Media Release

SEVEN R&R’S AND LAY-BYS ALONG PLUS HIGHWAYS TO WELCOME DINE-IN CUSTOMERS FROM MALAYSIA DAY ONWARDS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is pleased to announce that more than 80% of its business partners at the rest and service areas (R&R) have been fully vaccinated, in compliance to the Majlis Keselamatan Negara (MKN) vaccination SOP and are now ready to serve highway customers at the following locations from the dates stated below in stages:-

16 September 2021

  1. Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant
  2. Simpang Pulai Lay-by (Southbound)
  3. Mambau (Eastbound)
  4. Mambau (Westbound

17 September 2021

  1. Sungai Buloh Lay-by (Southbound)

18 September 2021

  1. Dengkil (Northbound)
  2. Dengkil (Southbound)        

All fully vaccinated highway customers can now enjoy dining-in at the above seven locations as the states move into Phase 2 of the Government’s National Recovery Plan.

 “It is a much-anticipated delight to be able to welcome our customers back to a dine-in experience at our R&R food courts and lay-bys, to enjoy their meal and a short break especially after a long drive. In the coming weeks, we will be announcing even more R&R’s food courts which will be ready for dine-in as our business partners attain their full vaccinated status within the next 14 days,” declared Christine Liew, Chief Commercial Officer, PLUS, enthusiastically.

“We appeal that in the spirit of Kita Jaga Kita, our fully vaccinated customers continue to adhere to the SOPs set by the MKN by showing their MySejahtera Covid-19 vaccination status for dine-in verification at the point of ordering the food from the outlets operated by the business partners.  Customers who are fully vaccinated will receive a green sticker tag from the business partners, allowing them to enjoy dining in at the food court,” clarifies Christine.

Highway customers who have yet to be fully vaccinated can still enjoy the delicious menus with take-aways from the R&R’s and PLUS recommends to minimize contact by using the free PLUS App’s Pre-Order function or via https://orderdisini.plus.com.my/ from participating business partners and stall operators. Customers can easily download the PLUS App from Android Play store and Apple App Store. Also, on the latest information on dine-ins and other services, please visit www.plus.com.my.

TUJUH R&R DAN HENTIAN SEBELAH DI LEBUHRAYA PLUS BERSEDIA MENYAMBUT PELANGGAN MULAI HARI MALAYSIA UNTUK MENIKMATI MAKANAN DI MEDAN SELERA 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengumumkan bahawa lebih daripada 80% rakan niaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliannya telah lengkap divaksinasi, selari dengan SOP vaksinasi yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kini bersedia menerima kunjungan pelanggan lebuh raya untuk menikmati makanan di medan selera di R&R berikut bermula dari tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah secara berperingkat:- 

16 September 2021

  1. Restoran Jejantas Sungai Buloh
  2. Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan)
  3. Mambau (Arah Timur)
  4. Mambau (Arah Barat)

17 September 2021

  1. Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) 

18 September 2021

  1. Dengkil (Arah Utara)
  2. Dengkil (Arah Selatan)           

Semua pelanggan lebuh raya yang telah menerima vaksin lengkap kini boleh menikmati makanan di tujuh lokasi di atas berikutan beberapa negeri yang telah memasuki Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara. 

“Kami sangat teruja mengalu-alukan pelanggan kami untuk kembali di R&R dan hentian sebelah, bagi menikmati sajian hidangan panas dan berehat sebentar terutamanya setelah mengharungi perjalanan yang jauh. Dalam beberapa minggu lagi, kami akan mengumumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R yang bersedia untuk membuka ruang makan di medan selera, berikutan lebih ramai peniaga R&R kami akan memperoleh status vaksin lengkap mereka dalam masa 14 hari akan datang,” kata Christine Liew, Ketua Pegawai Komersial, PLUS. “Melalui semangat Kita Jaga Kita, kami menyeru para pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dengan menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di Aplikasi MySejahtera mereka untuk pengesahan ketika memesan makanan di gerai yang dikendalikan oleh peniaga R&R kami. Bagi mereka yang mempunyai status vaksinasi lengkap, pelanggan akan menerima label pelekat hijau daripada peniaga R&R kami bagi membolehkan mereka menikmati makanan di medan selera R&R,” jelas Christine. 

 

Bagi pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksin lengkap, mereka masih boleh menikmati menu yang enak dengan pembelian secara bawa pulang dari R&R kami. PLUS juga menyarankan mereka untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ daripada peniaga dan pengusaha gerai R&R yang mengambil bahagian bagi meminimumkan interaksi.  Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi PLUS dengan mudah daripada Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store. Dapatkan maklumat terkini dan perkhidmatan lain kami dengan melayari www.plus.com.my.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles