Media Release

TEMPORARILY CLOSURE OF RIGHT LANE BETWEEN SENAI UTARA AND KULAI FOR 3.5 MONTHS DUE TO MEDIAN CONCRETE BARRIER WORKS ~ Left & Emergency Lanes at KM24.65 to KM27.25 (Northbound) is passable for all vehicles~

As a measure to improve the safety and comfort of its highway customers, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be closing the right lane between Senai Utara to Kulai at KM24.65 to KM27.25 (Northbound) for 3.5 months to all vehicles from 12:00 pm on 20 September 2021, until 12:00 pm, 1 January 2022 to ensure upgrades to the concrete road barrier to be conducted smoothly. 

Throughout this period, traffic on the affected stretch will be diverted to the left and emergency lanes to maintain two lanes access at all times. Additionally, customers passing through the designated area are also advised to obey the speed limit of 60km/h and instructions by PLUS personnel.

As such, all highway customers heading north are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions via CCTV feeds or use the SOS button in the app to request help from PLUSRonda team.  

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible will contribute to a positive journey for all.

 

PENUTUPAN LORONG KANAN ANTARA SENAI UTARA KE KULAI SELAMA 3.5 BULAN UNTUK KERJA NAIK TARAF PENGHADANG JALAN

~Lorong Kiri & Kecemasan di KM24.65 hingga KM27.25 (Arah Utara) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan~

Sebagai langkah mempertingkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh rayanya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengumumkan penutupan  lorong kanan di antara Senai Utara ke Kulai di KM24.65 hingga KM27.25 (Arah Utara) akan ditutup selama 3.5 bulan kepada semua kenderaan mulai jam 12:00 malam pada 20 September 2021, sehingga jam 12:00 malam, 1 Januari 2022 akan datang bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf tembok penghadang  konkrit dilaksanakan dengan lancar.

Sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan terbabit akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa. Dalam masa yang sama, pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik dan had laju 60 km/j serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

 

Justeru, pelanggan yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut. 

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles