Media Release

PLUS, E22 READY TO TAKE GOOD CARE OF CUSTOMERS HEADING TO DESARU FOR CHRISTMAS AND NEW YEAR

PLUS, E22 READY TO TAKE GOOD CARE OF CUSTOMERS HEADING TO DESARU FOR CHRISTMAS AND NEW YEAR

221 patrolling teams from PLUS and E22 will be on hand to assist holiday goers

Petaling Jaya, 22nd December 2020 – Holiday goers planning to celebrate Christmas and the New Year in Desaru will be happy to note that highway service providers, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and Senai-Desaru Highway (E22) are ready to take good care of them every step of the way.

“The presence of 221 highway patrolling teams and 548 officers comprising of the PLUSRonda on the North-South Expressway and the E22 Safety Team for E22 who patrol the highways round the clock will be crucial this festive period as vacationers make their way to the popular vacation spot and they are ready to assist travellers at any time,” said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

The NSE and the E22 offer highway customers a smoother and faster travel to Desaru via the Senai Utara Interchange. On E22, a 45-minute drive along a 70-kilometre highway stretch will take customers to the Bandar Penawar Interchange. A short 10-kilometre drive on Federal Road FT92 will then be required before they reach their destination. All in all, highway customers will be able to reach Desaru within an hour upon their exit from the PLUS highway via Senai Utara Interchange.

Meanwhile, Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) Chief Executive Officer, Jamal Abd Nasir Taharim said, “Rest areas provided on both highways allow customers to travel comfortably and provide the perfect pit stop for long distance travellers to break their journey. PLUS’ R&Rs such as Seremban, Ayer Keroh, Pagoh and Machap, coupled with E22’s Layang (Eastbound and Westbound) R&Rs provide F&B outlets, suraus, rest shelters (wakaf), petrol service stations, public restrooms and ample parking bays.”

Furthermore, customers making their trip on the E22 will be able to cross Sungai Johor on the 1.7-kilometre Sungai Johor Bridge, a mega structure which offers a mesmerizing and breathtaking view and experience.

PLUS and E22 also remind those planning to embark on their year-end holiday trips to always adhere to traffic laws and regulations. “Keep to the speed limit, drive carefully and avoid tailgating. Stop and rest every 2 hours of driving at the rest areas. Make sure your Touch ‘n Go cards and eWallet balance is sufficient to ensure smoother passage at the toll plazas,” Datuk Azman said.

 

PLUS, E22 BERSEDIA MENJAGA PELANGGAN KE DESARU DENGAN BAIK SEMPENA CUTI KRISMAS DAN TAHUN BAHARU

221 pasukan rondaan PLUS & E22 disediakan untuk membantu pelanggan kedua-dua lebuhraya

Petaling Jaya, 22 Disember 2020:- Pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Senai-Desaru Expressway (E22) telah bersedia untuk menjaga orang ramai yang bercadang untuk bercuti dan menyambut Krismas dan Tahun Baharu dengan baik sepanjang perjalanan mereka.

“Kehadiran 221 pasukan rondaan yang terdiri daripada 548 pegawai daripada pasukan PLUSRonda di Lebuhraya Utara-Selatan serta Pasukan Keselamatan E22 yang melakukan rondaan secara berterusan di lebuh raya bersedia untuk memberikan bantuan kepada pelanggan pada bila-bila masa,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. 

Lebuhraya Utara-Selatan dan E22 menyediakan perjalanan yang lebih pantas dan lebih selesa ke Desaru menerusi Persimpangan Senai Utara. Di E22, pelanggan lebuh raya hanya memerlukan masa lebih kurang 45 minit untuk terus sampai ke Persimpangan Bandar Penawar dengan jarak perjalanan 70 kilometer, dan seterusnya ke Desaru melalui Jalan Persekutuan FT92 dengan jarak kira-kira 10 kilometer. Oleh itu, secara ringkasnya, perjalanan ke Desaru menerusi E22 dari Persimpangan Senai Utara PLUS hanya akan mengambil masa kurang daripada 1 jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB), Jamal Abd Nasir Taharim memberitahu, “Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan di kedua-dua buah lebuh raya membantu pelanggan untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa. R&R PLUS seperti di Seremban, Ayer Keroh, Pagoh dan Machap serta di E22 seperti R&R Layang menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti gerai makan dan minum, surau, wakaf, stesen minyak, tandas awam dan ruang meletak kenderaan yang luas.”

Selain daripada itu, orang ramai yang menggunakan E22 turut berpeluang melalui Jambatan Sungai Johor sepanjang 1.7 kilometer yang juga merupakan satu mercu tanda dan struktur mega yang menjanjikan pemandangan yang menakjubkan.

Pada masa yang sama, PLUS dan E22 turut menasihatkan supaya mereka yang ingin membuat perjalanan untuk bercuti pada hujung tahun ini supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan. “Sentiasa patuhi had laju, berhati-hati dan elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat. Setiap 2 jam, singgahlah sebentar di R&R yang disediakan untuk berehat. Kami juga menasihatkan agar pelanggan dapat memastikan mereka mempunyai baki kad Touch ‘n Go dan eWallet yang mencukupi bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol,” tambah Datuk Azman.

 

 PLUSLine: 1-800-88-0000

plusmiles