Media Release

SEREMBAN R&R (SOUTHBOUND) CLOSED FOR REJUVENATION ~ Upgrading Works for Highway Customers Future Comfort~

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) will be closing its Seremban (Southbound) Rest and Service Area (R&R) at KM274.6 on the North-South Expressway for a period of 14 months for upgrading works which will involve the entire premise beginning 13 October 2021 until 31 December 2022.  

During the construction period, all F&B outlets and the existing public facilities at the R&R will be closed. However, the petrol station will still be operational and is opened as usual and PLUS will be providing temporary facilities such as public restrooms, surau, parking spaces including food trucks to highway customers. 

As such, highway customers who are travelling south are advised to stop over at the Dengkil R&R, Nilai Lay-by, Senawang Lay-by, the Ayer Keroh OBR, Ayer Keroh R&R, or other nearby R&R or lay-bys location should they need to stop for food and other needs. Highway customers are also advised to utilise the public toilets and surau at the nearest toll plaza for their convenience.

Highway customers also have the digital options to indulge in the delectable offerings of the selected R&Rs business partners via the Pre-Order function at https://orderdisini.plus.com.my/ or PLUS Apps for take-away purpose.

Access to the latest highway news, traffic situation across the multiple PLUS Malaysia social media platforms such as Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube and website www.plus.com.my  as well as via the PLUS App, which will help in one’s journey planning.

R&R SEREMBAN (ARAH SELATAN) DITUTUP UNTUK NAIK TARAF

~ Kerja Penambahbaikan Jamin Keselesaan Pelanggan Pada Masa Hadapan~

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan menutup Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh 14 bulan bagi kerja-kerja menaik taraf yang akan melibatkan keseluruhan premis bermula 13 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2022.

Sepanjang tempoh penambahbaikan ini, semua outlet F&B dan kemudahan awam sedia ada di R&R akan ditutup. Walau bagaimanapun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa dan PLUS turut menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.  

Sementara itu, pelanggan lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk mendapatkan kemudahan makanan dan keperluan lain dengan lebih selesa. Pelanggan lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan tandas awam dan surau di mana-mana plaza tol yang terdekat.

Pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniaga R&R terpilih melalui fungsi Pra-Pesanan di https://orderdisini.plus.com.my/ atau menerusi Aplikasi PLUS untuk bawa pulang.

Dapatkan maklumat dan keadaan trafik terkini melalui platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, Youtube dan laman web www.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS untuk membantu anda merancang perjalanan.

PLUS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan lebuh raya atas sokongan berterusan serta berharap dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada semua pelanggan pada masa akan datang

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles