at the readers provided at both toll plazas to allow PLUS to record traffic data as required by the authorities.

5. Please adhere to all border control SOPs

6. If you plan to travel further beyond both toll plazas, please ensure that you have enough balance for your travel through other tolled highways in Malaysia by topping-up your card.

7. As there will be more vehicles on the highways, PLUS has increased the number of Customer Service Assistants at both border toll plazas to assist our customers.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles