PLUS Malaysia Berhad (PLUS) recently won the Best Highway Brand Communications and Best Data Management Award at the 2021 Highway Industry Award Ceremony officiated by the Senior Minister of Works, YB Datuk Seri Fadillah Yusof together with the Chairman of the Malaysian Highway Authority (MHA), Datuk Abdul Rashid Asri dan MHA Director-General, Dato’ Ir Mohd Shuhaimi Hassan.
The third Award, the Highway Hero Award bestowed to two of PLUS highway patrol officers ie PLUSRONDA affirms its brand promise to Highway customers in "Taking Good Care of them every step of the way."
"The 3 wins are a clear testament from our Regulator MHA of the high level of commitment and professionalism our team has towards ensuring the safety and comfort of our customers. It is also a recognition that Warga PLUS can take pride in from our Government, the Ministry of Works. It certainly will inspire us to do things better as we always consistently drive for each day," said Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.
The Highway Industry Award is a special Ceremony to recognise efforts and good work of the highway concessionaires and individuals for the relentless passion in making the highway ecosystem safe and comfortable for everyone.
PLUS RANGKUL 3 ANUGERAH PADA MAJLIS ANUGERAH INDUSTRI LEBUHRAYA 2021
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkul Anugerah Komunikasi Jenama Lebuhraya Terbaik dan Pengurusan Maklumat Terbaik pada majlis Anugerah Industri Lebuhraya 2021 yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Datuk Seri Fadillah Yusof, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Abdul Rashid Asri dan Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir Mohd Shuhaimi Hassan.
Manakala, anugerah ketiga yang dirangkul oleh PLUS merupakan Anugerah Hero Lebuhraya yang diberikan kepada 2 anggota PLUSRonda yang membuktikan komitmen PLUS dalam “Menjaga Pelanggan Dengan Baik Sepanjang Perjalanan” apabila membantu seorang pengguna lebuhraya melahirkan bayi di lebuhraya dengan selamat sebelum ini.
“Kemenangan ini merupakan pengiktirafan LLM terhadap komitmen yang tinggi serta sikap profesional pasukan kami dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan. Ia juga merupakan pengiktirafan daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya terhadap Warga PLUS. Saya pasti ia akan meniup semangat kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik pada setiap masa,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Anugerah Industri Lebuhraya adalah majlis khas yang dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha syarikat-syarikat konsesi lebuhraya dan individu dalam menjadikan keseluruhan eko-sistem lebuhraya adlah selamat dan selesa untuk semua.