Media Release

PLUS REINSTATES SMARTTAG LANES Ministry of Works, Malaysian Highway Authority & PLUS align to resolve highway customers’ grievances

 First and foremost, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to apologise to all its highway customers for the inconvenience caused as a result of the congestion during the initial implementation of the  2nd Public Pilot RFID along the NSE from Juru to Skudai on 15 January 2022. The RFID project is in line with the Intelligent Transportation System (ITS) blueprint by the Ministry of Works towards a congestion free Multi-Lane Free Flow (MLFF) highway eco-system.

In a recent meeting with the Senior Minister of Works, Dato Sri Hj Fadillah Haji Yusof and the Director General of the Malaysia Highway Authority, Dato Ir Mohd Shuhaimi Hassan together with the top management of PLUS, YB Dato Sri Hj Fadillah raised his concern on the public’s grouses in relations to the initial RFID implementation and the removal of the SmartTag lanes at certain toll plazas.

 PLUS has proactively identified areas of improvement with the steer and guidance from the YB Dato’ Sri Fadilah and has assured the Government that the highway technological enhancement will lead to a better and improved customer experience.

The proactive steps are fully aligned with the Prime Minister’s YAB Dato Sri Ismail Sabri  Yaakob’s, announcement that the RFID solution is an option for the rakyat in terms of their toll payment choices.

The RFID option has co-existed with the SmartTAG and Touch ‘n Go payment options in most open toll highway networks since 2018 serving over 1.5 million existing RFID customers and on 15th January 2022, PLUS introduced it along its highway as an additional payment option to others who wish to travel inter-state.

As PLUS acknowledges the inconvenience caused to its highway customers during the initial RFID implementation along its Juru to Skudai stretch, it is fully committed to improving its overall highway customer experience through the following areas of improvements:

  • Reinstating SmartTAG Lanes

PLUS has identified key toll plazas to reinstate SmartTAG lanes to address grievances by SmartTAG users and manage traffic at the toll plazas. PLUS is committed to reinstate 16 toll plazas with 19 Touch ‘n Go lanes into SmartTAG lanes by 25th January 2022 is being selected in antipication of the Chinese New Year travel exodus. Subsequently post CNY, on 19th February, an additional of 18 more toll plazas will convert its 24 lanes to SmartTAG lanes.

  • Enhancing System Performance

PLUS have committed teams to work around the clock on the ground to optimize system performance and sharpen detection at all toll plazas. Quicker “double arm” lane barriers will also be deployed at plazas with high traffic to ensure traffic will be able to be managed and cleared quickly. Additionally, to assist our highway customers, visual RFID detection zones will be painted on the lanes to ensure customers are able to position their vehicle to ensure optimum detection.

  • Deployment of On-the-Ground Personnel

PLUS have assigned customer service assistants (CSAs) at all 158 RFID lanes across 74 toll plazas to assist customers who are stuck at the lanes using portable detection devices.

  • Strategic fitment centers for RFID tag fitment and replacement

There are 24 FCs established on PLUS highway and 35 at locations outside PLUS highways. The full list of FC can be obtained here and updated from time to time https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres. Customers experiencing detection issues at PLUS highways will receive a Touch N Go coupon from our CSA and can proceed to the nearest fitment center for assessment and Touch N Go  will replace the tag for FREE if found faulty. PLUS will continue to work with Touch N Go to increase the number of RFID fitment centers (FC) to ensure proper tag fitting by a professional fitment agent is available to customers

For information on PLUS Malaysia Berhad please visit PLUS' official website,  www.plus.com.my and PLUS Malaysia's social media platform including @PLUSTrafik  Twitter, Facebook and PLUS App. For detailed information on the location of the Touch 'n Go RFID tag installation, highway customers can visit the Touch 'n Go portal at  http://www.touchngo.com.my.

 

PLUS AKTIFKAN SEMULA LORONG SMARTTAG

Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia & PLUS sepakat tangani keluhan pengguna lebuhraya

 Terlebih dahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memohon maaf kepada pelanggan lebuh rayanya atas kesulitan yang dialami akibat kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID Perintis Awam ke-2 sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Januari 2022. Projek RFID ini adalah selaras dengan pelan tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Kementerian Kerja Raya ke arah eko-sistem lebuh raya bebas kesesakan iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (MLFF).

Dalam pertemuan dengan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Hj Fadillah Haji Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia,  Dato’ Ir Mohd Shuhaimi Hassan bersama pengurusan tertinggi PLUS baru-baru ini, YB Dato Sri Hj Fadillah telah menyuarakan kebimbangan serta keprihatinan beliau kepada rungutan orang ramai terhadap pelaksanaan peringkat awal RFID ini dan ketiadaan lorong SmartTag di plaza tol tertentu.

 PLUS secara proaktif telah mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan dengan nasihat serta cadangan YB Dato' Sri Fadilah dan telah memberi jaminan kepada Kerajaan bahawa peningkatan teknologi lebuh raya akan membawa kepada pengalaman perjalanan pelanggan yang lebih baik.

Langkah proaktif ini adalah sejajar dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa solusi RFID adalah pilihan kepada rakyat dalam pilihan pembayaran tol mereka.

Transaksi pembayaran tol dengan RFID telah wujud bersama dengan pilihan pembayaran SmartTAG dan Touch 'n Go dikebanyakan rangkaian lebuh raya bertol sistem terbuka sejak 2018 dengan lebih 1.5 juta pelanggan RFID sedia ada dan pada 15 Januari 2022, PLUS memperkenalkannya di sepanjang lebuh raya kendaliannya sebagai pilihan pembayaran tambahan kepada pelanggan.

Pada masa yang sama, PLUS juga sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuhraya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini dan komited untuk menambahbaik tahap pengalaman pelanggan di lebuhrayanya menerusi langkah-langkah berikut:-

  • Mengaktifkan Semula Lorong SmartTAG

PLUS telah mengenalpasti beberapa plaza tol di mana lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup akan diaktifkan semula ekoran rungutan dari pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik. PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol.

  • Meningkatkan Prestasi Sistem

PLUS juga komited untuk mengambil segala pendekatan perlu dalam mengoptimumkan prestasi sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol. Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza-plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas. Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID.

  • Menempatkan Petugas di Lorong

PLUS juga telah menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.

  • Lokasi Strategik untuk Pusat Pemasangan Tag RFID dan Penggantian

Terdapat 24 Pusat Pemasangan Tag RFID  di lebuhraya PLUS dan  35 lagi lokasi berada di luar lebuh raya. Senarai penuh Pusat Pemasangan boleh didapati di laman sesawang https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres yang dikemas kini dari semasa ke semasa. Pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuhraya PLUS akan menerima kupon Touch N Go  dari pembantu Khidmat Pelanggan kami dan pelanggan boleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID  yang terdekat untuk pemeriksaan. Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag tersebut secara PERCUMA. PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih.

Untuk informasi tentang PLUS Malaysia Berhad sila lawati laman web rasmi PLUS, www.plus.com.my dan platfom media sosial PLUS Malaysia termasuk @PLUSTrafik Twitter, Facebook serta Aplikasi PLUS. Bagi maklumat terperinci mengenai lokasi pemasangan tag Touch 'n Go RFID, pelanggan lebuh raya boleh melayari portal Touch 'n Go di http://www.touchngo.com.my

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles