Media Release

SPECIAL PRIVILEGES FOR PLUS HIGHWAY CUSTOMERS TO ENJOY ONLINE SHOPPING WITH LAZADA Rewards and vouchers for loyalty highway customers via the PLUS App

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) customers can now enjoy  a seamless and premium online shopping experience on Lazada via the highway’s mobile application, the PLUS App. 

PLUS’ partnership with Lazada Malaysia, the leading eCommerce platform in the country offers PLUS highway customers and its loyalty members under PLUSMiles, a virtual shopping experience through a specially curated site on the PLUS App, in time for the Hari Raya festivities. The PLUS App features the Lazada icon that represents a wide selection of brands, products and discounts for shoppers to enjoy.

According to Christine Liew, PLUS Chief Commercial Officer, “In the past year, many are making changes in the way we shop and move with a priority on ensuring hygiene and safety are in place. As part of our intention to provide convenience to our customers, we are pleased to be working together with Lazada, the leading eCommerce platform in the country to offer value beyond PLUS Highways”.

“PLUS customers can look forward to fantastic deals and rewards when they begin shopping on the PLUS App. On top of this collaboration, PLUS App users can enjoy exclusive vouchers from Lazada. New shoppers can redeem an exclusive RM14 voucher from 1st May until 31st May 2021, while PLUS App users and existing Lazada shoppers can redeem a RM10 voucher until 5th May 2021,” Christine added.  

“We are excited to partner with PLUS to offer Malaysians on the go with a seamless and enjoyable shopping experience with fantastic deals and vouchers curated just for PLUS customers and first time Lazada users. By coming together to offer distinct deals on the PLUS App, shoppers can continue to expect the same seamless quality shopping experience with our signature lowest price guaranteed* bargains as the nation prepares for the Hari Raya festivities,” said Sherry Tan, Chief Business Officer, Lazada Malaysia. 

All users have to do is to download the free PLUS App via Google Play or Apple Store, register as PLUSMiles member to access Lazada’s curated site on the main PLUSMiles page. PLUS is the only highway company in Malaysia with a mobile application developed by PLUS to provide customers with helpful features to facilitate a seamless journey on the highway.

PLUSMiles, the rewards program of PLUS has 1.5 million members who are able to collect points when traveling on PLUS Highways, enjoy curated gifts and have access to a many other privileges.

In addition, the PLUS App also allows PLUSMiles members to check their PLUSMiles points and instantly redeem food and beverages from participating Business Partners at selected Rest & Service Area (R&R) including household name such as Dunkin'. Please refer to the list of participating R&R in Attachment 1 or go to https://redeem.plusmiles.com.my/catalog/category/25 for redemption details. PLUSMiles members can also choose to redeem a variety of gifts such as shopping vouchers, petrol vouchers, electronic gadgets and household appliances that will be delivered to your doorstep via the PLUSMiles website at www.plusmiles.com.my.

PELANGGAN LEBUHRAYA PLUS BERPELUANG NIKMATI TAWARAN KHAS SYAWAL KETIKA BERBELANJA SECARA DALAM TALIAN DENGAN LAZADA

Ganjaran dan baucar untuk pelanggan setia melalui Aplikasi PLUS

Pelanggan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah secara dalam talian dengan lebih mudah bersama Lazada menerusi aplikasi telefon mudah alih lebuh raya iaitu Aplikasi PLUS.

PLUS berkolaborasi bersama Lazada Malaysia, platform eDagang yang terkemuka di negara ini dengan menawarkan pengalaman berbelanja secara maya kepada pelanggan Lebuhraya PLUS dan ahli PLUSMiles melalui laman web khas yang disediakan di Aplikasi PLUS sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Aplikasi PLUS kini menampilkan ikon Lazada, di mana pelanggan boleh menikmati tawaran pelbagai jenama, produk dan potongan harga yang istimewa. 

Menurut Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew, “Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa perubahan mengenai gaya pergerakan dan gaya perbelanjaan di mana kita lebih mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan.  Demi merealisasikan hasrat kami untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada pelanggan, kami gembira dapat bekerjasama dengan penyedia platform eDagang terkemuka di negara ini dengan memberikan tawaran terbaik melangkaui faedah sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Lebuhraya PLUS.”

“Pelanggan PLUS akan menikmati tawaran dan ganjaran menarik ketika membeli-belah menerusi Aplikasi PLUS.  Melalui kerjasama ini, pengguna Aplikasi PLUS akan menikmati baucar eksklusif dari Lazada. Pembeli baharu berpeluang menebus baucar bernilai RM14 bermula 1 Mei sehingga 31 Mei 2021, manakala, pengguna Aplikasi PLUS dan pembeli Lazada sedia ada, boleh menebus baucar sebanyak RM10 sehingga 5 Mei 2021,” tambah Christine”. 

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan PLUS untuk memberikan pengalaman berbelanja yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada rakyat Malaysia, dengan tawaran hebat dan baucar eksklusif untuk pelanggan PLUS dan pengguna Lazada yang pertama kali menggunakan aplikasi ini. Dengan memberikan tawaran menarik menerusi Aplikasi PLUS, pembeli boleh terus mendapatkan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dengan harga terendah yang dijamin* ketika seluruh negara bersiap sedia untuk menyambut Perayaan Hari Raya,” kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Anda hanya perlu memuat turun Aplikasi PLUS secara percuma melalui Google Play atau Apple Store dan mendaftar sebagai ahli PLUSMiles untuk mengakses laman web Lazada di halaman utama PLUSMiles. PLUS merupakan satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang membangunkan aplikasi telefon mudah alih untuk menyediakan pengalaman perjalanan pelanggan lebuh raya yang lebih lancar dan selesa.

PLUSMiles, merupakan program ganjaran PLUS yang mempunyai 1.5 juta ahli dan ahli PLUSMiles berpeluang mengumpulkan mata ganjaran ketika menggunakan Lebuhraya PLUS, menebus hadiah menarik dan mempunyai akses kepada pelbagai keistimewaan.

Di samping itu, Aplikasi PLUS juga membolehkan ahli PLUSMiles menyemak mata ganjaran dan membuat penebusan segera makanan dan minuman yang ditawarkan dari rakan niaga kami di R&R terpilih termasuklah di Dunkin’. Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai rakan niaga R&R yang mengambil bahagian atau sila klik https://redeem.plusmiles.com.my/catalog/category/25 untuk maklumat lanjut penebusan mata ganjaran. Ahli PLUSMiles juga mempunyai pilihan untuk menebus pelbagai hadiah menarik seperti baucar membeli-belah, baucar petrol, barangan elektronik dan peralatan rumah yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda melalui laman web PLUSMiles di www.plusmiles.com.my.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles