Media Release

PENJELASAN FOTO YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL KESESAKAN DI LORONG RFID JALAN DUTA (ARAH KE KL)

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengadakan siasatan untuk mengenalpasti punca kenderaan berbaris panjang di dua lorong RFID sepertimana yang tular di platform media sosial semalam, 21 Feb 2022. Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup dan pada masa yang sama telah menambah nilai eWallet mereka secara atas talian di lorong tol di antara 8.00 pagi hingga 8.59 pagi iaitu waktu puncak.

PLUS memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan mengambil langkah segera membantu pelanggan yang menghadapi masalah agar tidak menghalang laluan kenderaan lain. Orang ramai juga digesa agar sentiasa mematuhi SOP semasa berinteraksi dengan kakitangan PLUS bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua. #KitaJagaKita.

 Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pelanggan lebuh raya RFID diingatkan supaya sentiasa menyemak baki eWallet dan Kad Touch 'n Go untuk transaksi samaada menggunakan RFID, Kad Touch n' Go dan SmartTAG untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan di lebuh raya.

CLARIFICATION ON VIRAL PHOTO OF CONGESTION AT JALAN DUTA RFID LANES (KL BOUND)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has conducted the investigation to identify the cause of the long queues at two RFID lanes as shown on a viral photo circulating on social media platforms yesterday, 21st Feb 2022. It was ascertained that there were a number of cases of drivers with insufficient balance attempting to reload their Touch 'n Go e-wallet at the RFID lanes during the peak hours between 8.00 am to 8.59 am.

We apologise for the inconvenience caused and will help guide customers to park their vehicles to a safe location away from traffic in front of the RFID lane to conduct their eWallet reload. Both the public and our staff are urged to adhere to the SOPs when interacting to ensure safety and health for all involved #KitaJagaKita.

For a smoother journey experience, RFID highway customers are reminded to always check your Touch 'n Go e-wallet or the Touch 'n Go card balance beforehand and ensure it is sufficient for your journey travel. The three payment options by Touch 'n Go, namely RFID, Touch n' Go card and SmartTAG, are made available for the convenience and comfort of one's highway journey.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles