Media Release

LALUAN TERKESAN AKIBAT HUJAN LEBAT DI NKVE: PLUS LAHIR RASA KESAL & SEDIA BANTU PEMANDU YANG TERJEJAS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melahirkan rasa kesal dan memohon maaf atas kejadian di mana beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas melalui lorong yang terkesan akibat hujan lebat di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) KM15.8 (arah selatan) di antara Persimpangan Damansara dan Subang pada Sabtu, 5 Mac.

Pada masa yang sama, PLUS menyatakan kesediaannya untuk membantu pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan pada kejadian tersebut dengan menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000 untuk sebarang pertanyaan atau secara atas talian menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my.

Pada kejadian yang berlaku semalam, sepasukan PLUSRonda telah segera ke lokasi untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terkandas dan menguruskan trafik.

Hasil siasatan awal oleh PLUS juga mendapati insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan pada pengguna lebuh raya.

Pasukan penyelenggaraan lebuh raya telah mengesan keadaan jalan yang tidak rata di lokasi kejadian dan telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera.

Pada ketika ini, PLUS sedang mengadakan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kerosakan dan meningkatkan pemantauan demi keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuhraya mempunyai pengalaman perjalanan yang lebih selamat.

 

PLUS REGRETS NKVE POTHOLES INCIDENT, WILL ASSIST AFFECTED HIGHWAY CUSTOMERS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) expresses its regret and apologise over an incident where several cars were damaged due to potholes caused by heavy downpour on the New Klang Valley Expressway (NKVE) at KM15.8 (south bound) between Damansara and Subang on Saturday, 5th March and is ready to provide the necessary assistance to the affected vehicle owners by contacting the PLUSLine at 1800 88 0000 or via the PLUS website, www.plus.com.my.

Upon notification of the incident, a PLUSRonda team was promptly dispatched to assist customers at the affected stretch and manage the traffic flow.

PLUS’ investigation revealed no injuries were reported arising from the incident.

The highway maintenance team was at hand and carried out emergency pavement repair work on the affected area.

PLUS is conducting further investigations to identify the root cause of the incident and is continuously monitoring the affected area in assuring highway customers a safer travel experience.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles