Media Release

PLUS WORKING TO RESTORE POWER BACK ON PENANG BRIDGE SOONEST

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) confirms that the Penang Bridge  experienced a power failure since 8.23pm yesterday. The outage has also affected the surrounding proximity of the mainland and Island connecting to the bridge.

"We truly apologise for the inconvenience caused by this power failure and we are working to rectify and resolve the situation soonest. We seek your patience and understanding as we   work towards restoring the power back on the bridge and toll plaza as quickly as possible," assures Syed Mohammed Idid, Head of Strategic Stakeholder Engagement PLUS.

"However, we are happy to inform that all lanes are functioning per normal and be rest  assured that we will keep everyone updated on the progress. For those who will be travelling on the bridge, please drive safely and carefully, and maintain a safe distance from the car in front," reminds Syed Idid

For updates on the traffic situation, please follow PLUS Traffic Twitter or via the PLUS App.    

PLUS SEDANG MEMULIHKAN KEMBALI BEKALAN ELEKTRIK DI JAMBATAN PULAU PINANG

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 8.23 malam tadi. Bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan juga turut terjejas buat sementara waktu.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan pihak kami sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih bagi memulihkan situasi secepat mungkin. Pihak PLUS juga memohon kesabaran para pelanggan lebuhraya dalam memahami situasi dan pihak kami juga sedang memulihkan kembali bekalan elektrik di plaza tol dan jambatan dengan kadar segera,” jelas Syed Mohammed Idid, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik, PLUS.

“Namun, pihak PLUS ingin memaklumkan bahawa semua lorong kini telah berfungsi seperti biasa dan kami akan terus memaklumkan dari semasa ke semasa sebarang perkembangan terkini. Pelanggan yang sedang menuju ke jambatan dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan setiap masa”, tambah Syed Idid

Untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui Aplikasi PLUS.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles