Media Release

EMERGENCY & LEFT LANES BETWEEN TAPAH AND BIDOR TO BE TEMPORARILY CLOSED FOR 5 DAYS FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS - Right Lane at KM330.70 to KM331.15 (Southbound) is passable for all vehicles

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and comfort and continuously seeks to improve both aspects on all its highways.

Therefore, to allow for a pavement maintenance work to be carried out smoothly, the emergency and left lanes between Tapah and Bidor at KM330.70 and KM331.15 (South bound) will be temporarily  closed to all vehicles for 5 days from 9:00 am on 29th November (Monday) to 17:30 pm, 3rd December 2021 (Friday).

However, the right lane of the affected stretch is still passable for all vehicles.

 As such, all highway customers heading north are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the traffic conditions via CCTV feeds, while adhering to traffic signages and instructions by PLUS personnel when passing through the affected stretch.

Additionally, highway customers can get the latest traffic information or in the event of emergencies, please contact PLUSLine at 1800-88-0000.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

 

LORONG KECEMASAN & KIRI ANTARA TAPAH KE BIDOR AKAN DITUTUP SELAMA 5 HARI UNTUK KERJA PENYELENGGARAAN JALAN

  • Lorong Kanan di KM330.70 hingga KM331.15 (Arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan 

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.  

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah dan Bidor di KM330.70 hingga KM331.15 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama 5 hari kepada semua kenderaan mulai jam 9:00 pagi, 29 November (Isnin) sehingga Jumaat, 3 Disember 2021 jam 17:30 petang akan datang. 

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

 Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. 

Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles