Media Release

PLUS BAGS DOUBLE RECOGNITION AT ASEAN AND NATIONAL LEVEL FOR TWO CONSECUTIVE YEARS

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has established itself as one of the key industry leaders in energy efficiency as its HQ, Persada PLUS retained its 1st Runner-up position in the Retrofitted Building Category under the Energy Efficient Building Award of the ASEAN Energy Efficiency and Conservation Best Practices Awards 2021, organised by The ASEAN Centre for Energy (ACE) for two consecutive years.

PLUS was also the winner of the 2020 National Energy Award in the Energy Efficiency category for Energy management of Large Building as well as the runner-up of the ASEAN Energy Awards (AEA), making PLUS the first highway concession company to receive dual honors this year. The double recognition is a direct result of the PLUS Green Roadmap, a five-year strategic plan to preserve the environment utilising the most innovative approach. 

The awards reflect highly on the company’s continued dedication towards empowering Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) culture in its business practices, securing a spot in the National Energy Award 2021, organised by the Ministry of Energy and Natural Resources (KETSA), which automatically qualified PLUS to represent Malaysia at the regional award level.

“This dual recognition is a firm testament of our passion to improve PLUS's Green initiatives. It is also an affirmation of our people to commit towards our sustainable growth and to deliver Stakeholder value continuously. It’s a truly remarkable effort by Warga PLUS and the awards are dedicated to them”, said Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer (COO) of PLUS.

The award recognizes the efforts of both public and private sectors in energy innovation in delivering positive impacts for various industries nationwide. The ASEAN Energy Awards is Southeast Asia’s highest.

 

PLUS TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN DI PERINGKAT ASEAN DAN NEGARA SELAMA DUA TAHUN BERTURUT-TURUT  

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah berjaya menempa nama sebagai salah satu peneraju industri utama dalam kecekapan tenaga apabila Ibu Pejabatnya, Persada PLUS  telah mengekalkan status sebagai Naib Johan  untuk dua tahun berturut-turut dalam Kategori Bangunan Yang Diubahsuai (Retrofitted Building) bagi Anugerah Bangunan Cekap Tenaga  pada anugerah ASEAN Energy Efficiency andConservation Best Practices Awards 2021, anjuran Pusat Tenaga ASEAN (ACE) baru-baru ini.

PLUS juga telah muncul sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards) 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN (AEA), sekaligus menjadikan PLUS sebagai syarikat konsesi lebuh raya yang pertama menerima penghormatan berganda tahun ini. Pengiktirafan berganda ini juga merupakan kesan langsung pelan strategik lima tahun PLUS Green Roadmap yang menekankan kepentingan pendekatan yang paling inovatif dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Anugerah ini mencerminkan dedikasi berterusan syarikat untuk memperkasakan budaya Penjagaan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG) dalam amalan perniagaannya, sekaligus membantunya memenangi Anugerah Tenaga Negara 2021, anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), yang melayakkan PLUS mewakili negara ke anugerah serantau tersebut.

"Pengiktirafan berganda ini adalah bukti kukuh semangat kami mempertingkatkan inisiatif Hijau PLUS. Ia juga merupakan bukti komitmen Warga kami dalam memperkasakan pembangunan mampan dan memberikan nilai tambah kepada pihak berkepentingan kami.  Ianya merupakan usaha yang sangat luar biasa dari seluruh Warga PLUS dan anugerah ini didedikasikan kepada mereka”, kata Datuk  Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS.

Anugerah Tenaga ASEAN ini merupakan pengiktirafan tertinggi di Asia Tenggara bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan tenaga. Kategori pertama adalah dalam bidang kecekapan tenaga dan pemuliharaan (EE&C) dalam bangunan memandangkan penggunaan tenaga paling intensif merupakan salah satu kesan pembangunan bandar yang pesat. Pertandingan ini dilancarkan pada tahun 2000 dan mula merangkumi penyertaan Kategori Bangunan Hijau pada tahun 2014.

Majlis Penganugerahan telah dilangsungkan secara maya pada 16 September 2021 sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN ke-39 mengenai Mesyuarat Tenaga (AMEM) dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Kemampanan PLUS, sila layari laman web kami  www.plus.com.my untuk memuat turun laporan Kemampanan 2020 kami.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles