Media Release

PEDAS LINGGI LAY-BY (SOUTHBOUND) AT KM230 TO BE TEMPORARILY CLOSED FOR ONE DAY FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS

PEDAS LINGGI LAY-BY (SOUTHBOUND) AT KM230 TO BE TEMPORARILY CLOSED FOR ONE DAY FOR PAVEMENT MAINTENANCE WORKS

Petaling Jaya, 18th January 2021:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) places high priority on safety and comfort and continuously seeks to improve both aspects on all its highways.

Therefore, to allow for a pavement maintenance work to be carried out smoothly, the Pedas Linggi Lay-by (Southbound) at KM230 will be temporarily closed to all vehicles for one day from 8:00 am to 8:00 pm on 19th January (Tuesday).

Meanwhile, highway customers are advised to utilise nearest rest and service areas (R&R) facilities at the Seremban R&R (Southbound) at KM274.4, Senawang Lay-by (Southbound) at KM249 or Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant at KM210 for stop or other need during the period.

As such, all highway customers heading south are strongly advised to plan their journey using the PLUS App and check the latest traffic conditions via CCTV feeds or use the SOS button in the app to request for help from PLUSRonda team.

Customers passing through the designated area are also advised to follow all traffic signages and instructions by PLUS personnel.

PLUS fully appreciates the co-operation of all highway customers throughout this maintenance period. In the spirit of #KitaJagaKita, the support from highway customers in ensuring that the traffic flow is as smooth as possible, will contribute to a positive journey for all.

 

 

 

 

HENTIAN SEBELAH PEDAS LINGGI (ARAH SELATAN) DI KM230 DITUTUP SELAMA SEHARI UNTUK KERJA PENYELENGGARAAN JALAN

Petaling Jaya, 18 Januari 2021:- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.  

Sehubungan itu, bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar, Hentian Sebelah Pedas Linggi (Arah Selatan) di KM230 akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama sehari pada 19 Januari 2021 (Selasa) mulai jam 8:00 pagi sehingga 8:00 malam.

Sementara itu, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terdekat di R&R Seremban (Arah Selatan) di KM274.4, Hentian Sebelah Senawang (Arah Selatan) di KM249 atau di Restoran Jejantas Ayer Keroh di KM210 untuk berehat atau mendapatkan kemudahan lain semasa penutupan tersebut.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles