Media Release

EMERGENCY & LEFT LANES BETWEEN BIDOR TO SUNGKAI WILL BE TEMPORARILY CLOSED FOR TEN DAYS FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS

EMERGENCY & LEFT LANES BETWEEN BIDOR TO SUNGKAI WILL BE TEMPORARILY CLOSED FOR TEN DAYS FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS - Right Lane at KM342.60 to KM343.65 (Southbound) is passable for all vehicles

Petaling Jaya, 23 March 2021:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and comfort and continuously seeks to improve both aspects on all its highways.

Therefore, to allow for a pavement maintenance work to be carried out smoothly, the emergency and left lanes between Bidor to Sungkai at KM342.60 and KM343.65 (Southbound) will be temporarily closed to all vehicles for 10 Days from beginning yesterday (22nd  March) to Friday, 8:00 am on 26 March 2021 and from 5 April (Monday) 8.00 am to 9 April (Friday) 8.00 am.

However, the right lane of the affected stretch is still passable for all vehicles.

As such, all highway customers heading south are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions via CCTV feeds or use the SOS button in the app to request for help from PLUSRonda team. 

Additionally, customers passing through the designated area are also advised to follow all traffic signages and instructions by PLUS personnel. 

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

 

 

LORONG KECEMASAN & KIRI ANTARA BIDOR KE SUNGKAI AKAN DITUTUP SELAMA 10 HARI UNTUK KERJA PENYELENGGARAAN JALAN - Lorong Kanan di KM342.60 hingga KM343.65 (Arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

Petaling Jaya, 23 Mac 2021:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut. 

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara km 342.60 hingga km 343.65 (Arah Selatan) di Bidor ke Sungkai akan ditutup selama 10 hari kepada semua kenderaan mulai semalam, 22 Mac sehingga Jumaat, jam 8:00 pagi pada 26 Mac 2021 dan 5 April (Isnin) jam 8 pagi hingga 9 April (Jumaat) jam 8.00 pagi akan datang. 

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan  dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles