Media Release

SUPPORT LOCAL BUSINESSES AT PLUS R&Rs: FOOD COURT DINING AREAS RE-OPENED IN ACCORDANCE TO SOPs

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has reopened its food court dining areas at all its rest and service areas (R&Rs), including two overhead bridge restaurants and lay-bys along PLUS-operated highways including the Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) in line with the Government’s announcement effective 10th February 2021.

As such, PLUS advises all customers to comply with the Standard Operations Procedure (SOP) which allows 2 persons per dining table with one-meter physical distancing when stopping over to have their meals at the respective areas. PLUS also advises all highway customers to adhere to the standard safety SOPs of wearing a face mask, registering on the MySejahtera App, checking temperatures at the designated points and keeping a safe distance of one-meter apart when lining up for food or using our highway facilities such as the R&Rs and other public places during this period.

 During the Movement Control Order (MCO) period, all facilities at the R&Rs and lay-bys such as public restrooms and suraus are open 24-hours. Meanwhile, restaurants, stalls and mobile food trucks including convenience stores are operating from 6 am to 10 pm. 

 Customer safety and comfort is key to PLUS and we recognize that local community businesses are the engine to the economy hence we hope any of our customer using the highway can support the business partners in the R&Rs.  Additionally, we are using technology to help our business partners to take orders via a pre-order function in the PLUS App.  We hope you can enjoy an array of mouth-watering menus from stalls at selected 21 R&Rs, which is convenient for both takeaways and dine-in. 

To view the R&R business partners offers or to enjoy pre-order meals at selected R&Rs, highway customers can easily do so via the PLUS App or click https://orderdisini.plus.com.my/ or visit PLUS Malaysia official Facebook page to get more info on pre-order functions. The PLUS App can be downloaded for free through the Google Play Store for android devices or the App Store for iPhone users.

 

SOKONG PERNIAGAAN TEMPATAN DI R&R PLUS: RUANG MAKAN DI MEDAN SELERA DIBUKA SEMULA MENGIKUT SOP YANG DITETAPKAN

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula semua ruang makan di medan selera di kawasan rehat dan rawat (R&R) termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 10 Februari 2021, selari dengan pengumuman oleh Kerajaan.

Oleh itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada Prosidur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan iaitu hanya dua orang dibenarkan berada pada satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter. PLUS juga menasihatkan pelanggan untuk terus mematuhi SOP keselamatan dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R dalam tempoh ini.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam. Manakala, restoran, gerai serta trak bergerak makanan dan minuman termasuk kedai serbaneka beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 10 malam.

Keselamatan dan keselesaan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami menyedari bahawa perniagaan komuniti tempatan antara penjana kepada ekonomi. Oleh itu, kami berharap kepada pelanggan yang perlu menggunakan lebuh raya pada tempoh ini dapat menyokong rakan niaga di R&R. Selain itu, kami menggunakan teknologi untuk membantu rakan niaga kami menerima tempahan melalui fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS. Kami berharap pelanggan dapat menikmati pelbagai juadah makanan yang lazat daripada gerai-gerai di 21 R&R terpilih, sama ada untuk menikmati makanan di R&R atau membawa pulang makanan dengan lebih mudah dan senang

Untuk melihat variasi pilihan makanan yang ditawarkan oleh rakan niaga atau membuat Pra-Pesanan di R&R terpilih, pelanggan boleh melakukannya dengan mudah menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/ atau melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai fungsi Pra-Pesanan. Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles