Media Release

FACILITIES ON HIGHWAY AVAILABLE 24-HOURS THROUGHOUT MCO - HIGHWAY CUSTOMERS REMINDED TO STRICTLY FOLLOW SOP’s

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is supportive of the Government’s nationwide Movement Control Order (MCO) that will be enforced from 12th May 2021 until 7th June 2021 to flatten the Covid-19 curve. 

“Under this MCO 3, both interstate and inter-district travel are not allowed, except for emergencies, work, education, economic related activities with police approval as well as medical reasons including Covid-19 vaccination appointments. For our highway customers are permitted to travel, our service level remains consistently high despite the MCO,” quoted Zakaria Ahmad Zabidi, Chief Operating Officer of PLUS. 

 “We have taken the necessary safety precautions as our commitment to provide a safe and comfortable travel experience. However, we strongly encourage our highway customers to download the free PLUS App to facilitate their journey planning. They will be able to interact with  P.U.T.R.I. (PLUS Unique Texting Realtime Interface) the very first highway A.I Chatbot who is able to provide the latest updates regarding highway situations,” added Zakaria. 

Above all, over 250 PLUSRonda highway units will be patrolling the expressway on 24-hour loops. In the event of traffic incidences, highway customers are advised to contact the PLUSLine 1800-88-0000. 

“In light of the upcoming Raya festivity, PLUS will halt all regular maintenance and upgrading works along the highway from 11th May to 17th May 2021, except for urgent critical repair works,” explained Zakaria. 

As standard safety practice every festive season, PLUS collaborates with highway law enforcement partners like the Traffic Police and Road Transport Department, providing customers peace of mind. PLUS also allocates standby cranes and tow trucks at strategic locations along the highway for emergency assistance and swifter clearance during major festive celebrations like Raya Aidilfitri. 

PLUS R&R facilities remain open and accessible 24-hours throughout the festive period. Beginning 13th May until 7th June, F&B, convenience store and non-F&B outlets at these R&Rs will be operating from 6 am to 10 pm daily (subject to local authorities’ directives). However, only F&B takeaway services are available during these periods. 

 “To offer convenience and for contactless pick-up, the PLUS Pre-Order function via the PLUS App offers customers to select from a mouth-watering array of menus by participating business partners and stall operators at selected 21 R&Rs. The F&B Pre-Order can be performed via PLUS App or through https://orderdisini.plus.com.my/,” he said.  

Adherence to the National Security Council (NSC) and Ministry of Health (MOH) standard safety SOPs of wearing face mask, registering on the MySejahtera App, temperature taking and keeping to a one-meter physical distance   while queuing to purchase food or using the public facilities at the R&Rs are mandatory across PLUS Highway.

All suraus and public restrooms at PLUS R&Rs and lay-bys are open 24-hours, while cleanliness and hygiene of the R&R’s are maintained through a strict cleaning schedule including sanitization for overall comfort of our customers.

KEMUDAHAN DI LEBUHRAYA PLUS DISEDIAKAN 24-JAM SEPANJANG TEMPOH PKP - PELANGGAN DINASIHATKAN SUPAYA TERUS PATUH KEPADA SOP

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyokong usaha Kerajaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021 bagi melandaikan lekuk penularan wabak Covid-19. 

“Ketika pelaksanaan PKP di seluruh negara ini, perjalanan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan, kecuali atas urusan kecemasan, kerja, pendidikan, aktiviti ekonomi dengan kebenaran pihak polis termasuk urusan perubatan atau temujanji vaksinasi Covid-19. Bagi pelanggan lebuh raya yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh tersebut, kami akan memastikan tahap perkhidmatan di lebuh raya kami sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, walaupun PKP dilaksanakan,” menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi. 

“Kami telah mengambil langkah bagi memastikan aspek keselamatan yang tinggi sebagai komitmen kami untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa. Di samping itu, kami juga menggalakkan pelanggan lebuh raya untuk memuat turun Aplikasi PLUS secara percuma untuk merancang perjalanan dengan lebih mudah. Pelanggan juga dapat berinteraksi dengan PLUS Unique Texting Realtime Interface iaitu chatbot kecerdasan buatan (A.I) pertama lebuh raya yang lebih dikenali sebagai ‘PUTRI’ yang menyediakan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS,” tambah Zakaria.

Selain itu, lebih daripada 250 pasukan PLUSRonda telah ditugaskan untuk membuat rondaan 24 jam di lebuh raya. Sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan di lebuh raya, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000.

“Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang, PLUS akan menghentikan sementara semua kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di sepanjang lebuh raya bermula 11 Mei sehingga 17 Mei 2021, kecuali melibatkan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang kritikal,” jelas Zakaria.

Pada setiap kali musim perayaan, PLUS bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasa seperti pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelanggan di lebuh raya. PLUS juga telah menempatkan kren serta trak tunda yang bersiap sedia (on standby) di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya untuk bantuan kecemasan dan kerja-kerja mengalihkan kenderaan terkandas dengan lebih pantas sepanjang tempoh perayaan ini.

Kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS dibuka 24 jam sepanjang musim perayaan ini.  Bermula 13 Mei hingga 7 Jun, gerai makanan dan minuman, kedai serbaneka dan gerai perniagaan selain daripada makanan dan minuman di R&R beroperasi pada jam 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan). Walau bagaimanapun, hanya perkhidmatan pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja dibenarkan dalam tempoh tersebut.

“Untuk keselesaan pelanggan, kini PLUS menawarkan khidmat beli dan bawa pulang makanan tanpa sentuh (contactless) dengan lebih mudah. Pelanggan hanya perlu membuat Pra-Pesanan melalui Aplikasi PLUS untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang lazat daripada rakan niaga dan pengendali gerai di 21 R&R terpilih. Pra-Pesanan ini boleh dibuat melalui Aplikasi PLUS atau melalui pautan https://orderdisini.plus.com.my/,” kata beliau.

PLUS mengingatkan orang ramai untuk terus patuh kepada Prosidur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memakai pelitup muka, mendaftar menerusi Aplikasi MySejahtera, mengambil suhu badan serta mengamalkan penjarakan fizikal satu meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan awam di R&R dan di Lebuhraya PLUS.

Sementara itu, semua kemudahan awam seperti surau dan tandas di R&R dan hentian sebelah dibuka 24 jam setiap hari. Aspek kebersihan di R&R sentiasa diberi keutamaan dengan menjalankan rutin pembersihan ketat secara berjadual termasuk kerja-kerja sanitasi untuk keselesaan kepada pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles