Media Release

IMPLEMENTATION OF SCHEDULED ROAD MAINTENANCE WORKS ON PENANG BRIDGE

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) will be working closely with the Malaysian Highway Authority (MHA) to  conduct a scheduled pavement maintenance work in order to improve comfort and safety for Penang Bridge customers, especially Penangites,  from 16 August 2021 to 30 December 2021.

The pavement maintenance works on the Penang Bridge will be carried out in stages between KM0.2 and KM8.3 on the Perai to Island stretch to reduce traffic disruption. According to En Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operations Officer (COO) of PLUS, “Road maintenance works are scheduled to take place only at night starting from 10 pm to 6 am.”

To facilitate the maintenance works, lane closures will be activated in stages to maintain a passable two lanes at all times for public’s convenience. PLUS will also ensure traffic information as well as lane closures on the bridge are disseminated to the public continuously through electronic signages placed at strategic locations leading to the Penang Bridge. 

“However, during the maintenance work on the middle lane, the right lane will need to be closed for safety purposes. Therefore, only the left lane is accessible to traffic. If there is a need, the right lane will be open to customers,” he added. As such, highway customers are also advised to plan their journey or utilize other alternative route throughout the period.  

PLUS would like to thank all highway customers for their cooperation to ensure a smooth journey during the period. In the spirit of #KitaJagaKita, your collaboration ensures a more comfortable journey for all.

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN BERJADUAL DI JAMBATAN PULAU PINANG

Sebagai salah satu daripada usaha berterusan untuk terus meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pelanggan di Jambatan Pulau Pinang, khususnya bagi rakyat Pulau Pinang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di Jambatan Pulau Pinang mulai 16 Ogos 2021 sehingga 30 Disember 2021 akan datang.

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Jambatan Pulau Pinang akan dilaksanakan secara berperingkat di antara KM0.2 hingga KM8.3 melibatkan laluan Perai ke Pulau bagi mengurangkan gangguan trafik terhadap perjalanan pelanggan di atas jambatan tersebut.

Menurut En Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, “Semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan dijadualkan berlangsung pada sebelah malam sahaja iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.” 

Semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, penutupan lorong akan dijalankan secara berperingkat bagi membolehkan 2 lorong terus dibuka untuk keselesaan orang ramai pada setiap masa. PLUS juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di jambatan tersebut dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papantanda elektronik di lokasi yang strategik menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

“Walau bagaimanapun, sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan di lorong tengah dijalankan, lorong kanan juga akan ditutup untuk tujuan keselamatan. Oleh itu, hanya lorong perlahan sahaja yang boleh dilalui. Sekiranya terdapat keperluan, lorong kanan akan dibuka kepada pelanggan,” tambah beliau. Sehubungan itu, para pelanggan juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka atau menggunakan laluan alternatif di sepanjang tempoh tersebut.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles