Media Release

PLUS SAFETY DAY 2020 – MCO, MENTAL HEALTH & ROAD SAFETY

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) recently staged its first virtual SAFETY DAY 2020 which was attended by over 2,000 online participants comprising of PLUS employees, highway concessionaires, the Malaysian Highway Authority and numerous agencies. Organised by PLUS’ in-house HSSE team for the 3rd time, this year’s Safety Day highlighted new safety challenges arising from the Covid-19 pandemic that is beyond medical.

This year’s theme #BerubahBersama saw the sharing and insights from Datuk Azman Ismail, PLUS Managing Director as well as Tan Sri Lee Lam Thye, Chairman of the Alliance of Safe Community and Associate Professor Dr Amer Siddiq Amer Nordin, Director UMCares and Consultant Psychiatrist USMC.

Tan Sri Lee Lam Thye said that 2020 changed the lives of billions when the unprecedented pandemic struck the world. As over 81 million were infected, the death toll rose above 1.7 million globally, everyone was forced into a movement control order (MCO) state. Everyone had to stay in the confines of their home and interaction and mobility was greatly restricted.

“Corporations and businesses were impacted as the MCO demanded for physical distancing and Work From Home (WFH) order had to be followed as the National Security Council (NSC) the Ministry of Health established the precedent to lessen and eliminate human contact and interaction,” stressed Tan Sri Lee. 

“WFH led to the demands of food deliveries to home. With lesser cars on the road and increased food orders, I observed that many rushed in delivering food and flouting traffic laws, like beating the red lights and many more manoeuvres that endangers lives,” he added. 

Weighing in on the point of the effects of MCO on road safety, Datuk Azman, Managing Director of PLUS said, although PLUS recorded a lower number of traffic plying the highway due to the implementation of the MCO and CMCO which resulted in lower number of accidents on the PLUS highway, accidents covering heavy vehicles (Class 2 & 3) had increased about 5% as compared to 2019. And according to Datuk Azman, the contributing factors including long and extended working hours as well as fatigue may affect their health and in turn, their driving abilities.

 Datuk Suret Singh, Chairman of the Road Safety Research Institute (MIROS), opines that it requires a serious step up on scheduled and high risk operator audits to enforce compliance of the Industrial Code of Safety Practices (ICOP), which is an integral part of operator’s licence conditions.

Referring to Tan Sri Lee’s point on safety violations by food and service delivery personnel, Datuk Suret highlighted that sudden lane changes without proper safe lane change routines, as well as running red lights, must be part of the SOPs to be enforced. He added that MIROS has engaged the key industry players for a joint safety agenda and action plan, which covers rider education, behaviour monitoring and enforcement.

On the psychological repercussion on road safety due to mental health issues raised by Tan Sri Lee and Datuk Azman are concurred by Dr Amer Siddiq, who revealed that era of the covid-19 pandemic has also led to a “hidden” pandemic, which we today know as mental health. 

According to Dr Amer, much has been written on the role of road traffic accidents towards the development of mental health issues and illnesses. However, the role of mental health towards road traffic accidents has also been reported. In fact, researchers have discovered that poor mental health might lead to increase in accidents. Stress and poor sleep being the most common mental health issues can lead to problems on the road. For individuals, understanding their mental health situation can save their life and others. It is therefore imperative that society acknowledges and addresses this hidden pandemic for its impact is not only seen on a personal and organisational level, but also within the community. 

“Everyone has mental health, but some require deeper intervention and timely intervention is crucial as it impacts the safety on the roads and highways. We have seen some driving behaviours that are often evident on municipality roads have also transcended onto the highway. That is where HSSE comes in and today the H is not only physical health but mental as well,” concluded Datuk Azman.

This 3rd instalment of PLUS’s Safety Day and the 2nd in collaboration with Alliance for Safe Community is a visible commitment towards inspiring safety mindedness and instilling safe behaviours among the highway eco-system and the larger community of Malaysians.

Among the key highway industry leaders who attend this virtual event live under strict SOP conditions and adhering to physical distancing were PLUS Chairman, Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Director of Operations Monitoring, Malaysian Highway Authority, Zahratul’Ula Mohd Ibrahim and Prof Wong Shaw Voon, Vice Chairman of the Alliance of Safe Community.

PLUS is the first highway company in the country to be certified with the ISO39001: 2012 standard for ’Road Traffic Safety Management System’ and the  first Asian highway concessionaire to receive the prestigious Prince Michael International Road Safety Award for its commitment and multipronged initiatives to improve safety on its highways in 2019. This year MIROS awarded PLUS the No.1 Ranking “Safest Closed Toll Highway”, which all bare testament to its efforts to continuously champion highway safety.

 

HARI KESELAMATAN PLUS 2020 – PKP, KESIHATAN MENTAL & KESELAMATAN JALAN RAYA 

 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) baru-baru ini telah menganjurkan buat pertama kalinya, HARI KESELAMATAN 2020 secara maya yang dihadiri oleh lebih daripada 2,000 peserta di kalangan Warga PLUS, syarikat konsesi lebuhraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pelbagai agensi lain. Anjuran Jabatan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran (HSSE) PLUS buat kali ketiga, sambutan tahun ini memberi fokus terhadap cabaran baru berikutan pandemik Covid-19.

Bertemakan #BerubahBersama, peserta turut berpeluang mendengar pandangan serta kupasan topik keselamatan jalan raya oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail serta Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye dan Profesor Madya Dr Amer Siddiq bin Amer Nordin, Pakar Perunding Kanan Psikologi, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM). 

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan berbilion orang pada tahun 2020 di mana pada ketika ini ia telah menjangkiti lebih 81 juta orang dan menyebabkan lebih 1.7 juta kematian di seluruh dunia. Bagi mengawal jangkitan, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di mana rakyat terpaksa berkurung di dalam rumah dan pergerakan dihadkan.

“Syarikat-syarikat besar dan bidang perniagaan telah turut terkesan apabila PKP diperkenalkan dan langkah Bekerja Dari Rumah (BDR) disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan dan menghadkan interaksi secara fizikal,” kata Tan Sri Lee. 

Beliau menambah, “BDR menyebabkan banyak permintaan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Dengan bilangan kenderaan yang rendah di jalan raya, saya juga melihat ramai yang tergesa-gesa untuk menghantar makanan secepat mungkin sehingga menyebabkan mereka melanggar undang-undang jalan raya seperti tidak mematuhi lampu isyarat dan sebagainya.”

Merujuk kepada kesan PKP terhadap keselamatan jalan raya, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, walaupun terdapat pengurangan jumlah trafik disebabkan oleh PKP dan PKPB dan selari dengan itu, terdapat pengurangan jumlah kemalangan di lebuhraya PLUS, tetapi kemalangan melibatkan kenderaan berat (Kelas 2 & 3) meningkat sebanyak 5% berbanding tahun 2019.  Menurut beliau, faktor menyumbang termasuk tempoh bekerja yang berlanjutan serta kurang mendapat rehat yang cukup memberi kesan terhadap kesihatan kendiri mereka dan seterusnya memberi impak terhadap pemanduan mereka. 

Sementara itu, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Datuk Suret Singh pula berpendapat satu langkah yang berkesan termasuk audit perlu dilaksanakan terhadap operator kenderaan berat dalam mematuhi Kod Keselamatan Industri yang juga merupakan komponen penting syarat pengeluaran lesen operator.

Merujuk kepada pandangan Tan Sri Lee berhubung tindakan sesetengah individu perkhidmatan penghantaran makanan yang sering melanggar undang-undang jalan raya, Datuk Suret berkata perbuatan menukar lorong secara tiba-tiba secara berbahaya serta kegagalan mematuhi lampu isyarat perlulah dibincangkan ke dalam Prosidur Operasi Standard (SOP) yang bakal dilaksanakan. Beliau berkata, MIROS telah berbincang dengan pemain industri utama untuk mewujudkan agenda bersama dan pelan tindakan yang sewajarnya untuk mendidik penghantar perkhidmatan makanan, memantau tindakan dan memperbaiki aspek pengawasan.

Selain daripada itu, pendapat Tan Sri Lee dan Datuk Azman tentang impak kesihatan mental terhadap keselamatan jalan raya turut pendapat perhatian Dr Amer Siddiq. Menurut beliau, era pandemik Covid-19 juga telah memberi kesan terhadap kesihatan mental.  

Dr Amer berkata, terdapat banyak kajian telah dilakukan tentang impak kesihatan mental terhadap keselamatan jalan raya di mana ia membuktikan bahawa kesihatan boleh menyumbang kepada kenaikan jumlah insiden trafik. Tekanan dan tidur yang tidak mencukupi merupakan isu kesihatan mental yang seringkali menyumbang kepada masalah di jalan raya. Bagi setiap individu, memahami status kesihatan mental mereka berupaya menyelamatkan nyawa mereka dan juga orang lain. Oleh yang demikian, peranan masyarakat untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah ini amatlah penting. 

“Setiap orang mempunyai isu kesihatan mental, tetapi hanya sebahagian daripadanya memerlukan intervensi yang lebih dan khusus kerana ia memberi impak terhadap keselamatan di jalan raya dan lebuh raya. Kita seringkali melihat tabiat pemanduan yang lazimnya berlaku di jalan-jalan bandaran merebak ke lebuh raya. Ini adalah peranan kita semua hari ini untuk mengatasinya,” kata Datuk Azman. 

Edisi ketiga Hari Keselamatan PLUS, kali kedua diadakan dengan kolaborasi bersama Ikatan adalah komitmen ke arah membudayakan keselamatan di dalam seluruh eko-sistem lebuhraya dan komuniti sekeliling. 

Di antara yang hadir secara maya di mana SOP yang ketat diamalkan adalah Pengerusi PLUS Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Pemantauan Operasi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Zahratul’Ula Mohd Ibrahim dan Timbalan Pengerusi Ikatan, Professor Wong Shaw Voon.

PLUS merupakan syarikat konsesi lebuhraya yang pertama di negara ini yang memperolehi pengiktirafan ISO39001:2012 untuk ‘Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya’ dan syarikat lebuhraya pertama di Asia menerima Anugerah Keselamatan Jalan Raya Antarbangsa Prince Michael yang mengiktiraf pelbagai inisiatif syarikat ini untuk meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian lebuhrayanya pada tahun 2019. Pada tahun ini juga, MIROS telah mengiktiraf PLUS sebagai ‘Lebuhraya Sistem Tertutup’ nombor satu di negara ini, membuktikan kejayaan PLUS sebagai pendokong utama keselamatan di lebuhraya.

 

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles