Media Release

FREE PLUS APP TO AID JOURNEY PLAN DURING MCO 2.0

FREE PLUS APP TO AID JOURNEY PLAN DURING MCO 2.0

Highway customers can check real-time traffic condition via CCTVs and seek PLUSronda assistance all in the palm of their hands

Petaling Jaya, 18th January 2021:- Apart from multiple communication channels, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) provides digital platform to enhance traveling experience for all highway customers through the PLUS App where  PLUSRonda service assistance can be rendered to customers in the event of emergencies. 

“Highway customers who are stranded or facing vehicle breakdown on the highway can now use the SOS button in the PLUS App to request for help from PLUSRonda team,” said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

He said, once the button is pressed on their mobile phones, PLUS personnel will be able to identify their location on PLUS-operated highways.

“As soon as obtaining information from the SOS button, PLUS Traffic Monitoring Centre officers will contact the customer as soon as possible for a detailed description on the problems faced by them before the PLUSRonda team is dispatched to the location immediately,” explained Datuk Azman.

The PLUS App, which can be downloaded for free through the Google Play Store for android devices or the App Store for iPhone users, also allows customers to plan their journey and get the latest traffic information on the highway.

Since its inception, approximately 380,000 people have downloaded the app and most of our daily customers have turned to the PLUS App for a safer and more comfortable travel experience.

This application allows highway customers to view live CCTV feeds at critical locations on the highway. In addition, the application also provides a toll fare calculator and journey planner as well as pre-order food function at selected rest and service areas (R&R) for takeaways or interact with PUTRI, the first highway industry’s chatbot to get various information about PLUS.

                                                                     

MUAT TURUN APLIKASI PLUS SECARA PERCUMA UNTUK BANTU RANCANG PERJALANAN SEMASA PKP 2.0

Pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi CCTV dan bantuan PLUSRonda hanya di hujung jari

Petaling Jaya, 18 Januari 2021 :- Selain daripada pelbagai saluran komunikasi, pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut menyediakan platform digital untuk membantu meningkatkan lagi pengalaman perjalanan untuk semua pelanggan lebuh rayanya iaitu Aplikasi PLUS terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan bantuan PLUSRonda kepada pelanggan yang terkandas di lebuh raya.

“Pelanggan yang terkandas atau mengalami masalah kerosakan kenderaan di lebuh raya boleh menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. 

Menurutnya, sebaik sahaja butang SOS ditekan pada telefon bimbit, petugas PLUS dapat mengetahui kedudukan pelanggan di lebuh raya kendaliannya.

“Sejurus memperolehi maklumat daripada butang SOS, pegawai Pusat Kawalan Trafik PLUS akan menghubungi pelanggan tersebut secepat mungkin untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi pelanggan sebelum pasukan PLUSRonda diarahkan untuk ke lokasi dengan segera,” jelas Datuk Azman. 

Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store bagi peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone, turut membolehkan pelanggan kami merancang perjalanan serta mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Sejak diperkenalkan, kira-kira 380,000 orang telah memuat turun aplikasi tersebut dan kebanyakan pelanggan harian kami telah menggunakan Aplikasi PLUS untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa di lebuh raya. 

Aplikasi ini membolehkan mereka melihat sendiri paparan kamera CCTV keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya. Selain itu, aplikasi tersebut juga menyediakan kalkulator tol untuk memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat bayaran tol untuk perjalanan mereka serta membuat pra-pesanan makanan di R&R terpilih atau berinteraksi dengan PUTRI, chatbot pertama industri lebuh raya untuk mendapatkan pelbagai makkumat tentang PLUS.

 

    

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles