Media Release

EMERGENCY CLOSURE OF SHAH ALAM TOLL PLAZA DUE TO FLASH FLOOD

PLUS has totally closed its Shah Alam Toll Plaza and Interchange due to a flash flood at 14:00 hours today.

At press time, mandatory exits have been activated at Subang & Seafield toll plazas for southbound and northbound traffic.

The entry lane at Bukit Raja and the Setia Alam Ramp to Shah Alam are also closed.

Highway customers who are cut off between Setia Alam to Shah Alam and Subang towards Shah Alam / Elite are required make an emergency U- turn via a temporary access provided by PLUS.

“We regret the inconvenience caused by this flooding due to the continuous heavy rain in the last 24 hours. Rest assured PLUS personnel are on ground working to manage the situation and are assisting with the traffic flow. Our toll plaza will be reopened once we confirm it is safe. Road users are advised to follow warning signages and authorities’ directives on site”, advised Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer of PLUS Malaysia Berhad.

PLUS has alerted all highway customers via its Variable Messaging System (VMS) about the closure and will release further information as soon as it becomes available. Updated information will also be posted on the PLUS website, www.plus.com.my and social media platforms including PLUS Malaysia Facebook and Twitter.

PENUTUPAN KECEMASAN PLAZA TOL SHAH ALAM AKIBAT BANJIR KILAT

PLUS telah menutup sepenuhnya Persimpangan Bertingkat dan Plaza Tol Shah Alam berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku pada jam 14:00 hari ini.

Pada waktu kenyataan akhbar ini dikeluarkan, susur keluar mandatori telah diaktifkan di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk trafik menghala ke arah selatan dan utara.

Susur masuk di laluan Bukit Raja dan laluan Setia Alam menghala ke Shah Alam juga ditutup buat masa ini.

Pelanggan lebuh raya yang terputus hubungan di antara Setia Alam ke Shah Alam dan dari arah Subang menghala ke Shah Alam / Lebuh raya ELITE dikehendaki membuat pusingan-U kecemasan melalui akses sementara yang disediakan oleh PLUS. 

“Kami berasa kesal dengan kesulitan yang berlaku akibat kejadian banjir ini berikutan hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam lepas. Kakitangan dan petugas kami sedang berusaha untuk membantu aliran trafik dan menguruskan keadaan di lokasi. Kami akan membuka semula plaza tol tersebut setelah kami mengesahkan ia selamat untuk digunakan. Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa di lokasi terbabit,” nasihat Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi, PLUS Malaysia Berhad. 

PLUS telah memaklumkan kepada semua pelanggan lebuh raya melalui Papan Tanda Elektronik (VMS) di lebuh raya mengenai penutupan tersebut dan akan memaklumkan maklumat terkini melalui laman web PLUS, www.plus.com.my dan platform media sosial termasuk Facebook dan Twitter PLUS Malaysia.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles