Media Release

PLUS TRAFFIC EXPECTED TO INCREASE WHEN INTER-STATE TRAVEL RESUMES ~ The Safety Of PLUS Highway Customers Remains Its No. 1 Priority ~

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) North South highway traffic is expected to increase between 1.1 million to 1.3 million vehicles daily when inter-state travel resumes after the announcement by the Government.

PLUS expects many Klang Valley residents as well as those from other states will seize this opportunity to travel for that long-awaited occasion to be with families and close friends.

"PLUS highways are well prepared for the reopening of interstate travel and all its 94 toll plazas across the northern and southern regions are ready for the influx vehicles once the restriction for interstate travel is lifted," confirms Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer PLUS Malaysia Bhd.

“We are indeed encouraged that over 90% of our adult population has been fully vaccinated and are now able to travel on our highway but are mindful of the Covid-19 SOPs.  We encourage them to take a break after a two-hour drive at our R&Rs and Lay-Bys to rejuvenate and relax. While countering their travel fatigue, please continue to diligently follow the MKN SOPs of checking your MySejahtera, wearing proper face masks, physical distancing, and hand sanitizing, as these still applies along our highways.” added Datuk Zakaria.

As safety and comfort remains our priority, PLUS personnel comprising of PLUSRonda, highway safety and maintenance crews as well as customer service personnel across its entire 1,130 km long-stretch are ever ready. Collaboration with the Traffic Police and Road Transport Department (JPJ) enhances highway enforcement that provides peace of mind to travellers. 

All public facilities at PLUS’ 29 R&Rs and 50 laybys are regularly sanitized under a regimented cleaning schedule and is a long-standing commitment ensuring that cleanliness is maintained as facilities such as suraus and washrooms are open 24 hours a day.

Highway customers also have the digital options to indulge in the delectable offerings of the selected R&Rs business partners via the pre-order function https://orderdisini.plus.com.my/  for take-away purpose.

Planning your journey is easy with the PLUS App which can be downloaded free from the PlayStore or AppStore. Today PLUS highway journey is more rewarding, by simply signing up as a PLUSMiles member via www.plus.com.my  

Access to the latest PLUS news, promotions, and traffic situation across the multiple PLUS Malaysia social media platforms such as Instagram, Facebook, LinkedIn, Twitter and Youtube.

PLUS JANGKA PENINGKATAN TRAFIK APABILA RENTAS NEGERI DIBENARKAN SEMULA

~ Keselamatan Pelanggan Lebuh Raya PLUS Kekal Sebagai Keutamaan No. 1 ~

 Trafik di lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dijangka meningkat antara 1.1 juta hingga 1.3 juta kenderaan setiap hari apabila perjalanan antara negeri dibenarkan semula selepas pengumuman oleh Kerajaan.

PLUS menjangkakan ramai penduduk Lembah Klang serta dari negeri-negeri lain akan merebut peluang yang ditunggu-tunggu ini untuk bersama keluarga dan sahabat handai. 

"PLUS bersedia untuk membuka semula semua 94 plaza tol di seluruh wilayah utara dan selatan untuk menerima pertambahan kenderaan sebaik sahaja sekatan perjalanan antara negeri ditarik balik", kata Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad. 

“Kami teruja bahawa lebih 90% daripada penduduk dewasa telah diberi vaksin sepenuhnya dan kini dapat melakukan perjalanan di lebuh raya kami seperti biasa, namun, ingin tetap memberi peringatan terhadap keperluan kepatuhan SOP Covid-19.  Kami menggalakkan mereka untuk berehat selepas memandu selama dua jam di R&R dan Hentian Sebelah kami untuk berehat dan menyegarkan tubuh mereka. Mereka diingatkan untuk tetap mengikuti SOP MKN termasuk memeriksa MySejahtera, mengambil suhu, memakai topeng muka yang betul, menjaga penjarakan fizikal, dan sentiasa memastikan kebersihan tangan mereka, kerana ia masih merupakan sebahagian SOP di sepanjang lebuh raya kami", jelas Datuk Zakaria.

Keselamatan dan keselesaan tetap menjadi keutamaan, maka kakitangan PLUS yang terdiri daripada PLUSRonda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di seluruh laluan sepanjang 1,130 km sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kerjasama dengan Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya yang memberi ketenangan kepada pelanggan lebuh raya.

Semua kemudahan awam di 29 R&R PLUS dan 50 Hentian Sebelah sentiasa dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang ketat sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang PLUS untuk memastikan kebersihan dikekalkan kerana kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

Pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniagaan R&R terpilih melalui fungsi pra-pesanan https://orderdisini.plus.com.my/ untuk di bawa pulang.

Perancangan perjalanan kini lebih mudah melalui fungsi Aplikasi PLUS yang dapat dimuat turun melalui PlayStore atau AppStore. Dapatkan lebih banyak ganjaran apabila anda mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui www.plus.com.my .

Dapatkan berita, maklumat keadaan trafik dan promosi terkini melalui kesemua platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Facebook, Instagram, LinkedIn dan Youtube.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles