Media Release

STAGGERED TEMPORARY BOUND CLOSURE AND ACTIVATION OF CONTRA FLOW AT KM307-KM310 BETWEEN SUNGAI BESI TOLL PLAZA AND UPM INTERCHANGE FOR 8 DAYS FOR CONSTRUCTION OF PEDESTRIAN BRIDGE BY MRT PROJECT CONTRACTOR

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) supports the construction and development of infrastructure projects which provide convenience to the masses.

Therefore, to facilitate the smooth construction of a pedestrian overhead bridge by MRT Project Contractor, staggered contra flow and temporary bound closure will be carried out at KM307 until KM309 on the North-South Expressway between Sungai Besi Toll Plaza and the UPM Interchange for 8 days from 10:00 pm until 5.00 am daily from 25 January (Monday) until 2 February 2021. 

However, these closures will be implemented in stages where only one bound closure will be implemented at one time. 

 As such, all highway customers are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions via CCTV feeds or use the SOS button in the app to request for help from PLUSRonda team.

Additionally, customers passing through the designated area are also advised to follow all the traffic signages.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

PENUTUPAN JALAN SECARA BERPERINGKAT DAN PENGAKTIFAN LALUAN KONTRA DI KM307-KM309 DI LALUAN PLAZA TOL SUNGAI BESI-PERSIMPANGAN UPM SELAMA 8 HARI UNTUK KERJA PEMBINAAN JEJAMBAT PEJALAN KAKI OLEH KONTRAKTOR PROJEK MRT 

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sentiasa menyokong dan memberi kerjasama terhadap pembinaan projek-projek infrastruktur di negara ini dalam memberi lebih manfaat kepada orang ramai.

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja pelancaran jejambat pejalan kaki dan kerja berkaitan dilaksanakan dengan lancar oleh kontraktor Projek MRT yang dilantik, laluan kontra akan diaktifkan di antara KM307 hingga KM309 di antara Plaza Tol Sg Besi dan Persimpangan UPM di Lebuhraya Utara-Selatan selama 8 hari mulai jam 10:00 malam sehingga 5:00 pagi setiap hari bermula pada 25 Januari (Isnin) sehingga 2 Februari 2021.

Walau bagaimanapun, penutupan akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya satu penutupan akan dilaksanakan pada satu-satu masa.

Justeru, pelanggan yang menghala ke Seremban atau Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan ketika melalui kawasan terbabit. 

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles