Media Release

PLUS NAFI BERI DISKAUN TOL 50 PERATUS UNTUK PULANG MENGUNDI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi sepertimana yang tular pada ketika ini.

Pada masa yang sama, PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.

Selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS juga disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat ini termasuklah media sosial.

 

PLUS Denies giving 50 Percent Toll Discount to Johor Voters

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) denies that the company had issued a media statement offering a 50 percent toll discount for those who travel back to Johor to vote, which is being viralled recently.

PLUS views the illegal use of the company logo in the false statement to mislead the public seriously and is working with the relevant authorities for action against the perpetrators.

Aside from reliable media agencies, all media statements from PLUS are disseminated through the company's official channels, including its social media pages.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles