Media Release

KESESAKAN 20 KILOMETER BERPUNCA DARIPADA TRELER TERKANDAS SELESAI, TRAFIK BERGERAK PERLAHAN DI LOKASI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuhraya yang terperangkap di dalam kesesakan 20 kilometer yang berpunca daripada sebuah treler yang terkandas di lorong perlahan di laluan mendaki di KM231.9 di antara Kuala Kangsar-Changkat Jering di Lebuhraya Utara-Selatan akibat kehabisan minyak dan kerosakan enjin.

Insiden tersebut telah berjaya diselesaikan dan treler yang terbabit telah dialihkan ke tempat letak kenderaan kecemasan yang berhampiran kira-kira jam 2:30 petang. Pada masa yang sama, PLUS juga sedang merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan yang sewajarnya.

Sepanjang insiden tersebut, maklumat trafik telah disalurkan secara beterusan kepada pelanggan lebuhraya menerusi papantanda elektronik di lokasi strategik serta Twitter PLUSTrafik. Pelanggan yang menghala ke utara turut disarahkan supaya keluar dari lebuhraya menerusi Plaza Tol Kuala Kangsar sebelum masuk semula menerusi Plaza Tol Changkat Jering. Pasukan operasi lebuhraya PLUS turut berada di lokasi dan mendapat kerjasama pihak berkuasa dalam menguruskan insiden terbabit.

20-KM CONGESTION CAUSED BY STALLED TRAILER RESOLVED, TRAFFIC SLOW AND SMOOTH FLOWING ON PLUS HIGHWAY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) regrets the inconvenience to highway customers due to a stalled trailer due to fuel and mechanical problem at the slow climbing lane at KM231.9 resulting in a 20-kilometre traffic crawl from Kuala Kangsar to Changkat Jering on the North-South Expressway (NSE).

The incident was resolved as the trailer was moved to an emergency bay at approximately 2:30 pm. The incident has also been reported to the Road Transport Department (RTD) for appropriate action to be taken.

Traffic updates were continuously relayed to highway customers via electronic message boards placed at strategic locations as well as the PLUSTrafik Twitter. A mandatory exit was also activated to allow highway customers to temporarily exit the highway at Kuala Kangsar and re-enter the highway at Changkat Jering. PLUS highway operations team worked closely with the highway enforcement authorities and related agencies in managing the situation.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles