Media Release

PLUS HIGHWAY HQ TURNS VACCINATION CENTRE ~First Highway Headquarters to Be Activated as Integrated Public Vaccination Centre~

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has become the first highway headquarters to be activated as an Integrated Public Vaccination Centre (IPVC) to inoculate up to 2,000 individuals per day. This reality was made possible with its partnership with its medical advisory partner, Primer Cherang together with Protech Health, the implementer of private medical practitioner and healthcare NGO participation in the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK). 

The COVID-19 Immunization Task Force (CITF) selected Persada PLUS HQ as one of the 14 public immunisation venues to accelerate the dispensing of vaccines through Operation Surge Capacity ensuring that all adults will receive at least one dose of the vaccine by August 1 and help flatten the infection curve.

“As of Sunday, 25th of July, PICK has reported over 16 million doses comprising of first and second doses have been administered, of which11.5million of our population has received their first dose and over 5.4 million are fully vaccinated with two doses. Based on these data, PLUS is proud to be able to play its part in helping the Country to ramp up its immunisation numbers. The sooner we are able to attain the target to allow us to enter phase four of the National Recovery Plan (PPN), the sooner the economy can improve, and businesses can revive,” said Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director enthusiastically.

“I urge you to regularly check your MySejahtera updates and who knows you may be visiting our Persada PLUS HQ soon. In the meantime, continue to adhere to SOPS if you must be out and about, if not it would be best to work from home where possible until you are fully inoculated. Hopefully by then, as the Government has indicated you may get to travel on our highways again,” added Datuk Azman optimistically.

PLUS is more than a highway operator, its role as a Rakan Negara (Friend of the Nation) is reflected in its capacity to provide a safe and comfortable highway network that is well maintained as it facilitates the transportation of essential goods as well as commercial produce crucial for the economy. Therefore, its involvement in this immunisation programme ensures its sustainability as well as the country’s.

The participation also provides the opportunity for the employees of PLUS to be part of something meaningful and historical. As the pride of the organisation, Warga PLUS will make up the volunteers comprising of 150 health personals from Primer Cherang and Protect Health, in an enterprise focused effort to help as many in Malaysia to be vaccinated and saved from the sufferings of being infected by the Coronavirus.

 For the latest information on Persada PLUS IPVC updates, please visit www.plus.com.my and PLUS Malaysia social media page via Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn and so on.

IBU PEJABAT LEBUHRAYA PLUS MENJADI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN

~ Ibu Pejabat Lebuh Raya pertama diaktifkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Integrasi~

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjadi ibu pejabat lebuh raya pertama yang diaktifkan sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) untuk memberi vaksin kepada 2,000 individu sehari. Inisiatif ini menjadi realiti dengan kerjasama rakan penasihat perubatannya, Primer Cherang bersama Protech Health, pelaksana pengamal perubatan swasta dan penyertaan agensi penjagaan kesihatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

Pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memilih Ibu Pejabat Persada PLUS sebagai salah satu daripada 14 lokasi imunisasi awam untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Kapasiti Lonjakan Operasi (Operation Surge Capacity) bagi memastikan semua orang dewasa akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos dan membantu melandaikan lengkuk jangkitan. 

“Sehingga Ahad 25 Julai, PICK telah melaporkan lebih 16 juta dos yang terdiri daripada dos pertama dan dos kedua telah berjaya diberikan, di mana kira-kira 11.5 juta penduduk telah menerima dos pertama mereka dan lebih daripada 5.4 juta telah divaksin sepenuhnya dengan dua dos. Berdasarkan data ini, PLUS berbangga dapat memainkan peranannya bagi membantu negara mempercepatkan kadar pemberian imunisasinya. Lebih cepat kita dapat mencapai sasaran untuk membolehkan kita memasuki empat fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), lebih cepat ekonomi dapat diperbaiki dan perniagaan boleh pulih,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS dengan penuh semangat.

“Saya menggesa anda untuk sentiasa memeriksa dan mengemas kini aplikasi MySejahtera dan siapa tahu, anda mungkin mengunjungi Ibu Pejabat Persada PLUS kami tidak lama lagi. Dalam pada itu, saya ingin menasihatkan semua supaya terus mematuhi SOP jika anda perlu keluar melakukan aktiviti harian, jika tidak, adalah lebih baik sekiranya anda boleh bekerja dari rumah sehingga divaksin sepenuhnya. Semoga pada masa itu, seperti yang diumumkan oleh kerajaan, anda berpeluang untuk merentas negeri dan daerah di lebuh raya kami sekali lagi,” tambah Datuk Azman optimis.

PLUS bukan sekadar pengendali lebuh raya. Peranannya sebagai Rakan Negara dapat dilihat  dalam kapasitinya bagi menyediakan rangkaian lebuh raya yang selamat dan selesa termasukkanlah diselenggara dengan baik kerana ia memudahkan pengangkutan barangan keperluan serta hasil komersial penting untuk ekonomi. Oleh itu, penglibatannya dalam program imunisasi ini dapat memastikan kelestarian syarikat dan negara.

Penyertaan ini juga memberi peluang kepada kakitangan PLUS untuk menyumbang kepada peristiwa yang bermakna dan bersejarah. Sebagai kakitangan yang menjadi kebanggaan organisasi, Warga PLUS menyertai pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 150 petugas kesihatan daripada Primer Cherang dan Protect Health. Dalam misi untuk membantu seberapa ramai individu di Malaysia untuk diberi vaksin, ia juga merupakan salah satu usaha untuk memelihara dan melindungi daripada dijangkiti Coronavirus.

Untuk maklumat terkini mengenai PPVI Persada PLUS, sila layari www.plus.com.my atau laman media sosial PLUS Malaysia menerusi Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan lain-lain. 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles