Media Release

MOH APPLAUDS PLUS HEALTH PROGRAMMES, ALIGNED WITH MALAYSIA’S NATIONAL HEALTH AGENDA

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) 2021 Safety Day was officially launched by Health Minister, YB Khairy Jamaluddin virtually to over 2,260 Warga PLUS witnessed by Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director and Chief Operating Officer, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, recently.

YB Khairy Jamaluddin, who is also the vice-president of the 75th World Health Assembly (WHA), applauded the bespoke health program called SayHeart PLUS designed by its Health, Safety, Security & Environment (HSSE) and Human Resource (HR) team’s, with the singular purpose to provide a robust platform to alleviate PLUS’s existing culture of health and safety amongst its 3800 employees nationwide. 

“PLUS’s Safety Day resonates with the Governments' Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) that was introduced in November. ANMS focuses on a national approach which calls for the active participation of the Rakyat, NGOs and private sectors, to collectively ensure the sustainability of the nation through the embodiment of healthy living. 

“Staying true to its spirit of Rakan Negara, PLUS has once again demonstrated its commitment as the driving force of the Government's efforts to rebuild the country towards post-COVID-19. Congratulations to the PLUS's leadership and employees for having attained 99.8% completed vaccination doses for its 12,738 employees, business partners, and vendors within its ecosystem in their fight against the virus. PLUS continuous support towards the Government recovery efforts post-Covid is exemplary,” attest YB Khairy Jamaluddin. 

This year’s theme #isihatselamat saw the insightful sharing from Datuk Azman Ismail, on the conscientious effort by management to increase awareness on the critical importance of regular annual regular health checks as well as maintaining a healthy lifestyle, which encompasses not only the physical but the mental and spiritual wellbeing, as well.

“We evolved from our 2020 Safety Day, when we first gave credence to mental health issues viewed as how we would treat a common cold, and they should not be stigmatized for it. PLUSs’ employees have a safe environment to share their feelings if they are undergoing mental stress as the pandemic has disrupted the work & home environment in an unprecedented manner. This year we further resolved to enhance the wellbeing of our employees through numerous and various SayHeart PLUS programs, which are holistically designed help them overcome challenges faced today,” affirms Datuk Azman, 

“We began with the launch of SayHeart PLUS in April 2021, as part of a collaborative initiative between HSSE and Human Resource to raise awareness of mental health and its relevance to productivity and personal wellbeing. It provided an avenue for employees to gain awareness and how to deal with mental and physical health challenges, as well as opportunities to engage virtually amongst colleagues for physical and social activities so that they do not feel alone or marginalized”, added Datuk Azman. 

On the aspect of Safety, Datuk Azman informed that PLUS had successfully achieved a 21% reduction in Lost Time Injury (LTI) incidents among its employees compared with the corresponding period in 2020. Testament of the continued sustainability in PLUS safety efforts, is reflected strongly in its achievement of a commendable 60% LTI reduction from 2017 to 2020.

PLUS Safety Day comprised of a multitude of exciting virtual activities that enabled all Warga PLUS to engage and gain health and fitness tips, medical and nutritional insights, from leading experts and celebrities.

 

KKM PUJI PROGRAM KESIHATAN PLUS, SELARAS DENGAN AGENDA KESIHATAN NASIONAL MALAYSIA

 Hari Keselamatan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) 2021 yang dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah disertai oleh lebih dari 2,260 warga PLUS yang turut disaksikan oleh Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS serta Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, baru-baru ini, secara maya.

YB Khairy Jamaluddin, yang juga naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75, memuji program kesihatan yang dinamakan SayHeart PLUS, direka oleh pasukan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSSE) dan Sumber Manusia (HR), dengan tujuan tunggal untuk menyediakan platform yang mantap bagi memperkukuhkan budaya kesihatan dan keselamatan PLUS di kalangan 3800 pekerjanya di seluruh negara.

“Hari Keselamatan PLUS seiring dengan Agenda Nasional  Malaysia Sihat  (ANMS)  yang diperkenalkan  pada November lalu. ANMS memberi tumpuan kepada pendekatan nasional  yang menyeru   penyertaan aktif rakyat,  NGO dan sektor swasta, untuk bersama-sama  memastikan kelestarian negara melalui pengamalan kehidupan yang sihat.

"Berpegang teguh kepada semangat Rakan Negara, PLUS sekali lagi menunjukkan komitmennya sebagai penggerak kepada usaha Kerajaan untuk membina semula negara pasca COVID-19. Tahniah kepada kepimpinan dan kakitangan PLUS kerana telah berjaya mencapai 99.8% penerima vaksinasi lengkap atau seramai 12,738 individu dari ekosistem perniagaannya termasuk rakan niaga dan vendor dalam usaha memerangi virus Covid-19 ini. Sokongan berterusan PLUS terhadap usaha Kerajaan untuk membina semula negara pasca-Covid harus menjadi contoh kepada semua." tambah YB Khairy Jamaluddin.

Bertemakan #isihatselamat,  sambutan tahun ini menyaksikan perkongsian berwawasan  daripada Datuk Azman Ismail, mengenai kesungguhan usaha dari pihak pengurusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala tahunan serta mengekalkan gaya hidup sihat,yang merangkumi bukan sahaja kesejahteraan fizikal tetapi juga kesihatan mental dan rohani.

"Kami juga meningkatkan keberkesanan Hari Keselamatan 2020, apabila memberi penekanan kepada kepentingan kesihatan mental sebagai satu perkara yang perlu diberikan perhatian, pesakit juga tidak wajar dipandang berlainan. Kakitangan PLUS disediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk berkongsi perasaan mereka sekiranya mereka mengalami tekanan mental, kami memahami akan kesan dari wabak ini yang telah mengganggu persekitaran kerja & rumah dengan cara yang belum pernah kita hadapi  sebelum ini. Tahun ini kami meningkatkan kesejahteraan kakitangan kami melalui pelbagai program SayHeart PLUS, yang direka secara holistik membantu mereka mengatasi cabaran yang dihadapi hari ini," tegas Datuk Azman.

"SayHeart PLUS menyediakan landasan kepada pekerja untuk meningkatkan kesedaran dalam  menangani kesihatan mental dan fizikal serta kaedah terbaik menanganinya, serta memberi peluang untuk melibatkan diri dengan rakan sekerja dalam aktiviti sosial atau fizikal secara maya supaya anda tidak merasa bersendirian atau terpinggir," kata Datuk Azman semasa berucap pada majlis itu.

"Kami bermula dengan pelancaran SayHeart PLUS pada April 2021, sebagai sebahagian daripada inisiatif dan kerjasama antara HSSE dan Sumber Manusia untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan kaitannya dengan produktiviti dan kesejahteraan peribadi. Ia memberi  peluang kepada pekerja  untuk  mendapatkan kesedaran  dan bagaimana menangani  cabaran kesihatan mental dan fizikal , serta peluang  untuk melibatkan diri secara maya di kalangan rakan sekerja untuk  aktiviti fizikal dan sosial supaya  mereka  tidak merasa bersendirian atau terpinggir,"  tambah  Datuk Azman.

Mengulas lanjut, Datuk Azman berkata, PLUS telah berjaya mencapai pengurangan sebanyak 21% insiden Hilang Masa Kecederaan (LTI) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020. Bukti kemajuan dan kelestarian berterusan dalam usaha keselamatan PLUS, dapat dilihat melalui pencapaian ketara dalam tempoh yang singkat di mana PLUS mencapai  pengurangan LTI sebanyak 60%  dari 2017 hingga 2020.

Hari Keselamatan PLUS diteruskan sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti penglibatan maya yang dijalankan bersama pakar kesihatan, perubatan, kecergasan dan pemakanan sebagai tetamu jemputan. Dengan maklum balas positif daripada kakitangan dan semangat baharu, PLUS berharap komitmen terhadap keselamatan ini akan memastikan peralihan yang selamat dan sihat ke arah tahun 2022.

Hari Keselamatan PLUS di isi dengan pelbagai aktiviti maya yang menarik serta membolehkan semua warga PLUS melibatkan diri dan mendapatkan tip kesihatan dan kecergasan, pandangan perubatan dan pemakanan, daripada pakar terkemuka dan selebriti.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles