Media Release

CARING FOR THE FENCE LINE, PLUS “BERSAMA AMBIL PEDULI” CAMPAIGN REACHES OUT TO 1,390 FAMILIES DURING THE MONTH OF HARI KEBANGSAAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) distributed food baskets which reached 5,560 individuals from 1,390 families living along the fence line of the 1,130KM PLUS and LPT2 highways as part of its “Bersama Ambil Peduli” campaign, aligned to the National Day theme of Malaysia Prihatin (Malaysia Cares).

“We know the pandemic has impacted lives and livelihoods, especially those in the B40 category. Along our highway fence line, PLUS has data of the families under the poverty line who needs our help, which is why our employees established a team of 313 personals called the Skuad Ambil Peduli or We Care Squad at each of our 17 sections to reach out and deliver the food baskets to these 1,390 families. What is more meaningful about our Bersama Ambil Peduli Campaign is that the financial contributions are predominantly from our 3,800 strong Warga PLUS and a portion from the company. This is also a testament of the organization’s culture instilled amongst the staff which is a result of our work values that focuses on taking better care of our stakeholders,” explains Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director.

“The contribution from PLUS was very helpful for me and my family as the prolonged pandemic deeply affected our livelihood”, said Sabariah bt Ujang, an unemployed single mother of two children based in Kundur Tengah, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, thank you for the food basket. This means a lot to me and my grandchildren”, expressed Eddy bin Abdullah from Tangkak who has been taking care of his four grandchildren after their father passed away.

The Bersama Ambil Peduli campaign is an extension of PLUS CSR ongoing programmes. Over the past three decades, PLUS has been able to impact  thousands of lives along the highway fence line.

In 2020 when the pandemic hit, the employees of PLUS bandied and collected RM128,000 through the Tabung Warga PLUS Prihatin within a short span of two months, which enabled seven fence line hospitals namely, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Melaka, Hospital  Serdang, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah and Hospital Selayang, to purchase the necessary medical equipment’s needed to combat Covid-19.

The company itself donated a sum of RM1.2 million for the same purpose to Hospital Kuala Lumpur and Hospital Sungai Buloh, which today are the leading Covid-19 hospitals, saving the lives of millions who have been infected. For more on PLUS’ CSR and Sustainability initiatives, please visit our website www.plus.com.my to download our 2020 Sustainability report.

MENJAGA KOMUNITI SETEMPAT, KEMPEN PLUS “BERSAMA AMBIL PEDULI” SANTUNI 1,390 KELUARGA KOMUNITI JAJARAN LEBUH RAYANYA SEPANJANG  BULAN HARI KEBANGSAAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyampaikan bakul makanan yang telah memberi manfaat kepada 5,560 isi rumah daripada 1,390 keluarga yang tinggal di sepanjang 1,130km jajaran lebuh raya PLUS dan LPT2 menerusi kempen “Bersama Ambil Peduli” selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin.

“Kami sedar pandemik ini telah memberi kesan kepada kehidupan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat terutamanya dari kumpulan B40. Di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS, kami mempunyai data keluarga daif yang memerlukan bantuan kami, oleh itu, pasukan Skuad Ambil Peduli ditubuhkan dengan dianggotai  313 sukarelawan daripada 17 seksyen operasi bagi  mengenal pasti dan menyantuni 1,390 keluarga melalui penyampaian bakul makanan. Kempen Bersama Ambil Peduli ini amat bermakna kepada kami kerana dana kempen ini telah disumbangkan oleh 3,800 Warga PLUS dan sebahagiannya daripada syarikat. Ini juga adalah satu bukti budaya keprihatinan yang tinggi dikalangan warga kakitangan hasil dari prinsip kerja yang sentiasa menitik beratkan penjagaan pihak berkepentingan PLUS yang lebih baik,” ujar Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

“Sumbangan daripada PLUS sangat membantu saya dan keluarga yang sangat terkesan berikutan pandemik yang panjang ini”, kata Sabariah bt Ujang, ibu tunggal yang tidak berkerja dan mempunyai dua anak dari Kundur Tengah, Negeri Sembilan. 

“Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan bakul makanan ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada saya dan cucu”, luah Eddy bin Abdullah dari Tangkak yang menjaga empat cucu setelah ayah mereka meninggal dunia.

Kempen Bersama Ambil Peduli ini merupakan antara inisiatif CSR PLUS yang dipergiatkan oleh syarikat. Selama lebih tiga dekad, PLUS telah menyantuni dan mempertingkatkan kesejahteraan kehidupan ribuan yang tinggal di sepanjang jajarannya. Pada tahun 2020 ketika krisis pandemik bermula di negara, warga PLUS bersama-sama menyumbang sebanyak RM128,000 kepada Tabung Warga PLUS Prihatin dalam jangka masa yang pendek iaitu dua bulan, untuk membantu tujuh hospital di sepanjang jajaran lebuh rayanya, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Hospital Tuanku Jaafar, Hospital Melaka, Hospital Serdang, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah dan Hospital Selayang, untuk sumbangan pembelian keperluan alatan perubatan menentang Covid-19. Pihak syarikat turut menyumbang dana korporat sebanyak RM1.2 juta bagi tujuan yang sama kepada Hospital Kuala Lumpur and Hospital Sungai Buloh, yang merupakan hospital Covid-19 utama merawat dan menyelamatkan nyawa jutaan yang dijangkiti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Inisiatif CSR & Kelestaran PLUSPLUS’ CSR, sila lawati laman sesawang www.plus.com.my untuk muat turun Laporan Kelestarian PLUS 2020.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles