Media Release

PLUS R&R F&B OUTLETS IN CMCO AREAS TO OPEN UNTIL MIDNIGHT

PLUS R&R F&B OUTLETS IN CMCO AREAS TO OPEN UNTIL MIDNIGHT

Petaling Jaya, 20th February 2021 – PLUS Malaysia Bhd (PLUS) wishes to inform highway customers that all its rest and service areas (R&R) under the Conditional Movement Control Order (CMCO) states will now be opened until 12 midnight, while those under the Movement Control Order (MCO) states will be closed at 10pm as stipulated in the latest Government announcement.

“In line with the CMCO SOPs, the revised operational hours and seating capacity is based on table size will make it more convenient for highway customers who are traveling with families or working groups to have a meal together. We hope this will improve the businesses to our stall operators and business partners as the increased footfall is most welcomed. Cleanliness and hygiene continue to be a priority for PLUS with frequent cleaning scheduled for the comfort of our customers. Having said that, we would like to reiterate on adhering to the strict safety SOPs at our R&Rs for everyone’s safety and wellbeing,” reminded Datuk Azman Ismail, Managing Director of PLUS.

Customers who  are planning their journey can stop by to enjoy the food offerings along the highway at R&Rs and lay-bys which are located under CMCO states (Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Terengganu) which will operate from 6 am to 12 am. Meanwhile, the operating hours for R&Rs and lay-bys at MCO states (Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang) will be from 6 am to 10 pm.

Dine-in at the R&R food courts under MCO and CMCO states is permitted with strict physical distancing and SOPs. During the MCO and CMCO period, all facilities at the R&Rs and lay-bys such as public restrooms and suraus are open 24-hours, with frequent cleaning schedules in place.

To experience the delicious menus by the stalls and business partners, PLUS advises customers to enjoy Pre-Order meals via the PLUS App. Customers can also click https://orderdisini.plus.com.my/ or visit PLUS Malaysia official Facebook page to get more information on the pre-order features. Customers can support these local community businesses via the Pre-Order meals which are available at selected 21 R&Rs, made convenient for both takeaways and dine-in. 

Customers who download the PLUS App can find helpful features to facilitate their journey planning on the highway with the latest traffic updates, live CCTV feeds at critical locations on the highway and an SOS button to request for assistance in the event of emergencies.

The PUTRI Chatbot, a real-time customer texting interface is also available in the app to assist customers digitally with any enquiries and feedback, as well as the Pre-Order function. The PLUS App can be downloaded for free through the Google Play Store for android devices or the App Store for iPhone users.

 

RESTORAN, GERAI MAKANAN & MINUMAN DI R&R PLUS DI KAWASAN PKPB DIBUKA SEHINGGA JAM 12 TENGAH MALAM

Petaling Jaya, 20 Februari 2021 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan kepada pelanggan lebuh raya bahawa semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibuka sehingga jam 12 tengah malam, manakala negeri-negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasi sehingga jam 10 malam, susulan pengumuman terkini Kerajaan.

 

“Selari dengan Prosidur Operasi Standard (SOP) PKPB, waktu operasi terkini dan kapasiti tempat duduk berdasarkan kepada saiz meja sudah pasti memudahkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan bersama keluarga atau kumpulan pekerja untuk makan bersama. Kami berharap langkah ini dapat membantu meningkatkan perniagaan kepada pengusaha gerai dan rakan niaga kami kerana pertambahan kunjungan orang ramai ke R&R sangat dialu-alukan. Tahap kebersihan menjadi keutamaan di PLUS dengan menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaran lebih kerap dan secara berskala untuk keselesaan pelanggan. PLUS akan memastikan supaya pelanggan terus mematuhi SOP keselamatan seperti yang ditetapkan di kawasan R&R untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

 

Bagi memudahkan pelanggan merancang perjalanan mereka dan berhenti singgah untuk menikmati makanan di lebuh raya, premis makanan dan minuman bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri yang melaksanakan PKPB (Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Terengganu) akan beroperasi pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Manakala, bagi semua premis makanan dan minuman di R&R dan hentian sebelah yang terletak di negeri-negeri yang melaksanakan PKP (Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang) beroperasi seperti biasa mulai jam 6 pagi hingga 10 malam. 

Ruang makan di medan selera di R&R dan hentian sebelah yang berada di bawah negeri-negeri PKP dan PKPB juga dibuka dan pelanggan dibenarkan untuk menikmati makanan mengikut SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Semasa tempoh PKP dan PKPB, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.

Untuk menikmati pelbagai hidangan makanan yang lazat daripada gerai dan rakan niaga, PLUS menasihatkan pelanggan supaya dapat membuat Pra-Pesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/. Pelanggan juga boleh melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi Pra-Pesanan. Pelanggan boleh menyokong perniagaan komuniti tempatan dengan membuat pesanan menerusi Pra-Pesanan makanan daripada gerai di 21 R&R terpilih, sama ada untuk menikmati makanan di R&R atau membawa pulang makanan dengan lebih mudah dan senang. 

PLUS juga menggalakkan pelanggan supaya memuat turun Aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan di lebuh raya dengan terdapatnya maklumat trafik terkini serta paparan kamera CCTV mengenai keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya.  Aplikasi tersebut turut menyediakan butang kecemasan SOS bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan ketika kecemasan.

Aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan Chatbot PUTRI untuk memudahkan pelanggan berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balas serta fungsi Pra-Pesanan Makanan. Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles