Media Release

PERAK HIGHWAY CUSTOMERS REMINDED TO FOLLOW LATEST ENHANCED SOPs

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) highway customers who urgently require to travel across the state are reminded to strictly adhere to the latest Enhanced Standard Operating Procedure (SOP) set by the National Security Council (NSC) following the latest Enhanced Movement Control Order (EMCO) implemented in the sub-district of Bagan Serai in Kerian, Perak effective today, 27th May 2021 to 9th June 2021.

Throughout this duration, all F&B outlets at the Gunung Semanggol Rest and Service Areas (R&R) for both Northbound and Southbound areas will only operate from 8 am to 8 pm and for takeaways. Dine-in is prohibited.

Meanwhile, all R&R F&B outlets at other locations along PLUS highways are also operating from 8 am to 8 pm and for takeaways as well. However, the public facilities at the R&Rs and lay-bys such as restrooms and suraus are open 24/7.

“We urge our customers to adhere to the Covid-19 safety SOPs and in the true spirit of #KitaJagaKita, we hope that everyone will register for their vaccination as to protect ourselves, as well as those around us,” said Syed Mohammed Idid, PLUS' Head of Strategic Stakeholder Engagement.

For the latest highway operations information, please visit the PLUS website at www.plus.com.my and/or PLUS Malaysia Facebook, Instagram or twitter@plus2u social media page for updated operating hours of the R&Rs and lay-bys.

PELANGGAN LEBUH RAYA DI PERAK DINASIHATKAN SUPAYA TERUS PATUH KEPADA SOP DIPERKETATKAN

 PLUS Malaysia Bhd (PLUS) terus mengingatkan para pelanggannya yang perlu melakukan perjalanan di lebuh raya supaya terus mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak mulai hari ini, 27 Mei 2021 sehingga 9 Jun 2021. 

Semasa tempoh ini, semua premis makanan dan minuman di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua kawasan (Arah Utara dan Arah Selatan) dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja, manakala makan di premis R&R tidak dibenarkan. 

Sementara itu, semua premis makanan dan minuman di lain-lain lokasi R&R di sepanjang Lebuhraya PLUS juga dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja. Walau bagaimanapun, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam.  

“Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi SOP keselamatan Covid-19. Dengan semangat #KitaJagaKita, kami berharap anda semua dapat mendaftar bagi mendapatkan Vaksin Covid-19, demi melindungi diri sendiri dan semua pihak yang berada di sekeliling kita,” kata Syed Mohammed Idid, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya kami, sila layari laman web PLUS di www.plus.com.my dan/atau menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram PLUS Malaysia atau twitter@plus2u.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles