Media Release

PRE-ORDER SERVICE FOR CONTACTLESS PICK-UP AT PLUS R&Rs FOR CUSTOMERS ON-THE-GO

 In light of the announcement made by the Government on the implementation of Movement Control Order (MCO) and Conditional Movement Control Order (CMCO) at selected states beginning 6th May and 7th May 2021, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to reiterate  the commitment to continue to  provide its customers  safe, clean, comfortable and convenient services and facilities, at all rest and service areas (R&R) along the highway. 

 More than 600 businesses at the R&Rs continue to remain open (subject to local authorities’ directives) so customers who need to travel can get fresh food and drink on-the-go.  To offer convenience and for contactless pick-up, the PLUS Pre-Order function via the PLUS App offers customers to select from a mouth-watering array of menus by participating business partners and stall operators at selected 21 R&Rs. The F&B Pre-Order can be performed via PLUS App or through https://orderdisini.plus.com.my/.

Highway customers patronage to these R&R business partners goes a long way to enable these local business owners and their workers to sustain their livelihood during this period. Please refer to the list of participating R&Rs business partners who are online for Pre-Order in the Attachment 1.

 These business partners are open at these R&Rs, Dengkil (Both Bounds), Rawang (North Bound), Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, Seremban (Both Bounds), Ulu Bernam (Southbound), Tapah (Southbound), Gunung Semanggol (Both Bounds), Gurun (Both Bounds), Juru Lay-by (Southbound), Pagoh (Both Bounds), Machap (Both Bounds), Kulai Lay-by (Southbound) and 3 R&Rs from LPT2 highway which include Ajil (Northbound), Paka (Northbound) and Perasing (Southbound).

Customers looking for a hot meal or a drink, can enjoy the convenience and a safer option to place an order in advance, and reduce the waiting time while the food is being prepared.

All businesses at R&Rs and lay-bys which are located under MCO states are still open from 6 am to 12 am for take away only as the dining areas at our food courts are closed to prevent the convergence of crowds. For CMCO states, however, operating hours are from 6 am to 12 am where dine-in is allowed with strict physical distancing and compliance to the SOPs. 


All highway customers are reminded to adhere to the standard safety SOPs of wearing a face mask, register on the MySejahtera App, have their body temperature checked at the designated points and keeping a safe distance of one meter apart when lining up for food or when using our highway facilities during this period.

PLUS is highly cognizant of the safety and needs of its highway customers and will continue to provide the highest level of service and supporting our business partners and local entrepreneurs to sustain their businesses and adapt to the new normal.

PRA-PESANAN: PLUS SEDIA KHIDMAT BELI & BAWA PULANG MAKANAN TANPA SENTUH (CONTACTLESS) YANG LEBIH MUDAH DAN SELAMAT DI R&R

Susulan pengumuman oleh Kerajaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri mulai 6 Mei dan 7 Mei 2021 lalu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang selamat, bersih, senang dan selesa kepada semua pelanggan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh rayanya.

Sebanyak 600 premis perniagaan oleh pengusaha tempatan di R&R PLUS akan terus beroperasi (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan) agar pelanggan yang perlu melakukan perjalanan dalam tempoh ini dapat terus menikmati makanan dan minuman yang disediakan. Untuk keselesaan pelanggan, kini PLUS menawarkan khidmat beli dan bawa pulang makanan tanpa sentuh (contactless) dengan lebih mudah. Pelanggan hanya perlu membuat Pra-Pesanan melalui Aplikasi PLUS untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang lazat daripada rakan niaga dan pengendali gerai di 21 R&R terpilih. Pra-Pesanan ini boleh dibuat melalui Aplikasi PLUS atau melalui pautan https://orderdisini.plus.com.my/.

Kunjungan pelanggan lebuh raya ke R&R semestinya akan dapat membantu rakan niaga serta pekerja mereka untuk meneruskan perniagaan di R&R terutamanya ketika negara menghadapi cabaran pandemik. Sila rujuk senarai rakan niaga R&R yang menyediakan khidmat Pra-Pesanan secara dalam talian di Lampiran 1.

Rakan niaga yang menawarkan khidmat Pra-Pesanan terdapat di R&R Dengkil (Kedua-dua Arah), Rawang (Arah Utara) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Seremban (Kedua-dua Arah), Ulu Bernam (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Kedua-dua Arah), Gurun (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Juru (Arah Selatan), Pagoh (Kedua-dua Arah) Machap (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Kulai (Arah Selatan) dan 3 R&R di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) iaitu Ajil (Arah Utara), Paka (Arah Utara) dan Perasing (Arah Selatan).

Pelanggan lebuh raya yang mencari masakan panas atau minuman disaran untuk menggunakan khidmat Pra-Pesanan yang sangat mudah dan selamat digunakan. Ini kerana pesanan makanan boleh dilakukan dengan lebih awal, sekaligus menjimatkan masa ketika menunggu makanan disediakan.

Semua premis di R&R dan hentian sebelah yang terletak di negeri-negeri yang melaksanakan PKP dan PKPB beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri yang melaksanakan PKP, hanya pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja dibenarkan. Sementara itu, bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri di bawah PKPB, pelanggan dibenarkan untuk menikmati makanan di ruang makan di medan selera dengan mengikuti SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Sehubungan itu, kami menasihatkan agar semua pelanggan sentiasa mematuhi standard SOP yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka, mendaftar menggunakan Aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan di tempat yang disediakan serta mengamalkan penjarakan fizikal apabila beratur untuk pembelian makanan atau menggunakan kemudahan awam ketika berada di lebuh raya dalam tempoh tersebut.

PLUS sangat mementingkan keselamatan dan memahami keperluan pelanggan lebuh raya. Kami akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta akan terus menyokong rakan niaga dan pengusaha tempatan untuk mereka meneruskan kelangsungan perniagaan dalam keadaan norma baru.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles